Assalammualaikum
Masa wedding anak Mak Cik Lijah aku dan adik beradik (yang biasa balik ke kampung hanya 3 keluarga ajer) balik ke kampung tercinta. Seperti biasa aku akan lambat sampailah...... Lambat sampai kat kampung bukannya aku mengelat nak mengemas rumah yang dah lama ditinggalkan ya!!!!! aku nak clearkan baju-baju yang hendak dibasuh dan yang dah di basuh dan mengemas rumah sikit-sikit, hari bekerja tak sempat nak menyapu keseluruhan rumah (macamlah rumah aku tu besar sangat). Tak ada bibik, everything kena buat sendiri........ Oleh kerana dah lama tak balik ke kampung, last balik kampung hanya pada hari raya puasa yang lalu, so bila balik rumah kampung rupanya rumah kampung banjir kat ruang nengok tv kat dengan ruang dapur...... habis karpet-karpet, tilam basah lencun, tak boleh pakai lagi....... banjir sebab bukan atap bocor tau, banjir sebab salur air tersumbat dengan daun-daun......... and also almari yang menempatkan tv tu ranap ke bumi. Nasib baik tv tak terhempas ke lantai. Benda-benda yang kat dalam almari habis jatuh ke lantai.... rasa-rasanya kat dalam almari tu tak ada barang-barang kaca, hanya tersimpan dulang tembaga untuk hantaran ajer........ kenalah pindah dulang -dulang tembaga tu ke kabinet yang lain....... operasi mengemas dilakukan oleh my sis yang balik awallah........
tinggal kenangan..... bangsal tempat arwah nenek aku selalu mengacau rendang, membakar kuih bakar and bahulu pada musim raya....... sekali lagi aku balik kampung, sure bangsal ni rebah ke bumi...... huhuhuhu....... hanya dapat snap gambar ni dari serambi rumah arwah bonda ku sebab rumah arwah nenek dah disewakan......... belakang rumah nenek aku tu dah jadi hutan dah...... dulu masa muda remaja aku selalu nolong (nolong ker atau terpaksa?????) arwah nenek aku menebas dan meracun kat belakang rumah tu..... bersih ajer dulu, sekarang ????????
Ini aktiviti sebelum pergi wedding anak Mak Cik Lijah di Pengkalan Durian...... Siap bakar satay lagi pagi tu..... sepatutnya pergi merewang (tolong memasak)...... and one of our cousin call and tanya bila kita orang nak sampai ke rumah Mak Cik...... sebab sedara mara yang lain dah sampai, we all adik beradik ajer yang tak sampai-sampai lagi, padahal rumah pengantin bukannyalah jauh sangat........ Kita orang pergi makan ajer......... sebab dah ramai yang menolong........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan