Khamis, 27 Jun 2019

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Cuti semester siHero selama 2 bulan dah nak berakhir.......... Ahad ni akan kembali menyambung pelajarannya di Semester 3. 

Maka akan sunyi lah rumah. 
Kalau Hero ada dia akan sentiasa menyakat adiknya, bila dah kena sakat dengan abangnya maka menjeritlah si adik, riuh lah rumah dibuatnya..... tu 2 orang ajer tu...... dah boleh buat mamanya pengsan...... 

Panjang pula pembuka cerita...... so kembali ke cerita asal ya...........

Alhamdulillah, syukur atas nikmat mu ya Allah.

Sekali lagi my Hero di dalam list anugerah Pengarah.......... Tapi pointer turun sikit.......... kena bebel juga dengan mamanya..........

Sem 2 dia hanya dapat 3.98............ First sem 4.00. Ini semua akibat leka dengan PUBG. Moga di Sem 3 ini akan terus kekal dalam list anugerah Pengarah, balik ke pointer 4.00 Insya Allah.

For my Puteri, terus kan usaha kerana peperiksaan semakin hampir...... Jangan nak leka dengan drama Korea...........

Love both of you to the moon and back!