Sabtu, 6 April 2024

Pokok Tumbang Di Taman Rashidah Utama

Assalamualaikum,

Kejadian pada hari Khamis, 4.4.2024 ketika kami berkumpul dirumah Mak Su kerana kematian anak ke 3 nya.

Tiba-tiba dengar bunyi dentuman yang kuat kat depan tu... ingatkan kereta bertembung... sebab kat situ kan korner dan orang selalu memandu dengan lajunya kat situ.  Dan kawasan itu adalah boleh dikatakan kerap berlaku kemalangan maut...

Bila kami keluar tengok pokok yang tumbang dan menghempap kereta viva putih yang sedang lalu....



Kami sibuk menalipon bomba
Call bomba Senawang dan Paroi
Biasalah banyak soal jawabnya dulu
Orang tu dah nazak
Dahan kayu tu hempap betul-betul kat kepalanya

Bomba Senawang yang sampai dulu


Dari Senawang 
Itu pun sangkut dalam jammed
Geramnya tengok pemandu yang tak mahu beri kerjasama pada bomba


Pemandu tu dah meninggal ya



Ini adalah kejadian kali ke 2 pokok tumbang di Taman Rashidah Utama
Dan ada 4 ke 5 batang pokok lagi menunggu masa untuk tumbang
Kali pertama dalam 4 bulan yang lepas, pemandu tu selamat
Hanya luka sahaja
Kali ke 2 ini meninggal di situ

2 hari yang lepas, ada juga kejadian pokok tumbang di Taman Mawar, Senawang
Hempap motor dan meninggal juga

Majlis Bandaraya Seremban buat apa ya
Padahal pejabat MBS dekat jer








Innalillahi Wainnailaihirojiun

 Assalamualaikum,

Khamis 4 April 2024 kembalinya adik sepupu ku ke negeri abadi, semoga tenang dan damai di sana....

Berusia 44 tahun dan meninggalkan 2 orang cahaya mata yang masih belajar. Anak pertama di tahun akhir dan akan menduduki peperiksaan akhir selepas raya ini. Anak kedua di Tingkatan 3 kalau tak silap.....

Arwah mengidap kencing manis dan masalah buah pinggang. Di saat-saat akhir ada pendarahan dekat otak. 2 hari sebelum tu dalam group whatsapp keluarga, forward by adik sepupu, Lisa menyatakan yang doktor akan cabut life support pada hari Khamis, 4.4.24. So Khamis tu kami berkumpul di rumah Mak Su di Taman Rashidah Utama untuk bacaan Yaasin. After bacaan Yaasin kami ke hospital, tapi sebelum itu Mak Su dan anak-anaknya dan suami arwah telah gerak ke hospital.

Alfatihah buat Sharina Salwa Ramli

Khamis tu kan sepanjang hari hujan. Soooo tanah perkuburan Forest Height ditutup untuk sebarang pengkebumian. Menurut dia orang tanah kat situ tanah tambak dan dia orang (MBS) tak benarkan di kebumi di situ..... tanah kat situ jenis pasir katanya.... Nak kebumi di Jalan Paroi, kawasan baru juga katanya, tak dapat juga... sebab ada juga kematian di kariah situ.... akhir sekali dapat dikebumikan di Rasah, dekat kompleks makam Tuanku Tambusai (Tok Ungku)

Dikebumikan lepas Isyak

Sebelum itu jenazah dibawa ke Masjid Taman Guru untuk dimandikan, dikapan dan di solat. Lambat sikit sebab van jenazah sangkut dalam jammed di sekitar Senawang akibat kemalangan maut di hadapan rumah Mak Su. Maut disebabkan pokok tumbang yang menghempap kereta yang sedang lalu di Jalan Senawang Paroi.... kami nak ke Masjid Taman Guru pun kena ikut jalan dalam sebab jalan Senawang Paroi ditutup untuk proses pembersihan.....

Kami berbuka di Masjid Taman Guru
Gambar di atas adalah gambar ibu arwah, (Mak Su kami) yang bertudung hijau beserta dengan kakak-kakak dan adik arwah.....

Yang bertudung kelabu, berbaju hitam itu adalah anak pertama arwah....

Al Fatihah buat Sharina Salwa Ramli

Rabu, 3 April 2024

Dah Orang Beri

 Assalamualaikum,

Dah orang beri.....
kita terima jer......
Pemberian dan PA Dato' VC
Suaminya aktif berpolitik kot........

Terima kasih daun keladi
haaaa sambung lah ya.........

Selasa, 2 April 2024

Berbuka Di Linggi Dan Sambutan Birthday Selepas Solat Tarawih

Assalamualaikum,

Hampir seminggu tak kemaskini blog sebab kesihatan tak mengizinkan.... Ini pun tak berapa sihat lagi... Minggu ini 2 hari MC........

Ok kita sambung cerita berbuka di kampung. Potluck style. 6 keluarga ada manakala 2 keluarga lagi tak dapat joint..... Mak Su anak beranak semua ada....... Masa ini badan dah tak larat sangat.....

Anak - anak bujang sedang prepare air macam KA

Kelepung from Taman Rashidah Utama
Sate

Mee goreng

Sandwich

hidangan kami pada malam tu....



Lepas tarawih, sambutan hari lahir pada yang lahir bulan March

My hero and Mak Ngah Lisa nya.....





Jauh kek ini datang
di datangkan khas dari Ampang, KL
Kek ini bukan request dari birthday boy tau...
kek ini request by Mak Ndak nya
nak kek macam birthday kau dulu yang di sponsor oleh Mak Ngah Itanya.......


Kita tepek lagi gambar kek
RM220 untuk sebuku kek itu......
Mak Ndaknya yang request mama ikutkan jer....... kang kempunan pula.......

Selasa, 26 Mac 2024

Mixue, Enstek

 Assalamualaikum,

Lepas berbuka, solat dan sebagainya, kami keluar ke Enstek.... ada orang nak try aiskrim kat Mixue.....
Tapi MasyaAllah.... beratur sampai ke luar...... Lama menunggunya...... Apa tang dihajati tak dapat sebab dah habis.......

yang dihajati boba aiskrim
yang dapat hanya vanilla kon...
boba dah habis.........

Insya Allah nanti kita mari lagi for Boba Aiskrim..........

Isnin, 25 Mac 2024

Berbuka Puasa Di Luar Sempena Birthday Adli

 Assalamualaikum,

Ramadhan ke 11 kami berbuka di luar. Celebrate birthday Adli. Kami berbuka di Bro Nizam Restoran.


Mee dan Kuey Teow goreng

Pasta
Aglio Olio, Cabonara dan Bolognese
masa ini dia orang belum curah sos lagi ya....

yang ini untuk kambing golek...


Ada masakan kampung juga
tak sempat nak snap gambar, sebab masa tu Dato' Dr. Zul (Ex Menteri Agama dan Ex Mufti KL dah sampai..... dia belanja staff dia (USIM) berbuka puasa......








ini yang kami ambil
ambil sikit - sikit ajer
we share
tak boleh nak makan banyak-banyak, 

Jumaat, 22 Mac 2024

Sanah Helwah Adli

 Assalamualaikum,



Barakalloh Putraku
Semoga keberkatan menyertai perjalanan usiamu
Jadikan mimpi dan harapanmu sebagai pemacu untuk semakin giat belajar
Doaku menyertai setiap langkahmu
Semoga Allah melindungi setiap langkahmu
diberikan kesihatan yang baik
dipanjangkan usia
dimurahkan rezeki
diberikan kebahagian dunia dan akhirat
menjadi insan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga
InsyaAllah......

Sanah Helwah Sayang.....

Khamis, 21 Mac 2024

Cerita Berbuka Najwa di 9 Ramadhan

 Assalamualaikum,


Najwa order Nasi Ayam Gepuk melalui grab food or panda food (tak pasti yang mana satu). Tapi sampai kebuka tak dapat makanan yang diorder sebab runner tu ditimpa kemalangan semasa nak menghantar makanannya. Runner tu message dia.... 

Message Najwa jangan nak marah-marah runner tu...... dah kemalangan nak buat macam mana........

So Najwa berbuka dengan air jer dulu.... selepas Maghrib dia orang keluar ke My Town untuk mencari makanan...

Rabu, 20 Mac 2024

Juadah Berbuka Najwa Di Hostel

 Assalamualaikum,

Juadah Berbukanya pada hari Isnin..   

Nasi Kerabu
tapiiiiii
message dari peniaga
telur asin tiada, dah habisssssss
order jer pakai grab/food panda

Juadah berbuka pada hari semalam, Selasa.....

keluar makan kat kedai tomyam
kedai ini belakang hostel jer....

Isnin, 18 Mac 2024

Adli Belanja Makan Malam

 Assalamualaikum,

First gajinya dengan outlet Secret Recipe.... selain perabis kat kereta dia tak lupa untuk belanja kami.... Makan-makan ini 2 hari sebelum puasa....

Air Nenas untuk mama

Air mangga untuk Adli
Najwa dan ayahnya Teh O Ais jer....

Adli punya
lupa pula namanya

Mama punya
kuetiau
ambil yang simple jer sebab dah kenyang....

Najwa punya
chicken grill

Ayahnya punya
Kuetiau Ladna

side order....

Alhamdulillah kenyang
Terima kasih Adli
Semoga dilimpahkan rahmat dan rezeki yang berlimpah ruah dan bertambah erat silatulrahim dan kasih sayang kita sekeluarga....