Semalam 22.03.2011 genaplah usia anak lelaki ku 11 tahun. Happy birthday to you. Ibu doakan semuga abang berada di dalam sihat sejahtera, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan abang rajin-rajinlah belajar ..... amin..... Dengar cakap ibu ya!!!
Luv u..........
Abang masa tangan kena anduh, akibat bermain bola sepak....
Imbau kembali kenangan membesarkan Adli.
Sejak Adli dilahirkan, Adlilah yang aku kena take care more than his sister Najwa. Masa dalam pantang, Adli nangis aja. itu pun berhenti setelah penat melalak. Kesian pada Arwah Atuk, Arwah Nenek dan Arwah Nek Nyangnya yang kena berjaga menjaga Adli. Arwah Atuknya ada juga bawa Adli yang masih merah tu jumpa ustaz untuk ditawarkan tapi tak ada perubahannya. Adli juga pernah diberi pada Mak Lang Ita nya untuk disusukan (ibu susuan).
Ingat, bila besar nanti Adli tak boleh kahwin dengan anak Mak Lang Ita tau, itu ibu satu susuan. Bila aku habis pantang, aku hantar Adli ke baby sitter, macam tu juga tak henti-henti nangis, sampai baby sitter talipon aku, cakap tak tau nak buat macam mana lagi, asyik nangis aja. Alhamdullillah, bila usia Adli masuk ke 4 bulan, tabiat kuat nangis Adli tu pun hilang, tapi timbul pula satu lagi masalah bila Adli mencecah 1 tahun.
Kalau demam mudah kena tarik (fits). Tak boleh melebihi 38 darjah celcius. Sejak dari peristiwa Adli kena fits tu, aku lebih beri tumpuan pada anak-anak aku bila dia orang demam. Selalu juga Adli kena tahan ward. Satu peristiwa yang tak akan aku lupakan ialah Adli kena fits selepas aku habis pantang lahirkan Najwa. Aku baru mula masuk kerja, baby sitter call kata Adli demam dan dah kena fits. Aku terus hantar Adli ke hospital Seremban dan terus admitted kat ward kanak-kanak. Selalunya bila Adli warded, Adli tak akan kena fits lagi, tapi senja keesokkan harinya Adli kena fits semula yang mana aku hampir-hampir kehilangan Adli. Adli sesak nafas masa tu. Beberapa orang doktor pakar mengejakan Adli kat emergency room, aku pun tak dibenarkan masuk. Masa tu, aku sorang aja kat hospital, Mr. hubby On the way back to Nilai, nak ambil Najwa kat rumah baby sitter. Mr. Hubby terpaksa berpatah balik ke hospital Seremban bila dapat talipon dari aku.
Masa Adli kat emergency room tak kedengaran pun suaranya, doktor keluar bagi tahu aku yang Adli sesak nafas. Hanya airmata aku aja yang mengalir masa tu sambil berdoa kepada Allah semuga Adli cepat sembuh. Alhamdullillah selepas setengah jam dikerjakan oleh doktor, aku dengar Adli nangis dan memanggil-manggil Ayahnya. Malam tu Najwa terpaksa bermalam di rumah baby sitter, kerana Mr. Hubby also temankan Adli kat Ward.
Bila usia Adli mencecah 6 tahun, demam sawan (fits) ni tak menyerangnya lagi.... Tapi bila dia demam aku kena juga berjaga-jaga takut kena, tu semuakan kuasa Allah.... kita tak tahu... Bak kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan... Mencegah lebih baik dari mengubatinya... (betul tak?)