Isnin, 31 Oktober 2011

Dinner@ Tasik Idaman, Bangi


Tak sedap lansungggggggg......... Mahalnya bukan main lagi..... Kalau mahal dan sedap aku tak kisah..... ni tah apa-apa rasanya...... harapkan tempatnya aja yang cantik tapi masakannya zeroooooo......... tak taulah macamana neighbour-neighbour aku dan KLIA/LSG staff boleh cakap masakan kat sini sedapppp.......... Kalau KLIA/LSG staff tu, nak buat family gathering, mesti booking kat sini, heran aku.......



Ikan pari bakar berlada, tah apa-apa masaknya......... geram aku, teringat aku pari bakar berlada kat Pengkalan Balak........... to all my sisters, bila nak gi makan ikan bakar kat Pengkalan Balak?????? tuang-tuang ya!!!!!!!!!!!! kena habiskan......... nanti rugi aja kalau tak habis...............
tokey malam tu........

Balik Kampung

Cuti Deepavali tempohari, mr. hubby ajak balik ke kampungnya..... coz mr. hubby nak mengemas kat area rumah maknya...... kami sama sampai pula dengan SIL aku yang duduk kat Port Dickson tu...... Dia celebrate birthday anak keduanya si Arif tu kat kampung.....


birthday boy..... tak nampak mukanya



birthday boy dengan ayahnya.......



my gegirl......



my boy........

Isnin, 24 Oktober 2011

Hoben Jang Hoben

Akibat dah berjanji dengan orang bujang ku, jika N9 menang dengan T-Team di Terengganu pada perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia, kami akan bawa dia ke Stadium Paroi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pusingan kedua secara live dari stadium.......

Menanglah pula N9 pada pusingan pertama, so orang bujang aku pun apalagi, menuntutlah janji yang ayahnya buat tu......

So, Saturday lepas, selepas ayahnya balik dari kerja, turunlah kami sekeluarga ke Stadium Paroi menyaksikan pusingan kedua perlawanan bola sepak Piala Malaysia di antara N9 dengan T-Team..... Terima kasih yang tak terhingga kepada Mak Cu Manja (pangkat mak saudaraku) kerana tolong belikan tiket...... Nasib baik masa aku call, Mak Cu Manja, baru aja nak pergi ke Stadium, untuk belikan tiket untuk anak bujangnya...... Petang tu kita orang kena pergi kerumah dia dulu di Taman Tuanku Jaafar untuk mengambil tiket....... after that patah balik ke Stadium Paroi...... dari Taman Rashidah Utama lagi, jalan dah jammed....... nak masuk Paroi Jaya usah cakaplah..... tak gerak pun kereta...... sepatutnya dari Stesen Minyak Caltex kat simpang Paroi Jaya tu nak kerumah Pak Saudara aku di Paroi Jaya tu boleh ambil masa 3 minit aja, ni kat 10 minit masih kat simpang tu..... so aku ajak mr. hubby aku keluar balik...... dan ikut jalan Panchor (kira jalan belakanglah...) Parking kereta kat rumah Pak Cik aku...... rumah Pak Cik aku ni berhadapan dengan Stadium Paroi tuuuu........

Bukan main happy lagi orang bujangku dapat tengok secara live, bukan dia aja yang happy, adiknya pun sama..... bukan main bersorak lagi dia orang, bila N9 sumbatkan gol.... Bila N9 dah layak masuk final, mr. hubby tak berani lagi nak berjanji dengan dia..... kalau berjanji, sure dia tuntut..... Lagipun rasanya tak pergi tengok final, sebab perlawanan di adakan di Stadium Shah Alam, jauh sangat..... Tapi hari ni aku dengar dari sumber-sumber tertentu, mengatakan yang padang Stadium Shah Alam tu rosak...... kemungkinan akan diadakan di Paroi or Melaka..... kalau Paroi, bolehlah pergi tengokkkkk.......hehehe, lagipun Mak Cu Manja aku tu jadi ulat tiket perlawanan akhir.........

terserempak pula dengan Pak Tam dia orang...... Pak Tamnya pun parking kereta kat rumah Pak Cik tu..... malam tu rumah pak cik aku tu jadi tempat parking kereta untuk anak-anak buah dan kenalannya.........

malam tu, stadium hanya dipenuhi oleh penyokong N9, semua kuning..... tak nampak penyokong T- Team pun......


anak bujang aku..........

Jumaat, 21 Oktober 2011

100 PLUS

Hari Isnin lepas, putriku menalifon aku dan menyatakan "mama dapat cek lah, kat surat tu tulis dari 100 Plus".........

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga hadiah dari 100 Plus tu........ walaupun tak banyak mana, tetap syukur ke atas Allah...... dah banyak pertandingan aku mencuba, baru kali ni melekat hadiahnya........ mula-mula kecil, insyaallah, mungkin satu hari nanti dapat hadiah yang besar pula............. gambar cek lupa nak ambil, dah bank in, baru teringat gambar tak ambil lagi.........

Khamis, 20 Oktober 2011

Kerja-kerja penebangan pokok di Desa Indah.....

Huhhhh, tajuk di atas tu macam nak menebang kesemua pokok yang terdapat di Desa Indah (macam orang kerja Majlis Perbandaran Nilai aja.....) padahal hanya nak tebang sebatang pokok aja kat Taman tu....... kat belakang rumah my sister........ my sister tak duduk kat situ, buat masa ni dia menetap di Brunai....... segala hal mengenai rumahnya, terutama membersihkan kawasan rumahnya, dia dok main order aja kat aku (dia pun selalu baca blog aku), tu sebab aku letak kan gambar dahan-dahan pokok yang telah dipotong tu untuk tontonannya.........

Sabtu lepas, sebelum kita orang pergi ke 'Bid Bad Wolf Books' tu kita orang pergi kerumah dia dulu ..... ingatkan nak tebang habislah sehingga ke akarnya...... tapi tak boleh nak buat apa-apa, sebaik aja sampai kat rumah dia, hujan pun turun dengan lebatnya......... so dapat tebang sikit aja, iaitu dahan pokok yang menghala kerumah jirannya......

ini gambar sebelum penebangan...... ingatkan pokok kecik, rupanya besarrrr....... so upahnya pun besarlah.........
nampak tak daun pokok kat pintu rumah jirannya........ tu dulu yang dipotong, supaya jirannya tak bising..........
dahan-dahan pokok yang telah dipotong........dahan yang menghala kerumah jiran dah tak ada....... so insyaallah, minggu ni nak sambung lagi kerja-kerja penebangan.........

Rabu, 19 Oktober 2011

Big Bad Wolf Books

Sabtu lepas pergi ke pameran/jualan buku 'Big Bad Wolf Books' kat MAEPPS (tempat pameran MAHA, berdekatan dengan UPM, Serdang)

Teruja sungguh anak-anak aku dengan buku-buku yang dilelongkan kat situ...... harga buku-buku yang terdapat kat sini dari serendah RM1.00. Banyak jugalah yang anak-anak aku borong.

Buku-buku yang dijual/lelong kat sini kesemuanya dalam Bahasa Inggeris....... Novel Inggeris hanya berharga RM3.00 ke RM5.00...... kenapalah novel-novel Bahasa Malaysia dia orang tak nak jual semurah novel-novel Bahasa Inggeris?????


Dataran Nilai

Ini aktiviti hari Ahad, dua minggu yang lepas...... kat Dataran Nilai, ada dianjurkan exhibition/ekspo anjuran USIM (Uni. Sains Islam M'sia, Nilai)..... macam-macamlah aktiviti dan berbagai-bagai gerai jualan yang terdapat kat ekspo ini.......

Anak-anak bertuahku ni duk main dam ular gergasi..... Najwa yang duk habis main dulu...... Dapatlah hadiah gula-gula................