Kami check out from hotel dalam pukul 9 pagi..... breakfast kat area Wakaf Che Yeh..... oh ya!! hotel yang kami menginap ni tak provide breakfast ok!!! so kena breakfast kat luar...... After breakfast kita orang jalan-jalan bandar Kota Bharu.... hanya ke Pasar Siti Khadijah..... sesat kat bandar KB.... setelah berpusing-pusing di bandar KB, akhirnya jumpa Pasar Siti Khadijah..... kami tak lama di pasar Siti Khadijah sebab dah nak ke Terengganu pula....... sebelum sampai Kuala Terengganu kami singgah dulu di Jerteh, rumah sepupu en. suami...... sepupu en. suami buat kenduri kahwin anaknya......
ni kat Wakaf Che Yeh.....
gambar yang wajib diambil...... gambar kat dalam pasar Siti Khadijah..... kat sini aku hanya beli buah-buahan sajer....... batik-batik ni aku kuranggggg
barang - barang kat sini boleh tahan mahalnya..... maklumlah cuti sekolah...... ramai orang luar yang datang ke sini, so dia orang pun upkanlah harga.......
bergambar di sekitar bandar Kota Bharu...... dapat makan sotong bakar..... sedappppp
Kami bertolak dari rumah sepupu en. suami dalam pukul 4 petang dan terus menuju ke Kuala Terengganu...... sepupu en. suami dah bagi map macamana nak ambil jalan pesisir pantai untuk ke Kuala Terengganu dari rumahnya (kena ikut jalan kampunglah...) tapi kami tetap sesat juga kat area Jerteh (kami tak ada GPS ok!!! tu sebab sesat ajer)..... sesat sampai ke Kg. Keruak.... Jalan Keruak tu adalah penghujung jalan (jalan mati), kalau teruskan jugak terus masuk ke hutan simpan Terengganu....... dari rumah sepupu en. suami ke Keruak tu lebih kurang 30++ kilometer dan turn balik ke Jerteh menjadikan 60++ kilometer dengan meter minyak dah berkelip-kelip..... dalam Keruak tu tak ada petrol station pulak..... kau orang bayangkanlah betapa cemasnya aku kat dalam kereta tu....... takut kena tido dalam hutannnn pulak..... siap berdoa semuga minyak kereta cukup-cukup sampai ke petrol station yang terdekat dalam 20++ kilometer (setelah berhenti bertanya).....
Ingat nak berhenti makan ICT (Ikan Celup Tepung) di Penarik tapi hampa sebab kebanyakkan kedai or gerai dah nak tutup........ Kami sampai Kuala Terengganu dalam pukul 9.30 malam dan terus cari tempat penginapan..... Alhamdullillah, dapat tempat penginapan dan terus naik ke bilik untuk mandi dan lurus-luruskan badan sekejap sebelum keluar balik untuk meronda-ronda bandar KT.........
bandar KT di waktu malam.......
kami terus ke Dataran Shahbandar.... ada berbagai-bagai aktiviti kat situ....... banyak juga gerai yang menjual berbagai jenis barang termasuklah fixie bike....... kat Terengganu harga fixie bike taklah mahal sangat..... paling mahal aku jumpa RM400.00..... kalau kat area Nilai harga fixie bike dalam RM700.00...... anak bujang aku asyik ajer memandang fixie bike tu...... aku cakap kat dia, macam mana nak bawa balik ke Nilai kalau kita beli???? terus dia belah dari gerai fixie bike tu....... kesian pula aku kat dia....... hati ibuuuuuu cepat merasa kesian.......
bergambar di Dataran Shahbandar......
masa kita orang sampai Dataran Shahbandar, cuaca cukup baik dengan angin sepoi-sepoi bahasa...... lebih kurang setengah jam selepas tu, angin bertiup amat kencang yang boleh menerbangkan khemah-khemah peniaga...... cukup kuat angin yang bertiup malam tu sehingga setiap peniaga tu aku tengok memegang tali khemah masing-masing...... Najwa dah takut masa tu dan terus ajak kita orang beredar...... masa kita orang bergerak ke kereta, hujan pun turun dengan lebatnya berserta dengan angin yang bertiup kencang.......
Aku hampa lagi...... kerana tak dapat makan ikan bakar kat Kuala Ibai....... kita orang dinner malam tu kat area hotel ajer.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan