Khamis, 15 Disember 2011

Buah Kundang

dah lama tak makan buah kundang ni........ kat kampung bukan tak ada pokoknya, tapi kalau berbuah pun bukan dapat merasa coz habis dikerjakan olah sang beruk/monyet yang banyak kat belakang rumah tu.........

masa aku pergi pasar malam semalam terjumpalah aku buah kundang ni........ aku beli 2 piring dan berangan sampai rumah nanti nak buat kicap cili api + gula sikit untuk buat cicahnya........ aku try makan sebiji, cukuplah manis, so tak jadilah aku punya kicap cili api tu.......... akhirnya aku makan gitu aja........... puas rasanya dapat makan buah-buahan kampung ni............ anak-anak aku duk tanya, mama makan buah apa tu???? aku suruh dia orang cuba makan...... najwa ok aja but adli ni payahlah sikit....... kalau benda yang dia tak pernah tengok tu banyak sangat soalnya........... try nak cari kundang muda pula........... nak buat sambal goreng kundang macam arwah nenek aku buat dulu-dulu.................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan