chicken chop.....chicken chop abang, licinnnnnnn........ adik punya tukar ngan mamanya.......
ni makanan untuk aku ngan Mr. Hubby........ tapi kena exchange ngan Putriku....
Jumaat, 29 Julai 2011
Makan-Makan @ d' tanduk
Khamis, 28 Julai 2011
Novel: Pilihan Mama
Selasa, 26 Julai 2011
Hasil Kerja Adli....... Skrap book
Isnin, 25 Julai 2011
Program Bomba Bersama Masyarakat @ Dataran Nilai
Khamis, 21 Julai 2011
Novel: Sesuci Kasih Seorang Isteri
Rabu, 20 Julai 2011
Najwa
Selasa, 19 Julai 2011
Isnin, 18 Julai 2011
Kenduri
Koleksi Komik Heroku.....
Isnin, 11 Julai 2011
Sup Ayam @ Benteng, Seremban
Khamis, 7 Julai 2011
Novel
Aku suka dengan novel MAID ni. Terhibur dan memberi aku sedikit kepuasan dalam pembacaan aku. Mungkin aku suka cerita yang buli-buli dan ala-ala romantic kejam macam ni....
Sinopsis Novel:
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk 'fussy' atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
Ulasan Novel:
Noorul dan Haris, kisah mereka bermula apabila Noorul terpaksa bekerja menjadi orang gaji dek kerana kesukaran mencari pekerjaan. Kerana terdesak dia pergi ke agensi pembantu rumah. Dalam banyak-banyak permintaan pembantu rumah tu hanya ada seorang sahaja yang mahukan pembantu rumah tempatan. Jadi dari situ bermulalah kehidupannya sebagai orang gaji di rumah Harris dengan gaji berjumlah RM1200. Kerjanya mudah, datang pagi dan pulan petang. Majikan Noorul ini pula, kerjanya adalah sebagai jurutera.
Noorul menyangka ada baiknya juga jika bekerja dengan cara begitu. tidak perlu jumpa dan kenal majikan. Tetapi Harris pula akan buat spot check bila tiba waktunya. Tetapi ada kebaikan dalam keadaan itu apabila Noorul telah berjumpa dengan majikannya secara tidak sengaja! Harris tak tahu pun perempuan yang berselisihan dan terlanggar dengannya itu adalah pembantu rumahnya.
Macam mana Noorul tahu yang dia langgar itu adalah Harris majikannya? - Sila baca novel ya kawan-kawan.
Kehidupan Noorul sebagai orang gaji kepada Harris sangat susah. Ya lah dapat bos cerewet kan.... ada saja yang tidak kena pada matanya. Cermin tak bersihlah, pinggan berhabuk lah dan macam-macam lagi insiden yang menyakitkan hati.
Hubungan mereka ni memang panas aja. Tapi walau pun macam tu, disebabkan oleh satu kes, mereka kena paksa kahwin! Macam mana dia orang boleh kahwin? Kalau nak tahu cerita lanjut sila lah baca novel ni.... Tak rugi pun membeli buat pembaca yang sukakan genre romantic kejam dan buli macam ni.