Isnin, 29 Julai 2013

Periuk Ajaib Generasi Ke 2

Assalamualaikum,

Orang dah lama duk sibuk ngan pemanggang ajaib or periuk ajaib ni..... aku baru terhegeh-hegeh nak ada..... tu pun terpaksa beli....... kalau ikutkan aku tak payah benda-benda ni semua..... tengek or panggang ajer atas dapur paling tidak pun campak ajer kat dalam oven maka jadilah ikan bakar aku....... 

Aku cakap terpaksa beli ni sebab yang menjualnya adalah neighbour aku, aku dah cakap tak mau dia duk jugak ambilkan satu untuk aku...... my gegirl pergi main kat rumahnya, terus ajer dia suruh my gegirl bawa balik and cakap dengan ibu bayarlah bila-bila........ pening aku dibuatnya........ nak jaga hati jiran terpaksalah........
inilah rupanya periuk ajaib generasi ke 2 ni...... siap boleh mengkukus sekali....... 
belum guna lagi periuk ni...... masih berbungkus kemas kat dalam kotak tu........

2 ulasan:

  1. Saya pun sama Zana, nak memanggang guna je kuali leper yang tak 'ajaib' tu.

    Hish aih! kalau saya memang takutlah nak 'dekat2' ngan jiran yang cam tu Zana... tak pasal2 buatkan saya berhutang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa nak buat kak..... kenalah menanggung hutang.....

      Padam