Jumaat, 5 Julai 2013

Ke Air Mawang lagiiii

Assalamualaikum,

Atas permintaan my hero kami ke Air Mawang, Johol lagi. Pernah kesini pada Februari 2013. Ceritanya disini. Kalau tak kerana memancing ni memang payahlah kami nak ke Air Mawang ni..... kami kesini kalau ada cucu-cucu Nek Lang yang kahwin...... Saja-saja nak datang memang payah......

Ahad lepas kami ke sini. Kami bertolak dari Kuala Sawah dalam pukul 9 pagi. Sampai-sampai ajer, my hero dah sibuk ajak ayahnya ke kolam. Kebetulan pula cucu Mak Lang, yang duduk kat Taman Cengal, Seremban tu ada balik pula and adalah kawan  my hero untuk gi memancing.
 ini salah satu daripada kolam Mak Lang.... Ada banyak kolamnya...... Kolam ni banyak ikan Talapia ajer yang naik......... Ada keli juga, tapi tak melekatlah pulak........
 sedang sibuk memasang umpan....... umpan cacing dan ........ (lupa namanya). Umpan ni digaul dengan air dan dibulat-bulatkan....... Tapi bila campak dalam air, terus hilang ajer umpan tu..... samaada ianya mencair or dimakan ikan....
 en. suami mencuba nasib dikolam belakang sikit.... kolam ni banyak ikan haruan......
 my gegirl pun mencuba nasib...... cicit Mak Lang pun ikut my gegirl ke kolam.......
 en. suami berjaya menaikkan ikan talapia...... pindah memancing kat kolam yang banyak ikan talapia...... kat kolam ikan haruan seekor pun tak dapat........
 hahahahha....... aku pun mencuba nasib....... seekor pun tak melekat....... dalam 10 minit juga aku menunggu, tak sangkut-sangkut ikannya so apalagi, bosanlah aku, maka aku pass kan pancing tu kepada my gegirl and aku pergi lepak kat pondok hujung kolam tu.......  siap baring lagi kat pondok tu sambil menunggu dia orang habis memancing........

 cucu Mak Lang berjaya menaikkan seekor ikan talapia.......
 hahahahaaaaaa...... nak tau ni kerja siapa????? sampai tersangkut tali pancing kat wayar tu!!!! 
Yang pastinya bukan kerja aku ya!!!!!
ini kerja my gegirl...... orang lontar ke dalam kolam, dia lontar ke atas wayar tu pulak......... Masa tali pancing ni tersangkut dia tak perasan and dia boleh tanya abangnya, kat mana tali pancingnya???? Terbahak-bahak kita orang mengelakkan si Najwa.......
 berjaya menaikkan ikan talapia.........
 my hero dengan 2 pupunya (dua pupulah kan???) ayahnya dengan en.suami, sepupu, maka anak-anak dua pupulah kan??? correct it if  i'm wrong........... ini pergi memancing selepas solat zohor pulak hinggalah ke asar baru dia orang naik.... yang second round ni aku tak follow......... ngantuk.........
hasil tangkapan anak-anak. dapat dalam 8 ekor kalau tak silap aku...... siap disiangkan oleh Mak Lang.... senang kerja aku..... balik  masak ajer (teruk betul aku.....)

bukan ikan ajer yang kami bawa balik. Hasil tanaman pun kami bawa balik, antaranya betik, pisang muda and buah manggis.... Nasib baik durian tak gugur lagi........ kalau dah gugur, dengan durian-durian kami angkut........ (teruknya perangai)...... hehehehehehe...... Orang dah berikan....... ambil ajerlah....... siap dikaitkan oleh sepupu en. suami........

puashatilah my hero kerana dapat pergi memancing........ kalau tidak tu aku buat tak tau ajer bila dia sibuk nak memancing.........


Minggu ni menu kat rumah aku nampaknya ikan talapia ajerlah....... penuh fridge aku dengan talapia..... Sabtu pemberian jiran. Ceritanya kat sini. Dan Ahadnya pula hasil tangkapan anak-anak........

2 ulasan:

  1. air mawang kg mna kak..? asben sy orng c2 gak..asben kat sg sala...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. belakang pekan air mawang....... nama kampungnya akak tak pasti pula.

      Padam