Selasa, 30 April 2019

Menyantuni Gelandangan

Assalamualaikum,

Post N3 pasal Hero punya aktiviti di Kolej. Ni salah satu projek Co-Co nya.

Menyantuni gelandangan pada 03.03.2019 di Pusat Gelandangan Medan Tuanku 2 dan Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara, Kuala Lumpur.

Day before pergi tu dia orang buat roti bun kacang merah dan muffin coklat untuk diagihkan pada gelandangan. Selain itu ada syarikat yang sponsor makanan juga untuk gelandangan.........




Isnin, 15 April 2019

Rahsiakan dari mamanya.............

Assalamualaikum,

Anak bujang ahkak kemalangan lagi. Kali ini kena kat Jelebu. Masa OTW balik dari kolejnya ke rumah sewanya. Kemalangan berlaku pada petang Ahad, 7 April 2019 selepas bermain bola sepak di padang kolej.

Nasib baik lah orang yang melanggarnya tu bertanggungjawab. Bawa dia ke hospital dan repair motornya.

Yang ahkak geram kan tu, dia sikit pun tak hubungi ahkak bagitahu yang dia kemalangan. Ahkak tahu bila dia balik ke Nilai pada Jumaat yang baru ni........... dia kata dia tak mahu ahkak susah hati, nanti kalau bagi tahu mama, malam tu juga mama akan datang ke Jelebu katanya............

Of course lah abang if you bagi tahu mama, walaupun tengah malam for sure mama akan pergi, sanggup mama naik bukit tangga tu tengah-tengah malam............


ini kat hospital Jelebu