Sabtu, 2 Ogos 2025
Cerita Yang Tertunggak
Ahad, 6 Julai 2025
Isnin Cuti EL
Jumaat, 4 Julai 2025
Cerita Ahad Kami
Assalamualaikum,
Khamis, 9 November 2023
Persiapan Kenduri Kahwin Sabtu Ini
Rabu, 11 Oktober 2023
Habis Periuk Tefal Ahkak
Assalamualaikum,
Jumaat, 10 Februari 2023
Malang Tidak Berbau
Assalamualaikum,
Kejadian petang tadi, dalam 4.30 petang. Terima panggilan dari en. Suami sendiri. Dia bagi tahu yang dia jatuh motor. Jatuh kat dengan Hatalega kat Kota Warisan. Balik dari kerja. Tak penah-penah balik kerja lalu situ hari ini pi ikut jalan situ pula. Jatuh sendiri. Pasir banyak atas jalan tu. Nasib ada orang tolong, ada kereta yang berhenti... budak kereta tu nampaklah kejadian tu dan dia cakap nampak pak cik terbang katanya. Nasib baik masa jatuh tu tak ada lori lalu...
Ahkak bila dapat panggilan terus panik, tapi boleh memandu ke Hatalega. Jantung berdegup kencang dengan cemasnya... ahkak ini ada darah tinggi dan membuatkan rakan office risau sebab drive alone. Tak sempat nak ambil putri kat Maybank. Sampai kat sana tak ada pula en. Suami. Di bantai nya bawa motor tu sampai ke kosmoplek Salak Tinggi. Ke sana pula ambil dia bawa ke klinik.
Khamis, 13 Januari 2022
Sebulan Lebih Tak Berblog
Assalamualaikum,
Sebulan lebih cuti berblog kerana akak diuji dengan suami kena minor stroke. 19 hari en. suami admitted di HTJ dan hari-hari lah berulang mengziarahinya. Nak jaga kat hospital tak boleh, kena ikut SOP Covid. Nak naik ke wad tu pun punya siksa.... suruh buat swab test before naik ke wad, akak ikutlah arahan.... bila dah buat tak bagi pula naik, bertekak lah dengan dia orang....... bila bertekak mula lah nurse-nurse kat wad 7B tu tak ambil tahu kat en. suami.......... sampai akak cakap kalau tak nak cuci berak dan kencingnya bagi saya jaga..........
Ini gambar selepas keluar hospital.
Pergi berbekam































































