Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Rabu, 8 Julai 2026

Ke MyTown

Assalamualaikum,

Ahad baru-baru ini kami ke MyTown. Adik akak, Sis Ita ajak lunch kat KL.... Lama dah tak berkumpul.... kami makan tengahari kat Absolute Thai (kalau tak silap nama kedainya). Terletak di tingkat 1 MyTown...





Tak semua yang ada...
Tiga family jer yang ada...









Antara makanan yang di order....
Tengah sedap makan, tiba-tiba Adli tercekik tulang ikan pula
Dah bantut mamanya nak makan...
Risau kan dia, suruh dia telan nasi putih yang dah dikepal...
Alhamdulillah pergi tulang ikan itu....

Lepas makan kita celebrate birthday Qaseh

Aiskrim cake

Selesai makan dan sembahyang kami jalan-jalan dalam MyTown 
Singgah Panda eyes, Najwa beli seluar...

Sebelum balik kami ke ground floor beli karipap ikea dan kopi Saigon....

Najwa belanja kopi Saigon untuk mak-mak saudara dan sepupunya....

Dapat cokelat dari Jepun
Adik akak, Sis Ita baru pulang dari Jepun....

Selasa, 2 Jun 2026

Majlis Silaturahim Cucu Cicit Piut Nenek Jemiah & Nenek Tokah

 Assalamualaikum,

Majlis diadakan di rumah arwah Makcik Ani, Kuala Sawah
Kehadiran tak seramai tahun lepas.... cuti panjang kan, ramai yang pergi bercuti


Dua gambar di atas adalah pada majlis tahun lepas
Tahun lepas buat dekat rumah MIL
Gambar ramai-ramai tahun ini belum dapat lagi...



Sesi berkenalan
Omak-omak kenallah
Anak masing-masing ada yang tak kenal 
Selesai memperkenalkan diri, kami menjamu selera....

Caterer biasa lah, Afiq Catering
Tambahan lauk
Gulai Tempoyak
Sambal ikan bilis

Ada kambing golek juga
Antara yang hadir

Me
Panas litlat kau

Najwa tak ikut sebab dia masih sakit kat tulang punggungnya tu
Bila duduk sakit katanya

Pinggan saya
Keli goreng berlada
Ayam goreng berempah
Kari daging
Gulai tempoyak
Sambal ikan bilis
Dan ada juga ulam ulaman beserta sambal belacan 

Kambing golek

Mushroom soup

Selesai majlis silaturrahim untuk tahun 2026

Ahad, 18 Januari 2026

Ke Paroi Jaya

 Assalamualaikum,

Sabtu petang kami ke Paroi Jaya. Mengziarahi pak cik yang sakit. Now pak cik kami bedridden... puncanya dia jatuh.... jatuh di Pilah... jatuh kat bilik air... dia balik Pilah kampung orang rumahnya sebab kutip durian.... dia balik sorang, sebab makcik ada appointment kat HUKM....
Patah kaki dan tulang punggung....

3 minggu di hospital Pilah 
Dan dah 2 minggu balik rumah Paroi Jaya...

Tak boleh urut atas sebab usia
Hari tu pun dah sign untuk operate, tapi tak jadi...
Sebab faktor usia juga...

So now no more Golf untuk pak cik...

Selasa, 20 Mei 2025

Day 4: Bye Bye Machang, Kelantan

 Assalamualaikum,

Hari Keempat, kami dah siap-siap nak gerak balik ke Negeri Sembilan....
4 families  ikut jalan Gua Musang
2 families ikut jalan Kuala Trengganu.... dia orang nak singgah Terengganu.....

Tapi sebelum berpecah kami sarapan dulu di Pekan Machang.

sebelum gerak
acara wajib
bergambar dulu
sepanjang 4 hari 3 malam kami menginap di Sri Kemuning Homestay Machang
kita ambil 3 homestay....

Pekan Machang di waktu pagi.......


kami bersarapan di Pekan Machang
gerai sebelah Masjid
makanannya sedap-sedap dan murah....

selepas sarapan kami terus gerak
dan pit stop kami yang pertama ialah di  rnr Gua Musang........

Lepas Gua Musang, yang lain-lain  singgah di Lemang To'ki kat Bentong
ahkak tak joint singgah sebab anak-anak nak singgah kat Genting Sempah
Bila sampai Genting Sempah, full parking so we terus kan perjalanan sehingga hentian Gombak
Sampai rumah around 6 pm, sebab jammed kat Lekas.......

Habis dah cerita Kelantan kami.....
tapi Jumaat lepas, Adli ajak ke Kelantan lagi
tak puas katanya....
tunggu dulu lah sayang.......
penat jalan jauh-jauh ni.......

Khamis, 15 Mei 2025

Day 3: Majlis Persandingan Farhan Dan Pasangannya

 Assalammualaikum,

Kita sambung balik cerita di Kelantan

Selepas majlis nikah dan makan-makan kami balik ke homestay dulu.....
boleh lah dapat selayang lelapkan mata......
sebab majlis sandingnya pukul 2 petang

anak bujang ku....
pagi jadi cameraman
petang jadi pengapit pula.....
nasib dapat kurta kat Pekan Machang.... sebab baju pagi dah lencun....




dah tak ikut tema
sebab lilac tu dah pakai waktu nikah.....
ingat boleh terus ke majlis bersanding...
nasib ada bawa baju extra........


shawl Najwa tu pun beli kat Pekan Machang selepas majlis nikah.....



malam, pengantin datang ke homestay
hantar makanan.....

esoknya iaitu hari Ahad, pagi-pagi kami dah nak gerak balik ke sarang masing-masing......
entah bila lah akan datang ke Kelantan lagi......
kalau sajer-sajer jer nak datang tu lambat lah lagi......
jauh kan perjalanan nak ke Kelantan
sakit bontot duduk lama-lama dalam kereta........

Khamis, 8 Mei 2025

Day 3: Majlis Nikah Farhan dan Pasangannya

 Assalamualaikum,

Sambung balik cerita kami di Kelantan.
Sabtu pagi dalam pukul 10 adalah majlis nikah Farhan.

pengantin sedang bersiap

pengantin dengan Tok Yiknya

sementara menunggu pengantin siap
kita bergambar dulu......
kami 5 beradik perempuan


candid photo....
tengah membetulkan tudung






tema Lilac 
dari Negeri Sembilan
sepatutnya pakai sampai sanding
tapi disebabkan dah lencun, dan sandingnya pukul 2 petang maka
masa sanding tema cacarmarba dah......
panas nya lain macam kat Kelantan....
duduk dekat kipas pun meleleh-leleh peluh

sekeping lagi gambar sebelum gerak ke rumah pengantin perempuan kat Pekan Machang
pagi lagi sinar matahari dah memancar.........

hantaran dari pihak lelaki


menunggu jemputan dari tuan rumah
panasssssssss



dah gerak masukkk....






kami....
dari Negeri Sembilan

time ni lah batuk kita menjadi-jadi pula.........
malu di buatnya.......



Alhamdulillah...
selesai majlis nikahnya...

bergambar dengan pengantin
seperti biasa......
Najwa tak mahu bergambar.......


Mak-Mak sedara, adik pengantin, Nenek Cik dan Sepupu-sepupu pengantin except Najwa jer yang tak ada dalam gambar


Nenek Cik, Mak-Mak Sedara dan adik pengantin

jurugambar bidan terjun
lencun baju.......

Lepas sarapan yang disediakan oleh keluarga pengantin kami balik ke homestay dulu
Majlis bersandingnya pukul 2 petang
tapi ahkak ke Pekan Machang dulu mencari baju untuk si hero
dia tak bawa extra untuk majlis kenduri ini......
nasib kurta murah kat Kelantan.......
beli hitam juga......