Tetamu tu bukan datang ke rumah aku ya!!! Ini adalah tetamu Nilai University College dan school aku jadi tuan rumah pada dia orang. Everything our school yang kena handle (dari A to Z lah....) Jadi bila school aku yang jadi tuan rumahnya maka aku pun kenalah terbabit sama....... Dia orang berada di Malaysia dari 28.5.2012 hingga ke 08.06.2012....... Mereka-mereka ni terdiri dari Professor-Professor dari CBU (ada seorang mamat mat saleh ni handsome bangat......) Berbagai-bagai aktiviti kita orang sediakan untuk mereka antaranya lawatan ke kampung melayu...... Lawatan ke kampung melayu ni aku yang handle bersama dengan pensyarah-pensyarah Bahasa Melayu..... Masa boss bagi tahu kita orang yang dia nak bawak CBU team ni visit rumah orang melayu, dalam hati aku, rumah siapalah yang nak di pergi ni..... kita orang bukan kenal sangat orang-orang kat area Nilai ni....... pening jugak kita orang memikirkannya...... ialah tak kan nak pergi terjah ajer rumah orang......... mestilah dapatkan kebenaran tuan rumah dulu....... setelah puas berfikir dan dengan pertolongan en. suami akhirnya aku dapat sebuah rumah di Kg. Kondok, Nilai untuk dibawa CBU team ni melawat.......tuan rumah ni adalah kawan en. suami masa en. suami bekerja di tempat lama (Arab Malaysian Industrial Park dulu....)
kami bergerak ke rumah En. Nazri dengan 3 buah kenderaan......... sepatutnya kami sampai kat rumah en. nazri dalam pukul 2 petang, tapi kami lambat sikit sampai ke kg. kondok tu sebab kereta boss tayarnya pancit dan kena tunggu dia tukar tayar keretanya dulu...... sesampai sajer kami di rumah en. nazri terus bawa tetamu kami tu melihat-lihat kawasan sekitar dulu.......... lihat pokok kelapa, durian, jering dan sebagainya.......
dia orang makan jering muda gitu-gitu ajer, tanpa nasi....... macam makan rambutan ajer..... ada juga mat saleh ni yang kena dajal oleh one of our lecturer..... dia pi suruh mat saleh ni makan cili api.... kepedasanlah mamat tu........ada jugak yang duk berbuai..... Buaian kampung yang digantung kat pokok tu........
naik ke atas rumah dan kena duduk bersila........ macam-macam style duduk dia orang ni.........
tetamu ni dijamu dengan ubi rebus cicah sambal belacan dan ikan masin, pengat durian dengan pulut, mee goreng mamak, lepat pisang dan tapai ubi....... semua makanan tu dibayar oleh boss kami...... sebelum aku pergi KB-KT tempohari aku telah ke rumah en. nazri ni dengan puan azean, our MPW's lecturer untuk menyerahkan wang bagi menyediakan semua makanan tu..... menu tu aku yang pilih tahu...... ikut tekak aku....... hehehe.........
oh ya!!! dia orang makan tak pakai sudu tau....... dia orang kena gunakan tangan........
sebelum balik ke office, bergambar dulu....... kami kat rumah en. nazri ni sehingga pukul 6 petang.....
Leader dia orang telah menyampaikan ole-ole buat tuan rumah..........
Bestnya Zana, Kenapa tak bawa depa semua tu duk kat homestay?
BalasPadamhomestay jauh dari our campus....cari kan yang dekat-dekat ajer...
BalasPadam