Khamis, 17 Januari 2013

Cerita Semalam

Assalammualaikum

Ni cerita mengenai my hero semalam..... buat kali keduanya Pak Cik yang bawa dia ke sekolah tak datang ambil dia......  Pak cik ni hanya menghantar ajer dan bila waktu balik dari sekolah, akulah yang mengambil...... My hero sekolah sesi petang and kena keluar rumah dalam pukul 12.30 tengahari and seperti hari-hari sebelumnya pak cik tu akan datang ambil dia tapi tidak semalam dan Jumaat lepas...... Mungkin pak cik tu terlupa, dah tualah katakan........ dia dah panik, takut lambat ke sekolah dan semalam dia kesekolah dengan menaiki basikalnya..... Naik basikal ke sekolah tak bagi tahu aku pulak tu..... dia cuma talipon aku dan cakap tak perlu ambil dia waktu balik nanti, dia kata dia balik dengan kawan-kawannya. Ingat balik jalan kaki rupa-rupanya naik basikal. Aku memang tak tahu dia naik basikal kesekolah. Masa aku balik kerja dan parking kereta kat porch pun aku tak perasan yang basikalnya tak ada sehinggalah bila dia balik dalam pukul 7.05 petang baru aku tau dia bawa basikal kesekolah....... aku cuma risaukan keselamatannya ajer...... Maklumlah jalan nak kesekolah tu busy..... kereta berdesap desup dengan budak-budak motor yang tak tahu nak perlahannya....... tu yang buat aku kecut perut tu....... hari ni aku siap pesan dengan hero aku, kalau pak cik tu tak datang dan abang bawa basikal ke sekolah make sure kat simpang luar before cross the main road abang turun dulu dari basikal, tolak ajer basikal tu masa melintas...... pandang kiri-kanan and dah tak ada kereta baru melintas........ nak ku naikkan dengan kakak transport yang dulu dia tak masuk pulak area Sekolah Cempaka, dia more area ke Salak....... En. suami aku pula cakap eloklah tu dia berdikari, belajar pergi sekolah sendiri, dah besar panjang katanya....... emmmmmm orang lelaki memang camtu, relek ajer........ omak jugaklah yang risau........

3 ulasan:

  1. takpe kak...mumula kasi dia biasa dulu...cuma kena ingatkan supaya berhati2 jer..... tahu jenjalan kat cempaka tu camner...rumah lama remy dulu tu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohhhh Remy pernah duduk cempaka..... kenapa pindah.....

      Padam
  2. dulu kat cempaka tu rumah sewa jer...pindah ke nilai spring..... sekarang dah dok kat kota warisan....

    BalasPadam