Assalamualaikum,
Hari Ke 3 kami di KB....... Hari ketiga tu jatuh pada hari Jumaat and dah pasti sepastinya kebanyakkan kedai kat Kelantan tutup...... kalau ada buka pun lepas sembahyang Jumaat.......
Hari ke 3 ni kami check out dari hotel dan terus menuju ke Pengkalan Kubur...... ke kawasan bebas cukai...... kita shopping coklat ok........ pinggan mangkuk tak main........
dah sampai Pengkalan Kubor....... dalam 1/2 jam perjalanan dari Wakaf Che Yeh........ kebanyakkan kedai tutup....... lepas Jumaat baru buka........ lepak sehingga pukul 2.30 petang kat Pengkalan Kubor sebab en. suami dan my hero pergi sembahyang Jumaat dulu...........
sesiapa nak ke Thailand (Golok) kena ikut situ....... kalau dah habis shopping kat kawasan bebas cukai tu pun kena keluar ikut jalan sini untuk pemeriksaan kastam.........
borong jangan tak borong...... aku rasa harganya mahal sikit dari Langkawi........
aku borong pepero, daim, almond gold dan beberapa jenis coklat lagi habis kat RM100++.......
ingatkan borong pepero tu banyak-banyak bolehlah bagi kat anak-anak buah sekali tengok bila sampai kat Nilai habis sudah........ dalam perjalanan dua beradik tu duk makan...........
pinggan mangkuk...... nasib baik aku tak berminat......... kalau tidak jenuh en. suami nak menjinjing ke kereta.............
gambar ni aku ambil dari pak cik google ok...... saya tak sampai lagi kat tempat ni tu sebab saya copy gambar ni....... tuan empunya gambar, pinjam sekejap gambar anda ya.......
sebab apa aku tempelkan gambar ni?????
sebabnya pada perancangan awal kami nak ke sini....... ke Pekan Mundok, Thailand.........
kawan en. suami dah janji nak bawa kami ke Mundok ni, dia kata barang-barang kat Mundok ni lagi murah dari Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor.......
Pekan Mundok ini hanya dibuka sepenuhnya pada hari Isnin dan Jumaat saja.... hari lain tak berapa banyak yang berniaga........ nak ke Mundok ni kena naik bot lah..... kena seberang Sungai Golok tu......
Nasib baiklah hari Jumaat tu kat Kelantan di adakan Majlis Maulidur Rasul, so kawan en. suami tak dapat nak bawa kami ke Mundok pada sebelah pagi dan dia janji nak bawa kami selepas Sembahyang Jumaat....... tapi disebabkan kami nak ke Kuala Terengganu petang tu dan hotel kat Terengganu tak booking lagi so kami batalkan sajer perjalanan ke Pekan Mundok tu........
Sebab apa aku kata "Nasib Baik"....... aku ni kan pengecut........ dengan keadaan jetinya yang macam dalam gambar tu, memang aku tergolek dalam air tu.... dan satu lagi naik ramai-ramai dalam bot tu, arrrgggg kecut perut mak...... walau pun jarak antara Malaysia dan Thailand tu tak jauh...... kalau apa-apa terjadi atas risiko sendiri.........
Kami tinggalkan KB dalam pukul 3 petang dan terus nuju ke Kuala Terengganu....... Nak ke Rantau Panjang pun tak sempat......... Dari Pasir Puteh ke Kuala Terengganu aku yang pandu......... en. suami nak rehat...... sampai KT dalam pukul 7 malam...........
penakalan kubur pernah sampai masa student dulu nostalgia ni. ikut kwn yg mmg orang tempatan. masa kami menyeberang naik bot ke golok, kena kejar dengan bot kastam/imegresen. mujur sempat lolos...hu hu ingat lagi masa tu beli jaket denim, jeket kulit dan jeans, t-shirt dan kasut sbb baru dpt biasiswa
BalasPadamkawan yang nak bawa kami ke Mundok tu memang orang tempatan dan kebetulan balik bercuti ke Kelantan........ Saya memang takut nak ke sana...satu, masuk secara haram, kang kena tangkap naya......... kedua keadaan botnya....... dan ketiga keselamatan tak terjamin kat selatan thai ni........
Padamsalam…lamanya saya tak ergi pengkalan kubor. mengimbau kenangan plak
BalasPadamsalam Rostina........... Pengkalan Kubor ni sekarang dah banyak kedainya tapi masa saya pergi tu kebanyakkannya tutup sebab hari Jumaat.......
PadamKedai coklat buka ke hri jumaat ??
PadamKedai banyak buka selepas waktu sembahyang Jumaat
Padamnasib baik tak jadi menyeberang, tengok gambar pun mcm mengharukan je..
BalasPadamSetuju Nohas! lagi2 nak masuk secara haram... tu nyeludup namanya tu... kang tak pasal2...
PadamYalah Nohas dan Kak Sweetie.... memang saya bersyukur sangat2 sebab tak jadi pergi tu........ macam-macam difikiran saya masa nak gi tu........
Padamkalau tak krn kenduri sy pon da hmpr smpi ke sini last month...
BalasPadamp/s terimak kasih krn sudi follow
terima kasih juga buat anies....
Padambestkan.......