Rabu, 5 Februari 2014

Cuti-Cuti Malaysia 2014: Wakaf Che Yeh

Assalamualaikum,

Sempena cuti CNY hari tu, kami sekeluarga bercuti ke Pantai Timur...... cuti ni sambil menyelam minum air..... kalau tak ada sebab dah tentu-tentunya masa cuti CNY tu kami lepak ajer kat rumah........ tak kuasa nak jalan jauh-jauhni.......... jemputan ke Pantai Timur ni kami terima 2 bulan yang lepas tapi tak decide, berbelah bagi sama ada nak pergi or tidak and last minute en. suami decide untuk pergi....... kami follow ajer.....

Bergerak ke Kota Bharu pada hari Rabu lepas selepas bawa my hero ambil darah untuk kali keduanya dan aku pun pada hari Rabu tu ada medical check up juga, both aku dan my hero result check up memuaskan........ 

Bertolak dari Nilai dalam pukul 11 pagi dan sampai KB (Wakaf Che Yeh) pukul 9.30 malam....... kami menginap kat Wakaf Che Yeh, budget hotel ajer...... kali ni kami duduk kat Ridel Boutique Hotel....... oklah biliknya besar compare yang kami duduk 2 tahun lalu, sempit....... nama hotel yang dulu tu pun dah lupa......

Dari Nilai ke KB hanya en. suami ajer yang drive, aku nak tukar pandu dia tak kasi....... dia tak percaya aku drive ikut Merapoh-Gua Musang tu........ aku lagi tak caya en. suami drive masa tu....... sebabnya dia kerja malam and baru balik pagi Rabu tu......... dah tentu tentunya dia mengantuk...... terpaksalah aku bersengkang mata duk melayan dia, takut dia terlelap........... Alhamdullillah kami selamat sampai dan selamat kembali ke Nilai.......... Sepanjang perjalanan tu banyak juga tempat kami singgah untuk meluruskan kaki........ penat oiiiii duduk berjam-jam dalam kereta apatah lagi yang memandu..........
Pasar Borong Wakaf Che Yeh yang senantiasa ramai.........
 tu bukan hotel yang kami duduk...... hotel yang kami duduk tu kat belah belakang, dekat dengan pintu gerbang Wakaf Che Yeh..........
kami kat KB 2 malam 3 hari......... tak puas........ insya allah kalau ada rezeki, akan kesini lagi............

2 ulasan:

  1. Belum pernah sampai lagi kat sini...tak puas shopping..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergilah bercuti kesana...... best........ macam-macam ada..........
      Nohas, memang tak puas.......

      Padam