Khamis, 6 Februari 2014

Cuti-Cuti Malaysia 2014: Besut

Assalamualaikum,

Atas jemputan kenduri kahwin lah yang menyebabkan kami terus bercuti sekali kat KB..... kenduri ni kat Besut..... bapa pengantin perempuan ini adalah sepupu en. suami belah FIL aku dan dah menetap kat Besut tu...... ini kali kedua kami hadir kenduri kahwin kat rumahnya.......
kek pengantin........
hantaran dari pihak lelaki..........
hantaran dari pihak perempuan.......
gambar pengantin dan juadah lupa pulak nak snap....... 
letih sebab perjalanan yang lama...... lama ker??? kalau dari KB 45 minit ajer....... ikut Pasir Puteh...... tapi disebabkan cuti CNY, maka jalan jammed lahhhhhhhh...........

bukan kami sekeluarga ajer yang pergi ya!!! ada empat keluarga lagi yang pergi dari Negeri Sembilan...... kami pergi sendiri-sendiri....... tak berkonvoi........ yang empat keluarga tu menginap kat Kuala Trengganu dan lepas majlis kenduri ada yang terus ke KB dan ada yang bermalam kat rumah sepupu en. suami...... kami balik semula ke KB sebab masih belum puas meronda lagi...........

oh ya!!!! majlis kenduri ni pada hari Khamis tau!!!! Agak-agaknya orang Pantai Timur buat kenduri kahwin tak tunggu Sabtu or Ahad seperti kat tempat kita kut...........

4 ulasan:

  1. cantiknya hantaran..

    kedai zaleha textiles area dkt simpang klinik pergigian pasir puteh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak jumpa pula saya kedai tu..... tak apa next time boleh terjah......

      Padam
  2. hari Khamis? ramai yang buat kenduri hari Sabtu & Ahad cuti CNY tu kot.

    cantik kek pengantin tu..warna pastel..simple je tapi menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Nohas kendurinya hari Khamis...... Najwa yang minat sangat kat kek tu...... tu sebab dia snap photo kek tu.....

      Padam