Rabu, 12 Februari 2014

Cuti-Cuti Malaysia 2014: Kuala Terengganu

Assalamualaikum,

Dari Pengkalan Kubor yakni selepas solat Jumaat, kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu pula... Hajat dihati nak ke Rantau Panjang terpaksa dibatalkan. Takut tak sempat sampai KT sebelum malam. Hotel tak booking lagi.......

Aku ambil alih memandu mula dari Pasir Puteh hinggalah ke KT.... ohhhh mak aaaaaaaiiiiiii sakit belikat aku memandu hampir 200 KM. 

Masa sampai Setiu aku tanya en. suami "Kenapa tak jumpa pantai? Rusila pun tak jumpa ni??" rupa-rupanya aku salah ikut jalan.... plan asal nak ikut pesisir pantai, tapi terlepas....... so ikut jalan yang tak jumpa pantailah jawabnya.......... nak menyedapkan penumpang-penumpang dibelakang aku duk cakap "tak apalah, dulu dah ikut pesisir pantai kan!!! so sekarang kita ikut jalan lain lah pulak, boleh lah kita tengok tempat yang tak pernah lalu kan!!!" bagus aku kan!!!! nak cover sebab dah salah jalan....... hehehe........

Kami sampai KT dalam pukul 7 malam..... kami terus ke Kg. Losong.... kita makan dulu keropok lekor zizang..... keropok lekor zizang ker????? ohhhhh tidakkkkkk, kami makan keropok lekor Pak Su Kg. Losong.......... masa kami sampai gerai Pak Su ni dah nak tutup...... yang dah goreng hanya tinggal dalam RM2 ajer.....
papan tanda kedai Keropok lekor pak su........
habis makan kami terus ke Bandar KT untuk mencari hotel........
operasi mencari hotel yang kosong pun bermula........ nyaris-nyaris tidur dalam kereta........
turun naik, keluar masuk hotel...... kebanyakkan yang ditanya semua menyatakan dah penuh........ bukan kami ajer yang duk mencari hotel malam tu...... ada beberapa keluarga jugak yang tengah duk mencari hotel....... ini semua jenis macam aku jugaklah, tak booking awal-awal......... ramai betul orang datang bercuti ke KT sampai semua hotel penuh.
Akhirnya kami dapat tempat penginapan untuk malam tu....... hotel ni memang anak-anak aku harapkan..... sebab masa kat Kelantan dia orang dah suruh booking hotel ni, tapi aku ngan en. suami tak nak.... kami nak try hotel lain pulak...... tapi akhirnya ke Midtown hotel jugak..... tu pun tinggal 2 bilik ajer lagi........ kami ambil bilik yang tiga katil with breakfast untuk 3 orang....... sorang lagi kena bayar........ budak-budak kena RM8........
bilik with 3 katil...... besar bilik ni..........
lega dah dapat bilik........ naik mandu dulu...... 
after that kami keluar lepak-lepak kat Bandar KT........

6 ulasan:

  1. kalau lalu jalan pantai lg best tu. blh makang ICT. hehe tapi KT pun ada

    BalasPadam
  2. Tu lah...... sebenarnya nak lalu pantai nak makang ICT ....... tapi dah terlepas simpang nya

    BalasPadam
  3. tak dpt ICT, dpt keropok losong pun OK jg...drive 200km, jalan jem ke? kalau jem, memang sakit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa tu nak ke KT dari KB tak lah jammed sangat..... nak memotong tu tak berani sebab kenderaan arah ke KB berderet2...... keropok losong memang best.....

      Padam
  4. walaupun kampung sy berjiran dgn negeri KT..jarang saya ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ema, dah terlanjur sampai KB tu yang terus ke KT...... kalau tak ada kenduri kahwin sure saya tak gi der...... jauh sangat perjalanan nya.....

      Padam