Selasa, 10 Disember 2013

Ke Hospital Ampang

Assalamualaikum,

Sabtu lepas kami sekeluarga ke Hospital Ampang, menziarahi anak sahabat en. suami yang menghidap leukimia......

Anaknya ditempatkan di ICU, dalam bilik pengasingan..... tak mampu aku nak berdiri lama kat dalam bilik tu....... aku cakap ngan en. suami aku nak keluar dah, tak sanggup nengok anak tu berselirat dengan wayar-wayar kat tubuh kecilnya......... rasa nak pitam pula aku kat dalam bilik tu....... semuga Mohd Anmar kuat melawan penyakitnya ini........

Dari Hospital Ampang kami terus ke Angsana Hilir, ke rumah Mak Ngah dia orang...... ingat anak-anak boleh berenang tapi sampai kat rumah Mak Ngahnya dah nak Maghrib so lupakan hajat nak berenang tu ya sayang.......

2 ulasan:

  1. Kesiannya! berapa umur anak budak tu Zana! Saya pun sama... silap2 saya pulak yang pengsan di wad ICU tu bila menengok pesakit2 kat situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umurnya 14 tahun...... minggu lepaslah dia jatuh sakit..... dan Dr. sahkan leukimia.......

      Padam