Khamis, 27 Februari 2014

Kampung Ku

Assalamualaikum,

Kesemua gambar ni aku copy dari FB YB ........ sorry YB copy gambar tanpa kebenaran....... tak marahkan!!!! nak promote sikit kampung kesayangan ni........

Walaupun aku dah agak lama tak balik kampung, tapi segala aktiviti kat kampung ku tu aku tau lah jugak..... tau lepas habisnya event tu...... hahaha...........

Since kampung ku ber YB orang muda ni, banyak betul aktiviti-aktiviti yang dijalankan kat kampung tu....... bagus, bagus......... hidup sikit Linggi, tak lah macam kampung tinggal......... YB ni selang empat buah rumah dari rumah pusaka kami.........

Salah satu aktivitinya:

Perlawanan Futsal Pemuda DUN Linggi

Awat kampung ku tempat keempat???
handal pemuda2 kampung permatang pasir....... tahniah, tahniah........

Majlis Zikir  yang dipimpin oleh Dato' Syeikh Murtaza (Mantan Mufti Negeri Sembilan) di masjid Qariah Linggi pada awal Februari.
alhamdullillah....... ada juga aktiviti kat Masjid Linggi ni........ tak lah sunyi ajer.........
Masjid Qariah Linggi ni jauh ke dalam........ 

ni lah rupanya masjid kampung ku........ salah satu warisan sejarah Linggi ni.......


Majlis Sambutan Maulidur Rasul Mukim Linggi pada Sabtu lepas..........
yang baju melayu coklat (coklat ker tu???) adalah YB DUN Linggi............
berarak dari Dewan Linggi ke mana tu????
ramai jugak yang hadir nampaknya..........
di dahului dengan pasukan berkuda....... kuda siapalah ni ya????
hidup Linggi dengan YB baru.........

Dah lama tak balik kampung, Insya Allah, Ahad ni mungkin aku balik kampung sekejap...... nak uruskan pasal rumah sewa ku tu....... orang yang menyewa tu dah keluar so pergi nak ambil kunci dan nak tampal kertas sekali lah........
Tapi tak dapat nak masuk rumah pusaka sebab kunci rumah pusaka tak ada kat aku..........

2 ulasan: