Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan

Ahad, 15 Februari 2026

Balik Kampung Sebelum Ramadhan

 Assalamualaikum,

Balik awal kampung sempena cuti Wilayah dan thaipusam tempoh hari...
Balik berkemas dan makan-makan...
Tapi tak cukup chorum...
Kak Ngah tak ada... Datin ini ke Jepun..
Ke rumah anaknya yang bekerja di sana... rindu cucu katanya....






Ole-Ole dari Europe
My sis Ita and Datin (Kak Ngah) ke Finland, Norway dan satu negara lagi lupa lah pula, awal Januari hari tu.....

Makan-makan kita kat kampung....
Sate ayam ni jauh datang nya...
Dari Dungun...
Sedara dari Dungun ada berniaga sate...
Sebab ada sedara yang ke Dungun, so kita order lah....
Dia yang bawa balik ke Linggi....
Sedap satenya....

Sate perut dan daging kita order kat Kajang
Selain sate, ada juga roti jala....

Sebelum balik Nilai
Kita singgah
Bungkus gulai itik salai dan keli salai

Singgah sini juga
Cari sopang
Tapi tak siap masak lagi
So kita ke gerai kuih bakar
Beli cara berlauk
Kesirat dan juga bahulu
Dodol juga....

Dan kita singgah juga
Coffee Bean...


Tiramisu 
Dan
Chicken lasagna
Kita singgah Coffee Bean Bandar Sri Sendayan
Suka menjamu selera disini sebab tak ramai orang

Ahad, 11 Januari 2026

Temujanji Di HTJ

 Assalamualaikum,

Ada temujanji pada 6.1.26. Temujanji mata...

Kali ini lambat pula jumpa Dr.
Selalu pukul 11 pagi dah settle
Ini pukul 12 pun belum panggil nombor lagi
Lapar dah ini.

Najwa yang hantar
Lepas dia turun kan akak dia terus ke Town Seremban
Memang suruh dia ronda-ronda Seremban dulu sebab parking full kat hospital
Suruh dia cari breakfast.... suruh dia tapau kan sekali
Dia sarapan dekat Subway di Prima Seremban....
Bila dah settle nanti, baru call dia.....

Disebabkan belum setlle jumpa Dr., after sarapan dia menyinggah kat perpustakaan Negeri di Seremban 2...









Dalam pukul 1 baru settle jumpa Dr...
Call Najwa dan terus balik Kuala Sawah ambil rambutan...

Durian ada juga
Tapi tak ada yang gugur pula...

So kita ambil rambutan
Rambutan dan siap petik ya
Petik by en. Suami
Dia memang dah ada kat kampung...
Tak lama kat kampung, sebab ada appointment dekat klinik salak pula.....



Sabtu, 10 Januari 2026

Kenduri Tahlil Dan Doa Selamat

Assalamualaikum,

27 December kami buat kenduri Tahlil dan Doa Selamat. Kami buat kenduri kat kampung...
Akak balik hari Jumaat selepas kerja... adik-adik yang lain semua dah ada masa cuti krismas.
Kenduri kami cater ajer... catering dari Seremban...
Tapi Jumaat siang tu adik ada masak juga... dia masak gulai tempoyak dan ikan goreng...
Ada juga bubur kacang hijau campur durian....

Bubur kacang hijau campur durian 

Gulai tempoyak

Sampai-sampai jer terus makan nasi gulai tempoyak sama ikan goreng 
Kekenyangan
Malam tu dia orang buat oden/steamboat
Kita tengok jer, sebab dah full

Antara bahan oden/steamboat



Kita ambil gambar dari Najwa punya jer
Rasa rugi pula tak makan oden ni...
Bila nak buat lagi.....
Hari tu tak makan sebab full makan nasi dengan gulai tempoyak....
 




Gambar makanan satu pun tak ada
Hujan masa tu


Najwa snap gambar sepupunya sedang tido 
Kita edit kan gambar 



Jumaat, 28 November 2025

Pray 4 Kampungku Linggi

 Assalamualaikum,




28.11.2025




Khamis, 23 Oktober 2025

Cuti Deepavali Kami Balik Kampung

 Assalamualaikum,

Sempena cuti deepavali kami ambil kesempatan bermalam satu malam kat kampung...
Konon-konon nak balik berkemas.... 
errmmm tang mana berkemas pun tak tahu.... 
lebih bergosip dan makan-makan jer....

Gambar ber steamboat belah malam tak ambil pula....
Yang ada pada pagi ahad tu....
Nak perabih kan bahan-bahan steamboat tu, maka breakfast pagi tu steamboat jer lah...
Bahan-bahan ini masing-masing bawa sorang sedikit....



Periuk steamboat dah rosak
Kita pakai apa yang ada jer

Round pertama

Round ke 2

Round ke 3

Dah lama tak bersteamboat kat kampung
Dapat makan puas rasanya
SOS steamboat suami adik yang kat Kajang buat
Pakar sos steamboat

Next berkumpul dan makan-makan lagi InsyaAllah 1.11.2025
Di Port Supai pula.....

Sabtu, 27 September 2025

Cuti Hari Malaysia

Assalamualaikum,

Akak is busy so tak sempat nak post n3. Ini pun cerita yang terperam.
Hari Malaysia hari tu kan panjang cuti. So Sabtu tu kami balik kampung. Balik tido semalam jer....
Sampai kampung pun lambat sebab jammed kat Bandar Sri Sendayan menghala ke balai polis Mambau.... wahhh area situ dah dahsyat jammed nya... Ini kali kedua dah sangkut dalam jammed kat area situ....  Banyak betul kenderaan di jalan raya....

Hanya kami 4 keluarga yang balik....

Lepas sarapan kami cabut rumput - rumput yang tumbuh subur tu...



Pagi tu kami sarapan di Pekan Linggi
Sarapan dekat gerai rojak Sulaiman Linggi
Ingat pagi tu nak sarapan dekat warong Nora Permatang Pasir
Tapi tutup pula....

Tengahari kami lunch di rumah Mak Su di Taman Rashidah Utama.....