Assalamualaikum,
ohhhhhh hari ni terlampau rajin lah pulak. satu hari sampai dua n3......
Ini pun cerita yang dah lama, memang aku tak nak cerita pasal pergi berubat untuk hero ku ni tapi disebabkan dia langgar pantang atau aku yang tak pantangkan dia maka penyakit tu berbalik semula.......
Aku bawa dia berubat kat pusat perubatan islam kat Batang Benar, Nilai ni sebelum puasa tahun lepas. Sempatlah ulang dua kali berubat kat situ. Dengan izin Allah ada kurangnya....... tapi dua hari yang lepas berbalik semula resdungnya. Adakah kerana aku masak nasi goreng belacan maka resdungnya kembali semula?
Aku ada terbaca kat internet pagi tadi masa nak cari tempat untuk merawat resdung ni, orang yang ada resdung pantangnya selain seafood adalah belacan juga!!!! Ya Allah, maafkan mama sayang, mama tak tahu pun yang abang tak boleh makan belacan juga........ kesian tengok dia terbersin-bersin dan gosok-gosok hidungnya......... Maka esok hari Khamis aku ambil cuti untuk bawa dia berubat balik kat ustaz tu sebelum kami pergi ke Sungai Buluh (kalau tak silap aku, sebab yang kat Sungai Buluh tu ada keluar kat majalah 3 tempohari) Nak cuba bawa dia berubat kat Sungai Buluh tu pula...... Kita hanya berikhtiar dan Allah lah yang menyembuhkan nya dengan keizinannya.............
ni masa gi berubat kat Batang Benar, Nilai
ustaz tu bubuh ubat dan suruh pakai selama 3 jam
tetapiiiiiiiiiii
my hero sebaik ajer keluar dari pusat perubatan tu, dah nak buka, rimas dan malu katanya........