Selasa, 29 Januari 2013

Buku Teks

Assalammualaikum

N3 ni sepatutnya keluar masa awal-awal persekolahan hari tu tapi disebabkan kesibukkan yang melanda and baru jumpa gambarnya so sekarang baru nak publishkan...... tak apalah tak basi lagi......

Untuk pengetahuan umum, cehcehcehhhhhh..... macamlah ramai yang duk baca blog aku ni....... Putriku kan pindah sekolah tahun ni, dari SRAI ke SKDC and di sekolah baru ni dia tak dapat pinjaman buku teks...... dah puas aku merayu kat cikgu sekolah tu untuk skim pinjaman buku teks and jawapannya hampeh..... tak dilayan pun..... cikgu SPBT cakap, "buku-buku teks kat sekolah ni cukup-cukup untuk budak sekolah ni ajer"... aku tengok kat bilik SPBT tu melambak lagi buku teks untuk tahun 5.... Yang peliknya, ada seorang budak baru di dalam kelas putriku tu boleh pulak dapat buku teks......... anak aku, hampehhhhh...... 

Jadi tak nak menambahkan kekalutan dan tak nak anak aku ketinggalan belajarnya dan perang mulut dengan cikgu tu, so aku belikan ajerlah buku teks yang belum ada..... aku hanya perlu beli pun untuk 3 mata pelajaran ajer, iaitu Mathematics, Sains dan Pendidikan Islam. Sebabnya aku kena beli 3 ajer coz my boss every end of year akan bagi buku teks anaknya pada anak-anak aku. Anak boss aku ni memang kena beli buku teks 100% sebab dia hantar anaknya ke sekolah SWASTA iaitu Sekolah Bersepadu Kemayan di Seremban tu...... Aku beli 3 buku tu sebab Sekolah Bantuan Kerajaan tahun ni dah tukar buku Mathematics dan Sains nya ke dalam Bahasa Melayu dan Sekolah Bersepadu Kemayan masih lagi pakai dalam Bahasa Inggeris and satu lagi  Sekolah Bersepadu Kemayan tak ada subjek Pendidikan Islam kot.....  sebab Boss aku tak bagi pun buku teks pendidikan islam......
Nasib baiklah kedai yang jual buku teks ni hanya di Taman Seroja, Salak Tinggi...... so cepat ajerlah aku pergi membelinya....... kat popular aku tak jumpa ya buku teks........ La ni putriku bagi tahu ada satu buku teks lagi yang kena beli, iaitu buku Jawi...... Laaaa, Adik kenapa tak bagi tahu masa beli hari tu???? Walaupun dekat ajer kedai yang menjual buku teks ni, tapi kemalasan nak memandu tu yang jadi masalah........

Masa beli buku teks ni, duit bantuan persekolah belum keluar lagi tauuuuuuuu.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan