majlis ini telah dianjurkan pada Sabtu lepas........ seramai 41 orang kanak-kanak yang berkhatan pada hari tu....... tok mudimnya di datangkan khas dari Kedah......... kos untuk berkhatan ni ialah RM80.00 seorang....murah aja.... kalau kat klinik pakai laser macam dia orang buat kat surau ni (dia orang sunatkan budak-budak ni guna laser juga iaaa....) kosnya RM 150.00 ke RM180.00...... tahun lepas aku sunatkan anak bujang aku kat klinik abdullah, ampangan tu kosnya RM150.00..... tok mudim ni kerja dengan hospital kat Kedah......... ibu bapa tak perlu khuatir kerana tok mudim ni memang pakar menyunatkan orang.........
Macam-macam ragam budak-budak yang nak bersunat ni........ ada tu awal-awal lagi yakni masa berarak dah melalak....... yang dah terbaring kat atas katil sambil menjerit pun ada...........
aku pula since jumaat petang, after kerjalah dah ada kat surau....ingatkan petang jumaat tu nak singgah sekejap aja...... nak nengok-nengok apa yang muslimah buat petang tu........... tapi disebabkan tak ramai muslimah yang hadir so aku kenalah tolong rebus telur......... dan sebelah malamnya selepas Isyak pergi lagi ke Surau duk tolong mengukus pulut dan buat sambal tumis dan juga menyiapkan bunga manggar dan goddies bag untuk budak-budak yang bersunat tu....
ini menu untuk bersarapan..........sambal tumis dicicah dengan pulut kuning...........
bergotong royong untuk menyediakan juadah makan tengahari............mr. hubby tengah menyusun juadah untuk sarapan.........
kanak-kanak yang nak berkhatan dah mula beratur untuk berarak...........pasukan kompang bidan terjun....... budak-budak kompang yang sebenarnya tak muncul-muncul, tengah sodap tido lagi dia orangggggggg................... geram betul ngan budak-budak kompangni....... berlatih tiap-tiap malam........ bila time nak berkompang tak muncul-muncul........
haaaa ini dia pasukan kompang yang sebenarnya..........
sebelum sunat rendamkan dia orang kat dalam kolam.......
niiii ada yang dah bersunat pun tumpang sekaki berendam kat dalam kolam........... nak sunat sekali lagi agaknya...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan