Jumaat, 31 Mei 2013

MMA Santai Corner

Assalamualaikum,

Gi dinner kat MMA Santai Corner, Nilai Ahad lepas. Belah siangnya kami gi ke majlis persandingan Akmal and akibat malas nak memasak belah malamnya, so dinner ajer kat MMA Santai Corner. First time kesitu. Hajat hati nak makan meatball abang burn tapi sayang seribu kali sayang malam tu habislah pulak meatball abang burn tu..... Baru pukul 9 malam, dah habis meatballnya, yang tinggal segala burger ajer......
 my hero nak ayam madu, so orderkan untuknya....... licin dia dua beradik kerjakan....
 coconut shake aku.......
 burger bakar abang burn untuk anak-anak juga.....
nasi goreng untuk aku dan en. suami...... sebab aku rasa kalau makan burger ajer sure tak kenyangnya..... mesti nak nasi juga.......

Majlis Persandingan Akmal

Assalamualaikum,

Hari tu dah cerita pasal majlis nikahnya. So now cerita pasal hari sandingnya pula. Masih kat belah perempuan lagi. Belah lelaki insyaallah pada bulan Jun nanti.  Majlis persandingan telah diadakan pada hari Ahad lepas kat Kg. Jelutong, Sepang. So berkonvoilah kami ke sana, tapi sebelum tu kami semua berkumpul kat Masjid Sepang. Rombongan lelaki ni dari Serting. Aku taklah berkonvoi dari Serting der. Aku hanya tunggu dia orang kat Masjid Sepang ajer. Dah cukup korum barulah bergerak ke rumah pengantin perempuan.
 pelaminnya....
 merenjis pengantin dapatlah bunga pahar ni.....
 makan beradap
 anak aku dan anak-anak buah aku......
 my brother and SIL bersama-sama pengantin (Mak dan Ayah pengantin lelaki)
 Adik-beradik pengantin lelaki. Anak perempuan abang aku tak ada pada majlis belah perempuan ni, tengah exam.......
 haaaaaa ini mak saudara dan pak saudara pengantin lelaki (belah Linggi, belah ayah pengantin lelaki). Ada 2 orang mak saudara pengantin lelaki tak dapat hadir, seorang menetap kat Brunai dan seorang lagi kena tahan wad......

Selasa, 28 Mei 2013

Ke KPJ Kajang

Assalamualaikum,

Dari kenduri nikah anak buah aku, kami berkonvoi pula ke KPJ Kajang. Melawat my sis yang kena tahan wad akibat denggi. Nak tau siapa yang kami lawat???? Seorang blogger juga!!! Nak tau!!!!

Sila scroll ke bawah ya!!!
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
 Inilah orang yang kami lawati, blogger Yati....... demam ker??? sihat ajer nampaknya....... blogger Yati adalah family member kami yang ke 4 kena tahan wad bulan ni akibat denggi. My aunt sampai kena tahan kat ICU..... menurut mereka-mereka ni, dia orang kena masa gi makan malam kat luar, kat kedai lah. My aunt 3 beranak kena kat Tupai-Tupai Restaurant kat area KL lah manakala my sis ni kat area Kajang kot... Nampaknya kalau nak gi makan malam kat luar kenalah after 8....
ahli keluarga yang datang menziarahi....... blogger Yati ni penakut nak makan ubat. Bukan main susah dia nak menelan ubat, berjam-jam nak menelan sebiji ubat.......

Pagi ni bila aku on FB aku, one of en. suami punya kawan pm aku dan tanya "Dah keluar wad ke Kak?" Terperanjat aku, bila pula aku masuk wad, and aku reply 

Aku: Akak alhamdullillah sihat, tak masuk wad pun. 

Kawan en. suami: Habis yang gambar kat dalam FB yang kat wad tu siapa?

Aku: ohhhhh yang itu adik akak

Kawan en. suami: Muka serupalah kak.....

Aku:?????? serupa ker???? kan aku lagi cun (jangan marah........)

Isnin, 27 Mei 2013

Majlis Nikah Akmal

Assalamualaikum,

Jumaat lepas pergi menghantar anak buah nikah kat Kg. Jelutung, Sg. Pelek, Sepang. Alaaahhh jalan nak ke Bagan Lalang. Tapi akulah orang yang paling lewat sampai, walaupun duduk kat Nilai. Ngam-ngam orang nak makan baru aku sampai. So tak dapatlah aku snap gambar nikahnya...  Aku lewat sebab aku dari kampung, ada hal penting yang perlu diuruskan dikampung pada pagi tu. Majlis nikah ni selepas solat Jumaat.

 my sis dengan anak-anak blogger Yati..... Nak tau kemana blogger Yati, tunnngggguuuuuu next n3 ya!!!!
 en. suami ngan my gegirl.......
 anak blogger Yati yang tengah demam......
masa untuk berangkat pulang. Tapi kami tak pulang kerumah ya!!! Kami terus ke KPJ Kajang. Menziarahi ahli keluarga yang tiba-tiba sakit........ sakit ker????  My sis yang kat Pandan tu cakap menziarahi orang sihat kat dalam FBnya....... Nak tau siapa yang kami ziarahi????? Tunggu next n3 ya!!!!!

Farewell for Cik Dani

Assalamualaikum,

Khamis lepas our school buat jamuan perpisahan. One of our  lecturer resign. Resign sebab nak sambung belajar kat Ireland. Jamuan kecil-kecilan ajer........ sebab sekarang ni masih dalam cuti semester so maka ramai lecturer yang masih bercuti lagi.

 Inilah orang yang akan meninggalkan kami dan berhijrah ke Ireland for more than 3 years kot..... tapi kalau dia berkahwin, mungkin menetap terus kat sana coz boyfriendnya orang sana........


 
 
 antara staff yang hadir.........

Sorrylah ya, kali ni tak ada gambar makanan. tuan tanah tak bawa kamera masa jamuan tu.... ini pun ikhsan dari one of the lecturer.......

Souvenir dari Chennai, India

Assalamualaikum,

Lagi dapat ole-ole from the lecturer. Kali ni ole-ole dari India. Shawl for me...... tapi dah jadi hak milik anak dara aku.....

Khamis, 23 Mei 2013

Jeti Tanjung Agas pula........

Assalamualaikum

Dari Jeti Pengkalan Kempas kami terus ke Jeti Tanjung Agas..... Tak sempat nak memancing pun sebabnya sebaik saja sampai kat Jeti Tanjung Agas received called from BIL suruh hantar ke airport, dia nak balik Brunai....... so batalkan saja hajat nak memancing kat situ..... lepak-lepak dalam 45 minit and then terus balik ke Nilai......
Jambatan Tanjung Agas yang menghubungkan N. Sembilan dan Melaka........

ramai sungguh kaki pancing kat sini..... ada yang bawa anak bini sekali..........
Hari Ahad ni anak bujang ku joint pertandingan memancing. Doa-doakan dia ya  agar my hero beroleh kejayaan kat pertandingan memancing tu.......

Isnin, 20 Mei 2013

Pengkalan Kempas, Linggi

Assalamualaikum,

Kami ke Pengkalan Kempas semalam. Nak tau apa kami buat kat sana????? Scroll lah ya!!!!!
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
TARRRRRRRAAAAAAA............
apa lagilah, memancinggggg........ memancing kat Pengkalan Kempas....... seumur hidup aku, ini yang pertama (macam lirik lagulah pulak) aku ke tepi sungai yang penuh dengan buaya ni....... takut ker????  nak kata takut tu tak lah, sebab berada kat atas jeti tu...... tak dapat buaya naik ke situ der...... ni ikutkan ragam anak bujang aku tu.......
 wahhhhh my gegirl dengan gayanya menunggu ikan memakan umpannya.......
 seekor pun tak dapat...... menurut budak-budak yang memancing kat tepi tu, dia orang cakap belah malam best memancing, boleh dapat banyak ikan....... masa tu air pasang....... oklah nanti kita datang belah malam pula, bila waktu kita bermalam di rumah pusaka ya!!!!!!!
Tak sangka pula aku kat Sungai Linggi, kat area Pengkalan Kempas ni ada kelip-kelip..... Nak gi tengok kelip-kelip tak my dear sister?????? Aku belanja naik bot....... Nak tak?????  Ada berani????? ohhhhhh kalau kau orang upah aku seribu ringgit pun, tak sanggup aku....... kang tengah syok tengok kelip-kelip, tiba-tiba dilibas dik sang buaya sampan or bot sewa kang jadi arwahlahhhhh...... Lainlah kalau bot sewa yang besar dan mewah tu sangguplah aku naik.......


Dari Pengkalan Kempas kita orang gerak ke satu tempat lagi....... Nak tau kami kemana????? Tungguuu next n3 ya!!!!

Rabu, 15 Mei 2013

Ole - Ole dari Egypt and Korea

Assalamualaikum,

Terima ni Jumaat lepas dari lecturer from our school yang pergi bercuti ke Egypt dan Korea..... Terimakasihlah pada yang memberi........
 yang ni from Egypt...... Purse......... dah diambil oleh my gegirl.......
 Yang ni dari Korea.........
 Purse...... yang ni pun my gegirl ambil...... jadi hak milik dia........ dia datang ke office aku and tengok kat dalam drawer ada barang-barang pemberian dari mereka-mereka yang balik bercuti, terus ambil and jadi hak miliknya........ tak dapat nak buat koleksi.......
 brooch..... pun jadi hak milik my gegirl.........
pepero...... dalam box tu ada 4 paket....... 3 paket dikerjakan oleh my gegirl...... tinggalkan untuk abangnya 1 paket ajer........ tu pun bila dah sampai rumah bergaduh pulak dengan abangnya, nakkan hak abangnya tu.......

Pagi ni terima lagi souvenir. Kali ni dari India...... tak sempat nak snap gambar. Nanti next n3lah cerita pasal ni pula.........

p/s...... Tengah menunggu ole-ole dari Jakarta dan Guangzhou dari my lovely sister........kalau adalah untuk aku....... tak ingatkan aku ya!!!!

Isnin, 13 Mei 2013

Candid Photo

Assalamualaikum,

Wahhhh!!! syoknya kakak-kakak cleaner ni tidur, aku turun tangga kelepak kelepuk pun dia orang tak sedar...... Mentang-mentanglah sekarang ni tengah cuti semester, students dan lecturer tak ada, maka bolehlah lepak/tidur........ memang sunyi gila kat floor aku ni, semua lecturer tengah bercuti sekarang ni, nasib baik ada kakak-kakak cleaner ni, kalau tidak aku sorang ajerlah kat blok ni...... Maka main candy crushlah aku........ 
yang ni tidur duduk, yang tak tahannya yang sorang ni.....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
 siap boleh bentang tikar..... ada bantal lagi tu.......... aagggggghhhhh syoknya kalau dapat macam ni...... kena aircond pulak............. lena sampai pukul 5pm pun boleh...........

Cerita yang dah basiiiiiiii

Assalamualaikum,

Agghhhhh malasnya nak mengupdate blog. Ni semua penangan Candy Crush Saga la niiiiii.......

Oklah..... aku tau cerita yang nak kuudarakan ni dah basi tapi aku tetap nak postkan n3nya....... Aku bukan nak cerita pasal PU13 ya, yang aku nak cerita ialah tempat mengundinya....... Aku mengundi kat Sekolah Kebangsaan Linggi. Sekolah tempat aku menimba ilmu dulu......... lama sungguh tak kesekolah tu.........
 
Inilah rupanya sekolah aku dulu...... dulu kini dan selamanya tetap sama ajer...... cuma dengarnya muridnya dah berkurang..... tak macam zaman persekolahan aku dulu....... aku cakap kat anak-anak aku, kat sinilah mama bersekolah dulu dan disekolah nilah nenek kau orang mengajar...... tapi nenek tak pernah ajar mama pun........ aku masuk sekolah ni masa darjah 5, kalau tak silap akulah. Masa aku darjah 5, baru bangunan ni siap...... sebelumnya aku bersekolah kat sekolah Inggeris, kat bangunan Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusuf, Linggi sekarang ni..... sebelum ni kat Linggi tu ada sekolah Inggeris dan sekolah Melayu. Sekolah Melayu tu sekarang ni jadi Giat Mara Linggi. Sekolah Inggeris dan sekolah Melayu ni taklah jauh mana, sepelaung ajer....... Masa aku darjah 5 barulah ada Sekolah Kebangsaan dimana Sekolah Inggeris dan Sekolah Melayu disatukan......... duduklah kami dibawah satu bumbung........

Masa hari mengundi hari tu aku sampai lambat, sebab kena tunggu en. suami yang pergi mengundi kat Nyatoh, Kuala Sawah, lepas en. suami selesai mengundi, boleh dia suruh aku drive sendiri balik ke Linggi untuk mengundi..... dia cakap dia nak mesin rumput rumah maknya...... geram ajer aku...... so aku balik dengan anak-anak ajer dan terus ke Sekolah Kebangsaan Linggi. Selesai ajer mengundi terus balik ke rumah kampung kami tapi malangnya rumah dah tutup...... masing-masing dah cabut awal balik ke tempat masing-masing...... tak jumpalah aku dengan adik beradik aku and dah tentunyalah my gegirl bising sebab tak jumpa sesiapa pun....... mama lambatlah katanya........ sepanjang balik ke Kuala Sawah tu muncung ajer gegirl aku..... Marahlah tuuuuuuuu tak dapat jumpa kazen-kazennya........... Sorrylah sayang........

Selasa, 7 Mei 2013

Aktiviti cuti hari pekerja

Assalamualaikum,

Orang dah duk cerita pasal mengundi aku baru nak cerita aktiviti cuti hari pekerja aku...... slow sangat keretapi aku ni....... hehehe..... malas sangat nak mengupdate blog......

Cuti hari pekerja tu kami tak ada pergi mana-mana kerana dalam sejarah, en. suami bekerja pada hari tu...... so oleh kerana tak pergi mana-mana maka aku terlebih rajinlah....... buat soto lagi....... anak-anak pun pelik and siap berkata-kata "mengapa mama rajin sangat hari ni???" Yang sebenarnya tekak aku teringin sangat nakkan soto........
 begedil aku yang simple tapi termasin sikit..... aku bubuh rempah soto tu terlebihlah pula...... my hero cakap macam cekodok ajer tapi bila dia merasa, sedaplah mama katanya....... siapa lagi nak pujikan kalau bukan anak-anak........
 pakai nasi impit ajer coz kat dapur ada lebihan nasi impit yang belum berebus.........
 sambal kicap.......
 nasi impit yang telah dipotong-potong.......
taugeh yang dicelur and kuah soto (lupa nak snap gambarnya)

Habis licin dingap oleh anak-anak, nasib baik en. suami dapat merasa.........

And Sabtu lepas aku buat Nasi Lemak pula for breakfast merangkap lunch sekalilah sebabnya tengahari tu dah nak balik kampung untuk mengundi keesokkan harinya....... Pun licin dikerjakan oleh anak-anak and siap request suruh buat lagi.......