N3 aku kali ini adalah n3 ketidakpuasan hati aku........ jarang aku nak melepaskan geram kat blog...... tapi kali ni tak boleh nak disimpan lagi........ so lepaskan ajer.......
Family day maintenance LSGB 2012 ini telah diadakan pada Sabtu dan Ahad lepas...... untuk tahun ini pihak penganjur telah memilih Port Dickson sebagai tempatnya.......... overall ok ajer yang aku boleh bagi sebab aku tak puas hati dengan beberapa perkara............ salah satunya ialah pemberian kupon breakfast........setahu aku sesiapa yang menginap di bougainvilla resort tu dia orang akan dapat 2 free breakfast, seperti yang tercatat didalam brochure resort tu............. aku tak dapat pun kupon untuk free breakfast tu....... ada orang dah songlap aku punya kupon untuk familynya........ bila check dengan pihak penganjur, dia orang boleh cakap hotel ni tak bagi free breakfast........ tapi kenapa jiran sebelah bilik kita orang boleh dapat pulak kupon breakfast tu???? dan bila di tanya dengan keluarga-keluarga yang lain, dia orang pun dapat kupon breakfast tu...... pembohong betul penganjur ni........ kalau kau orang nakkan kupon tu untuk bagi anak-anak kau makan breakfast tu, kau cakaplah dengan kita orang, kita orang boleh bagi punya......... ni tak main songlap ajer.....
Yang keduanya ialah tentang pembahagian hadiah untuk acara sukaneka........ Bagi yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dapat hadiah mengikut keputusan game itu......... dan bagi yang kalah juga pihak penganjur telah menyediakan hadiah saguhati untuk peserta-peserta tu....... yang aku pelik bin ajaib bila anak aku, gegirl akulah, joint untuk kategori 10 - 12 tahun dan dia kalah tak dapat pun hadiah saguhati tu....... aku tengok kat atas meja urus setia hadiah saguhati untuk 10 -12 tahun melambak lagi........(aku dengar, hadiah yang tak diberi tu dia orang bagikan sesama dia orang ajer malam tu.....) untuk kategori 4 - 7 tahun yang kalah boleh pulak dapat hadiah saguhati......... untuk kategori 13 - 15 tahun yang kalah pun dapat hadiah saguhati........ kenapa kategori 10 -12 tahun tak dapat????? Aku ingat aku ajer yang tak puas hati rupanya semalam en. suami aku cakap, masa kat office ada jugak staffs yang joint family day ni yang complaint pasal anak dia orang tak dapat hadiah saguhati tu........ sesama dia orang pun ada yang tak puashati....... ada staff yang cakap, family day tahun lepas yang kat Bagan Lalang tu lagi best.........
Pasal makanan pun satu......... ni aku rasa memang mentaliti rakyat Malaysia (tak kesemualah) kalau ambil makanan tu selagi tak penuh melimpah ruah pinggan selagi tu tak akan stop........ kalau habis tu tak apalah jugak..... ni terbiar ajer kat atas meja....... kesian orang kendian yang tak dapat.......... aku malam tu pulak sakit perut yang bukan main lagi, so mood untuk makan ke laut lah........ anak-anak ajer yang makan...... tu pun dapat jagung setongkol kongsi 4 orang dan ayam seketul dikongsi jugak........
cabin room kami..... puas hati dengan bilik ini...... reda sikit kemarahan tu walaupun hati sakit dengan pihak penganjur.....
en. suami dengan kawan-kawannya........... lepak-lepak selepas makan tengahari.........
ini untuk kategori 4 - 6 tahun...... rebut gula-gula...... bukan gula-gula ajer coklat pun ada...... coklat tu coklat yang selalu diserve kat dalam kapal terbang punya........
my kids masuk acara lari berpasangan ni..... kalah........
and then joint pula acara ni..... lari bawa bola ping pong....... sepit bola ping pong tuuuu.....
Abang dapat tempat ketiga...... adik kalah........
beri nama pada urus setia.........
hadiah tempat ketiga......... tuala mandi and frame......... kesian adik tak dapat hadiah saguhatinya.........
sebelah petang sebelum barbeque pada sebelah malamnya adalah acara bebas....... so anak-anak apa lagi...... terus terjun kolamlah.........
layan ABC kat tepi kolam.......... RM5 semangkuk.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan