Jumaat, 4 Januari 2013

Sarapan aku pagi ini

Assalammualaikum

Mee goreng berencahkan sotong ajer sarapan kami anak beranak pagi ni. Sekarang ni, sejak sekolah dah bukak aku kena merajinkan diri untuk membuat sarapan buat anak-anak dan en. suami. Anak-anak sekarang ni ada yang bersekolah pagi dan ada yang bersekolah petang. Si Abang bersekolah petang so memang kenalah buat sarapan untuk dia di samping si Adik pun boleh bersarapan sekali. Dan aku juga harus menyediakan makan tengahari untuk si Abang before dia pergi ke sekolah pada pukul 12.30 tengahari. Kena masak lebihlah pada belah malam.....
 yang ni bekalan aku ke office..... sotongnya tak nampaklah pulak...........

 
Sekarang ni terkejar-kejarlah aku, sebab kena menghantar dan mengambil si kecik dari sekolah. Kakak yang dia orang naik since dari darjah 1 dulu tu tak masuk pulak area sekolah cempaka jadi akulah yang kena menghantar dan mengambil. Oh ya, si kecik aku ni dah aku pindahkan ke Cempaka, tak ada SRAI lagi...... Si kecik ni tak nak naik van Cik Linda or Cik Za yang masuk area sekolah Cempaka......  Jadi waktu rehat aku sekarang ni kena ikut waktu dia habis sekolah, ambil sikecik dan aku pun boleh balik makan tengahari..... Nasib baiklah office aku tak jauh dari rumah...... bolehlah balik....... Si Abang pula aku tumpangkan dengan jiran lama sebab anaknya sebaya dengan si Abang, cuma waktu balik dalam pukul 6.50 petang tu turn aku kena ambil. Memang penat jadi driver ni...... tapi tak apalah berkorban untuk anak-anak demi masa depan dia orang...........

SAYANG KALIAN BERDUA..........

1 ulasan:

  1. Samalah kita...jadi driver...dari pagi sampai ke petang...asyki keluar masuk pagar.

    BalasPadam