Assalamualaikum,
Bukan nak menunjuk-nunjuk dan jauh sekali nak bermegah-megah. Memang sebelum-sebelum ini aku tak pernah nak post n3 pasal result anak-anak ku, dan aku pernah berjanji pada diri sendiri walau macam mana bagus sekali result anak-anak aku, aku tak akan upload kat media sosial.
Aku terpaksa langgar janji-janji ku sebab blog aku ini adalh merupakan diary aku yang boleh aku tengok berulang-ulang kali dan juga boleh dilihat oleh anak-anak aku suatu hari nanti..... Aku tiada diary lain selain dari blog ini. Harap jangan ada yang kecam aku.............
Anak-anak aku biasa-biasa sahaja resultnya. Aku redha dengan apa keputusan yang dia orang capai dan aku sebagai mamanya sentiasa mendoakan kejayaan mereka.
Syukur Alhamdulillah di atas result yang my hero dapat baru-baru ini. Result ini adalah dari exam akhir semester 1 dia sehingga berjaya mendapat anugerah Pengarah.
Harap abang dapat kekalkan keputusan cemerlang ini sehingga final semester. Kalau boleh sentiasa dapatkan anugerah Pengarah.
Buat anak-anak mama, terima kasih kerana berjaya membuktikan yang kalian juga boleh berjaya..........
Ingat kecermelangan itu tak semestinya dari UPSR, PMR mahupun SPM. Pedulikan apa yang orang kata masa UPSR, PMR dan SPM................
Terus kekalkan kejayaan hingga ke akhir semester.