Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Ogos 2026

Jalan-Jalan ke Pengkalan Balak

Assalamualaikum,

Throwback cerita selepas mengundi...

Kali ini awal kami mengundi... anak-anak pukul 9 pagi dah selesai mengundi. Both mengundi di Nilai.

Selepas tu kami terus balik ke Linggi. Akak pula mengundi... 
En. Suami mengundi di Kuala Sawah, so dia drive sendiri lah... sebab dia nak lepak kat rumah maknya... 

Pukul 10.30 dah selesai mengundi... 
Kalau tak mengundi ni tak jumpa kau kata-kata dari sedara mara akak... 
ada jer saya balik kampung..... tapi tak keluar....

Selesai mengundi dan rumah kampung masih tutup lagi, so kita ke waghih salai untuk lunch... ini memang kedai favourite kami anak beranak..... selesai makan, yang lain- lain masih tak sampai lagi.... so kita lajak ke Pengkalan Balak.... ikut jalan Tanjong Agas....


Pernah menginap disitu



Adli ajer yang turun ambil gambar
Panas lit lat

Kat Pengkalan Balak sekejap jer, sebab my sis dah call
Dah ready for shabu shabu
Bahan-bahannya kat akak.... 
tu yang sekejap kat Pengkalan Balak..

Selasa, 17 Disember 2024

Pasar Seni

Assalamualaikum, 

Ahad ke Pasar Seni KL. Ikutkan kehendak anak bujang nak ke Pasar Seni, ada barang yang nak dicarinya......

Tapi sebelum ke Pasar Seni, kami ke Bukit Raja Klang. Attend kenduri kahwin family sebelah En. Suami.... Gambar kat majlis kahwin tak ada ya.... panas lit lat, tak ada  mood nak snap photo.....

Last pergi ke Pasar Seni 26 tahun yang lepas, zaman anak dara lagi.......
anak dah bujang baru repeat kembali.......
parking full
so jauh lah parking nya......
menapak 
sakit kaki ahkak
Macam mana nak bercuti bulan 2 ni.......
baru menapak sikit dah nak tumbang......
nasib belum beli flight ticket lagi tapi my adik beradik dah beli flight ticket....
ahkak tak beli sekarang sebab Najwa ada kelas, tu yang 50/50....

kita tengok gambar - gambar kat dalam Pasar Seni ok....

Mahal juga tiffin ni ya....
baru berangan nak buat door gift..... hahahaaaaaaa
kalau mahal  tak jadi lahhhhhhh....... 
wahai putra putri ku, kena cari duit dulu lah ya......

Wau....

bag

barangan dari rotan

tersuka dengan bakul siah tu..
duluuuu
sebelum rumah nenek terbakar ada 2 bakul siah ni
yang besar dan kecil....
orang dulu-dulu kalau pergi kenduri kahwin akan bawa bakul siah ni....
dalam nya dia orang letak beras, gula atau barangan dapur yang lain......

Key Chain dan Fridge Magnet

Jom naik tingkat 2

Tingkat 2
banyak pakaian....


bahagian belakang Pasar Seni 

Mahal betul Fresh orange kat Pasar Seni
Segelas RM10....

Selasa, 17 September 2024

Ke Pengkalan Balak

 Assalamualaikum,

Sabtu tak kemana-mana. Adli dan ayahnya kerja.
Ahad baru kami keluar.
Adli ke event kereta di Tampin dan Port Dickson
Kami 3 beranak ikut gerak hati pemandulah....
Kami keluar sarapan di Desa Jasmin dan bila hujan dah berhenti kami ke Pengkalan Balak.... 
Saja-saja ke sana... jalan-jalan nenghabiskan minyak kereta dan duit.....
Cuaca mendung pagi tu...
Sebelum kami sampai, ribut melanda Pengkalan Balak
Pakcik kedai kat situ bagitahu....

Hanya lepak-lepak di pantai

Ramai juga orang kat pantai
Parking pun penuh

Tak bawa tikar (sebab tak plan nak ke pantai)
So terbang duit beli tikar

Lepak pun tak lama
Sebab langit masih gelap lagi....
Kami gerak balik dalam pukul 2 petang
Singgah zohor kat masjid Tanjong Agas
Balik Nilai kami ikut jalan Pasir Panjang, Port Dickson
Port Dickson pun jammed 
Pantai penuh orang...

Isnin, 26 Ogos 2024

Singgah Tampin

 Assalamualaikum,

Balik dari A'Famosa kami ikut jalan Tampin - Seremban. Highway ke KL kan jammed masa pergi... 
dah lalu Pekan Tampin so kami pun singgah kat Tampin Square...  kami singgah ke Mama Nor cafe... 

Air yang kami order
Ada order yongtaufu tapi lupa nak ambil gambar
Dah licin, baru teringat gambar tak ambil 
Ada fries juga....

Adli dengan Ayahnya 

Tampin ini dulu selalu kami adik  beradik pergi
Terutama kat Batalion 7 Pasukan Polis Hutan Tampin
Arwah ayah adalah bekas polis hutan Tampin

Dapat tunjuk kat anak-anak tempat/kawasan tempat atoknya pernah berkhidmat dulu
Sekarang dah bangunan baru kat tapak PPH tu....

Khamis, 7 Mac 2024

Cerita Hari Ahad Kami

 Assalamualaikum,

Ahad kami ke Bangi. Nak cari blouse untuk Najwa.... ke Raycha Closet. Ahkak suka beli blouse kat sini and now Najwa pun dah terbekenan my blouse. Selalu pakai mama punya....... satu size ya.......  so daripada my blouse hilang bawa lah dia ke Raycha untuk beli kan dia sehelai dua......

Bangi jammed, terutama kat Bangi Central tu....... ramai nya orang membeli belah....... awal dia orang dah shopping ya........ kami parking pun jauh kat belakang Bulan Bintang..........

penangan Bulan Bintang
beratur panjang oiiiiiiii............
Butik-butik area situ pun penuh........

selepas dapat blouse Najwa
kami masuk Evo Mall
booth untuk baju raya dah ada di Evo Mall
cantik-cantik baju raya dan harga, 
tak mampu der........
Nanti kita cari kat KM Plaza Sabtu ini, InsyaAllah...........

kat Evo Mall, Adli ke bundle shop
besar bundle ini..
Macam-macam ada selain pakaian...
pinggan mangkuk, buku dan lain-lain lagi........

Lepas Asar tu kami gerak ke Senandung Malam, Bagan Lalang
dah lama tak datang makan kat sini
sebelum puasa kita bawa anak-anak ke sini
kebetulan lengkap 4 orang
Sekarang dekat tempat kerja baru, Ahad  Adli tak kerja so bolehlah keluar bersama-sama
Leka dengan phone masing-masing



Awal lagi orang dah ramai....
full house

Sambal kicap

Ikan pari bakar tak ada gambar pula........
tangan dah kotor baru sampai pari bakar

sotong goreng tepung
favourite Adli

pepahat lala masak sweet sour

siakap 3 rasa

udang goreng butter
favourite Najwa



Alhamdulillah
kenyang...........
kita Maghrib kat Masjid Pekan Sepang
Balik awal sebab Najwa silau bila mandu waktu malam
dan mama  dengan ayah malas nak mandu dah
Adli pula lupa nak bawa cermin matanya.......

ini hasil belian di Bangi
3 blouse
2 untuk Najwa dan Mama pun nak 1 juga
2 bawal kat Evo Mall, 1 untuk Najwa dan 1 lagi for birthday gift (rakan kat office)
ohhhh Adli pun ada beli Tshirt - 3 helai untuk dia
tapi dia tak mau ambil gambar
Nasib dia tak minta Bulan Bintang for Raya........
Tunggu gaji dia katanya........

Isnin, 21 Ogos 2023

Ke UTC Ampangan

Assalamualaikum,

2 kali ke Imigresen KLIA tak dapat nombor maka Sabtu kami ke UTC Ampangan. Hanya dapat nombor untuk Najwa jer. Ahkak kena renew IC dulu. Bila dah siap IC nombor Imigresen pun habis.... hampaaaa kat situ..


Punyalah ramai orang
Sehari suntuk kat situ

Nombor Najwa masih belum dipanggil
Dalam pukul 4 pm baru siap passport nya, tapi tak boleh ambil pula, kena renew IC juga...
Hangin lah ahkak... kenapa tak bagitahu awal-awal tadi
Kalau bagi tahu awal boleh kami buat IC, ini kena tunggu lagi... nasib lah IC setengah jam jer siap.... dah dekat 5 pm baru dapat passport nya.....
Selesai Najwa punya, ahkak???? Tak tahu bila nak buat....
Cakap dengan Najwa kalau Mama tak dapat passport ini, adik follow jer lah mak-mak saudara adik....
Cuti-cuti kami ini hanya kami berdua, en. Suami tak nak ikut, Hero baru start intern.... so tak boleh cuti......

Ahad, 12 Februari 2023

Mitsui Lagi

 Assalamualaikum,

Kalau kesini apa lagi, cari barang My Putri....

Ke kedai ini
Nasib lah Mitsui ni tak jauh dari rumah
Boleh lah weekend pergi
Lepas tu menyinggah kat food court
Buttermilk chicken
Yang ini entah apa namanya
Sedap
Loh Shi Fun
Ke kedai chocolate
Hajat mencari kinder cards
Sebab my sis Yati cakap ada dah jual kat Mitsui
Tapi sayang masa pergi tu dah out of stock
So sad
Tak apa nanti datang lagi....
Ini semua penangan si Rizalman lah
Dia beli kinder cards ni kat Mekah
Hari tu Kak Ngah balik dari umrah ada bawa balik kinder cards ini
Sedap
Nutella yang kat atas tu kurang di tekak saya, manis sangat.....




Rabu, 8 Februari 2023

Sarapan Pagi Di Jalan Bakri, Muar

Assalamualaikum,

Pagi Ahad tu kami keluar mencari sarapan di Muar. Hotel yang kami nginap ini tak disediakan sarapan. 

Kami ke Jalan Bakri untuk sarapan kat satu warung kat situ, tapi tutup pula.......... Frust dah..... nak tak nak terpaksa lah sarapan kat warung champa...............

Bubur nasi
one for My Putri and one for me.
dah biasa sarapan dengan bubur, so boleh lah masuk tekak kami...
yang jadi masalahnya en. suami. Mana dia biasa sarapan dengan bubur....
Hero ambil nasi ayam, ok lah boleh lah dia makan
order mee sup untuk en. suami, tak habis pun........
Malas nak cari kat tempat lain, sebab kami nak check out pukul 12
balik awal so Isnin boleh relek-relek kat rumah.

anak dara nak try tongmo
so ambil 1 set
1 set ada 3 ketul

Lepas sarapan balik ke hotel
lepak-lepak before check out.
before balik Nilai, pegi hantar Hero balik Pagoh dulu.... and then balik Nilai....

Ahad, 5 Februari 2023

From Nilai to Pagoh

 Assalamualaikum,

Semalam hantar anak balik Pagoh. Dia gerak dulu, sebab dia menunggang motor. Dia gerak dalam pukul 9 pagi dan memang suruh dia gerak awal sebab pagi-pagi kereta tak banyak lagi kat highway. Mana hado kereta kurang, banyak juga katanya. Kami gerak ke Pagoh dalam pukul 11 pagi, kami bawa barang-barangnya.

Jammed
Ini baru kat area Ainsdale
Kalau lulus pengeluaran kwsp mau melekat jammed nya nanti

Alhamdulillah 
Hero selamat sampai kat rumah sewa dia orang
Masa ini baru budak dari Terengganu dan Johor Bharu yang sampai
Yang lain-lain belum lagi, mungkin Ahad.
Johor public holiday Ahad, kalau tidak first class start dah.

Kalau hantar Hero balik, mesti check-in kat sini 
Kali ini Hero ikut bermalam kat sini
Ahad is public holiday for Johor. NS ada extra one day.

Pemandangan dari bilik hotel

Ini juga dari bilik hotel

Masa makan kat medan MARA, ferry ini baru nak gerak ke Bangkalis
Sebelum ini satu ferry dah gerak ke Dumai
InsyaAllah one day kita jalan-jalan ke kepulauan Indonesia