Khamis, 2 Ogos 2012

Iftar 9

Masih lagi berbuka kat rumah MIL aku coz en. suami masih nak berbuka dengan omaknya dan kebetulan my SIL yang duduk PD tu pun nak balik berbuka puasa sekali....... berbuka beramai-ramai....... since aku ajer yang ada kat rumah MIL masa tu, so akulah yang kena masak, tak kan MIL aku pulak kan??? Nak jadi menantu kesayangan, kenalah rajin ke dapur kan??? 

Petang tu aku hanya buat ayam sambal style aku........ licin kau...... selain tu aku goreng sayur campur dan juga ikan terubuk bakar berlado. Kuih aku planned nak beli ajer kat PARAM Rantau dan di dalam kepala otak aku dah terbayang-bayang popia basah yang top seantero Rantau dan Linggi tu...... selepas habis masak, lebih kurang dalam pukul 6 petang aku geraklah ke PARAM Rantau tu...... korang nak tau tak gerai mana yang aku tuju dulu???? dah semestinyalah aku tuju gerai yang jual popia basah tuuuu........tapi sayang seribu kali sayang....... huhuhu..... kempunan den..... "popia basah dah habislah dik", kata makcik tu...... sedihhhh....... nampaknya puasa tahun ni tak dapatlah nak berbuka dengan popia basah makcik tu........ sebab apa aku kata tahun ni tak dapat nak berbuka dengan popia basah makcik tu ialah kerana aku akan balik ke kampung pada petang raya ya adik-adik ku tersayang.......
 Tahun ni PARAM Rantau dah berpindah ke tapak baru... depan Sekolah Cina Rantau....
At the end, aku hanya beli murtabak ajer...... tu pun geng sekolah en. suami yang duk menjual........

2 ulasan:

  1. mana popia basah nyer kak ???? huhuhu.....
    tak dapat remy nak tgk......

    BalasPadam
  2. alahai kesian..kempuan nak makan popia basah ye
    cuba buat mana tahu menjadi sama cam makcik tu punya
    hehe

    BalasPadam