Khamis, 15 Disember 2011

Adli

hari ni aku nak letak n3 mengenai anak bujang aku ni..... aku letakkan n3 mengenai dia ni kerana dia pun baca blog aku ni dan supaya dia ingat sampai ke tua.......... aku cukup geram dengan dia malam semalam sebab dia dah pandai membohongi aku....... ceritanya begini........ dia nak pergi tidur rumah kawannya, nak tidur dalam khemah....... rumah kawannya ni taklah jauh dari rumah aku, lebih kurang 5 baris aja dari rumah aku...... aku dah tak bagi dia pergi....... and then dia pun call ayahnya (rupanya dia pura-pura bercakap dengan ayahnya), dan dia boleh cakap dengan aku, ayahnya bagi dia tidur kat rumah kawannya.......... kalau ayahnya dah bagi it okaylah........ tapi bila ayahnya balik dari kerja malam tadi and then tanya aku mana Adli dan aku jawablah yang dia tidur rumah kawannya, berkhemah dan aku cakap kat mr. hubby, kan awak bagi dia tidur kat situ....... mr. hubby cakap bila masa saya bagi dia tidur kat rumah kawannya dan dia tak ada pun called saya............. aku apa lagi teruslah called dia dan suruh dia balik...... tak nak pula balik tu dan cakap kawan-kawannya ramai kat situ..........aku cakap dengan dia, kenapa bohong mama??? dia jawab, takut mama tak kasi........ aku cakap kat dia, esok abang balik siaplah mama belasah abang......... around 6.30 in the morning aku called dia dan suruh dia balik, bila dia balik, aku sound dia, dah pandai bohong mama ya.......... tapi aku tak rotan lagi dia sebab aku dah nak pergi kerja, kang tak pasal-pasal darah aku naikkkkk......... aku kalau merotan selagi tak puas selagi tulah aku tak berhentiiiii....... aku sabar dulu...... rupa-rupanya selepas aku pergi kerja, ayahnya yang merotan dia........ teruk juga adiknya cakap, sampai bengkak tangannya......

Mulai hari ni aku tak benarkan dia keluar rumah and joint kawan-kawannya tu... Adli kena kuarantin, tak boleh keluar rumah dan tak boleh pergi training bola sepak......... mama tak akan bertolak ansur lagi dengan Adli......

Adli, mama nak Adli tau....... yang mama sayangkan Adli........ tapi mama tak suka Adli bercakap bohong......... moga-moga ini menjadi pengajaran kepada Adli..........


tengahari ni aku tak balik, (selalunya aku balik makan tengahari)..... kerja banyaklah pulak hari ni....... boss aku nak gi cambodia......so kena siapkan paper worknya......... ingat nak balik tengok dia, nak tengok tangan dia......... bila aku called dan cakap dengan Najwa yang aku tak balik, Najwa cakap, eloklah tu mama tak balik.... kang kalau mama balik, mama pukul lagi Abang tu......... kesian dia....... ohhhhh sayang kat Abang ya!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan