Selasa, 7 Mac 2017

Cerita My Hero With PBDB/iM4u: Gotong Royong Perdana

Assalamualaikum,

Blog ahkak ni banyak cerita mengenai my Hero ajer......... Dia yang senantiasa aktif. Aktif dengan Belia.......

Kali ini aktiviti nya ialah gotong royong kat SK Labu Ulu, Negeri Sembilan.........

Nak dapatkan anugerah emas belia so terpaksa lah aktif.


Rajin anak mama ya!!!!
Hari tu masa balik Pengkalan Durian tak serajin ni pun...........
asyik terbersin-bersin ajer, satu kerja pun tak tolong.........
meja pun di cat ya!!!
ini pun dicat ya...........
syed azim..........


bergambar dengan guru besar SK Labu Ulu



Isnin, 6 Mac 2017

Jalan-Jalan Cari Makan @ Jeti Tanjung Agas

Assalamualaikum,

Pertengahan February aku ada balik Linggi, tapi tak tidur kat rumah arwah omak, aku tidur kat rumah peninggalan arwah Mak Teh aku kat Pengkalan Durian. The week before that aku balik juga ke Pengkalan Durian. Aku balik untuk cuci rumah tu sebab penyewa yang menyewa tu dah belah gitu ajer........... and orang yang menyewa tu duduk jaja satu kawasan tu yang rumah aku tu berhantu........ dia kata satu malam tu dia nak ke dapur, bukak pintu terus nampak hantu duk tertonggok kat atas peti aisnya........ dia cakap kat neighbour sebelah tu dia ada ambil gambar hantu tu, tapi bila neighbour aku tu minta nak tengok dia boleh cakap dah terdelete.........  neighbour aku kiri kanan duk sound dia, cuba bawak sembahyang sure hantu tak kacau kau.............

Masa kita orang balik tidur situ, alhamdullillah tak ada pula apa-apa ganguan dan malam tu kami anak beranak baca yassin juga. Maklumlah since Mak Teh aku meninggal, aku duk sewa kan ajer rumah tu......... so macam-macam ragamlah orang yang menyewa rumah tu kan..............

Since rumah tu tak ada peralatan memasak, maka malam tu around 10 pm kami pergi jalan-jalan cari makan........ First nak pergi ke PD. tapi ahkak cakap kat en. suami kena isi minyak kereta dulu, sebab dah merah, and jam dah pukul 10 malam, mana ada petrol pam yang buka lagi, tapi kami tawakkal ajer pergi ke Pekan Linggi, kot-kot masih buka lagi........... tapi malangnya dah tutup, tapi tengok ada motor kat situ so kami pun terjah ajer and terus ketuk office nya and alhamdullillah dapat isi minyak dalam gelap............ 

Kenapa kami boleh isi minyak lagi?????????? sebabnya tokey petrol pam tu ipar duai adik aku......... kalau tak ada kena mengena dengan kami, kami tak buat cam tu der................ Lepas isi minyak tu kami terus kan perjalanan cari makan kami ke Jeti Tanjung Agas.............
 gambar makanan tak ada .............
makanan ok lah di tekak kami.......
dan harga pun berpatutan..........
malam-malam cukup ramai orang duk memancing kat jeti tu.........
meriah................