Sesampai ajer aku di kampung tercinta aku terus menuju ke dapur (selepas menurunkan barang-barang yang penuh sekereta tu)..... cari makanan....... perut dah berbunyi dah........ almaklumlah, balik ajer dari kerja petang tu terus mengemas barang-barang yang untuk dibawa balik........ so tak sempat nak buatkan makanan untuk anak-anak (macam mana nak masak, talipon aku asyik berdering ajer duk tanya aku bila nak sampai kat Linggi ni, beras tak ada lah, bawang tak adalah untuk dimasak malam tu dan macam-macam lagi bendalah yang tak ada, macamlah Linggi tu tak ada kedaikan????........) bila aku masuk ke dapur, semuanya dah siap....... sajer ajer dia orang ni nak dajalkan aku............ geraaaaaaaammmmmmm........ apa-apa pun terimakasih pada tukang masak malam tu ya.......
masuk ajer ke dapur tengok seperiuk besar bubur kacang campur durian..... banyaknya buat......siapalah yang nak makan bubur ni........ anak-anak aku bubur kacang campur durian ni kurang sikit....... dia orang lansung tak sentuh pun bubur ni............ nak tahu apa jadi pada bubur ni?????? akhirnya ketanah juga perginya..........
Gulai tempoyak..... masa kat dalam kereta Najwa dah inform aku, bila sampai Linggi dia nak makan gulai tempoyak ni........ bila dah sampai dan dah jumpa sepupu-sepupunya langsung lupa gulai tempoyak favouritenya tu......... nasib baik aku suapkan dia jugak malam tu, merasalah jugak dia......... Gulai tempoyak ni laku yer....... licin ..... tak dapat nak diulang pada keesokkan harinya..........
sambal ikan bilis buatan Mak Long Shah Alam.......... sedap jugak dan ada juga rendang daging malam tu.... lupa nak snap gambar rendang daging............ yang paling sedap malam tu ialah sambal durian lada merah....... bertambah-tambah aku makan....... selain tu aku melantak durian jugak...... lupa aku tentang penyakit aku sekejap........ buat ubatlah yaaaa.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan