Isnin, 15 Julai 2013

Ke Kampung Pondok Rasah

Assalamualaikum,

Sebelum Ramadhan hari tu...... hari Sabtu malam Ahad ....... kami ke Kampung Pondok Rasah....... ke majlis zikir yang dianjurkan oleh Sheikh Faiz iaitu adik kepada bekas Mufti N. Sembilan, Sheikh Murtadza. Ini kali kedua aku ngan anak-anak follow en. suami ke majlis zikir ni....... Kalau Sheikh Faiz buat kat Rembau aku tak jointlah, jauh.... kat Rasah ni ok lagilah....... Ramainya umat yang datang pada malam tu..... ada yang datang dari Singapura pun ada..... kali pertama aku pergi, muslimah kat dalam, kali ini dia orang siap pasang khemah kat luar khas untuk muslimah ajer........ Kebanyakkan yang aku jumpa adalah cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku masa sekolah dulu..... aku jumpa cikgu Lela, Cikgu Raihan, Ustazah Badariah dan ramai lagilah........ Cikgu Raihan dan Ustazah Badariah ni adalah adik kepada Sheikh Faiz........ Setiap kali ke majlis zikir ni aku pasti akan ketemu dengan Pak Cik Nasir juga....... dia pun rajin ke sini....... orang kuat pondok Rasah lah katakan..........

Aku rajin follow en. suami ni sebabnya kerana salah seorang sepupu en. suami ni berkahwin dengan anak buah Sheikh Faiz ni....... setiap kali ada majlis zikir dia akan inform kita orang....... so kenalah rajinkan diri ya!!!.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan