Selasa, 5 Jun 2012

Solat Hajat

Ni cerita sebelum pergi KB - KT tempohari.... sehari sebelum bertolak ke KB - KT, kita orang ada terima jemputan solat hajat dari Sekolah SRAI Salak Tinggi..... Solat hajat ni adalah untuk pelajar-pelajar tahun 6 SRAI Salak Tinggi yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2012....... Ibu Bapa pelajar tahun 6, 2012 diwajibkan hadir.... aku dengan en. suami pergi ke majlis solat hajat tuuuu..... mestilah pergi kannnn, dah anak aku salah seorang pelajar tahun 6 tuuuuuu, (beri sokongan)........ Solat hajat ini telah diadakan di Masjid KLIA........
Aku peliklah, kenapa tak ramai parents yang hadir masa solat hajat ni??? Kenapa ya????  Adakah kerana Masjid KLIA ni jauh???
Selalunya (setiap tahun) pihak sekolah buat solat hajat hanya di Surau Sekolah, tapi untuk tahun ni, pihak sekolah mengadakan solat hajat jauh sikit dari sekolah..........

Sebelum solat hajat, sebelah petangnya diadakan kem solat dan motivasi untuk pelajar-pelajar tahun 6 ni.... pelajar - pelajar ni kena ada di Masjid KLIA seawal pukul 3 petang........ dah tentu-tentunya aku  ambil cuti untuk menghantar anak bujang aku tu ke Masjid KLIA........ cuti lagiiiiiiiii......... berkorban apa sajerkan........ demi masa depan anak-anak tercinta..........

anak bujang aku pakai jubah malam tu..... cikgu-cikgunya duk sibuk bertanya kat dia, kat mana dia beli jubah tu.......... hai cikguuuuu, berkenan ker??? kalau nak beli, silalah pergi ke Pasar Jawa Klang...... kat sana ada berbagai-bagai pilihan....... 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan