Rasa-rasanya semua orang dah dapat bantuan persekolahan ni. Aku dapat hari Isnin hari tu untuk si Abang manakala untuk Adik pada hari Selasa.
Untuk ambil bantuan persekolahan untuk adik hari tu aku lambat sikit sampai kat sekolah (bukan lambat sikit..... memang lambat betul sebab boss aku suruh siapkan minutes meetingnya jugak - aku sampai kat pintu kelasnya, cikgu kelasnya dah nak keluar dah.....) and aku tengok muka anak dara masam mencuka...... bila dah ambil and turun ke kereta dia sound aku "kalau mama tak dapat datang cakaplah, adik boleh suruh ayah datang ambil" and terus menonong ke kereta........ alahai putri mama, mama banyak kerjalah kat office....... mama datang jugakkan...... cuma cepat dan lambat ajer..........
So dapatlah RM200.... Duit tu untuk dia orang. so bolehlah tambah sepasang kasut lagi dan beli baju pengakap untuk si Abang....... Sekolah Menengah ni cikgu pilih dia masuk pengakap, so kenalah belikan baju pengakap untuk dia....... Masa sekolah Rendah dulu dia joint bulan sabit so aku belikanlah bajunya besar sikit sebab aku fikirkan boleh guna hingga ke sekolah menengah tapi hampeh, bila sekolah menengah kena joint pengakap pula.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan