Memaparkan catatan dengan label Lunch. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lunch. Papar semua catatan
Rabu, 5 Mac 2025
Potluck Sebelum Ramadhan
Assalamualaikum,
Selamat Berpuasa buat semua sahabat blogger....... Semoga setiap ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT.
Nak clear kan gallery so kita simpan kat sini dengan cerita pendek....
Potluck sebelum Ramadhan by our group lunch....
sebenarnya our Security Manager nak buat potluck untuk semua staff, tapi tak dibenarkan oleh HR dengan alasan nanti kaum lain bising....... Tak faham lah HR kami ini.... semua tak boleh..... Pernah dulu our Registrar belanja kami staff yang under dia hi tea di Flamme Restaurant pun kena warning..... padahal itu merupakan income untuk company, sebab kami hi tea di restoran tempat students practical...... dah terpanjang pula bebelan......... okay...... sambung citer potluck kami semula..............
since we dah order beberapa makanan, so kita makan-makan during lunch time ajer....... kita buat kat kantin ajer..........
Marble kek
Ayam dari Richeese
pedas sangat
Japanese cream puff
pizza
Alhamdulillah kekenyangan kami.....
Jumaat, 26 Julai 2024
Geng Lunch
Assalamualaikum,
Selalu kami keluar hari Jumaat ajer, but now seminggu 2 ke 3 kali makan kat luar........ entah apa rajin benar dia orang nak keluar........
Ini minggu ni
Hari Isnin
ke Mesa Mall
makan Asam Laksa
Lepas habis makan
singgah ZUS
pulak
pekena kopi pulak tapi
bungkus bawa balik office
Rabu
Nasi Ayam Gemas pula
Singgah ZUS juga
si Zura ni kuat betul kopinya
dah yang lain pun terbeli juga........
Hari Ini, Jumaat ke Nasi Ulam
gambar tak ada
sebab semua dah kelaparan agaknya
tak ingat nak bergambar
Singgah juga ke ZUS
pening ahkak dengan adik sorang ini
kuat benar kopi nya......
Gambar kat bawah ini
minggu sebelumnya
kat Lotus
Kat Al Jamal, Giant Nilai
Nasi Arab
Kat Salak Tinggi
Nasi Campur.......
Isnin, 10 Jun 2024
Mama Kasut Adik Hilang
Assalamualaikum,
Dapat whatsapp dari Najwa mengkhabarkan yang ia kehilangan kasut...... 2 pasang pula tu
Mama: Hilang kat rumah sewa ke???
Najwa: Tak..... kasut tu dalam kereta......
Mama: Haaaa..... ada orang pecah kereta ke???
Lepas tu baru teringat, petang semalam dia suruh abangnya hantar cuci keretanya...
Tertinggal kat car wash ke???
Najwa: Tak tahu
Mama: terus whatsapp abang nya tanya pasal cuci kereta semalam
Abang: Abang tak perasan....
Maka
lunch hour tadi mama ke car wash tu........
bertanya kalau ada kasut tu.......
Tapi hampa......... tiada
Kasut Nike (sport shoes) dan flat shoes....... yang hilang tu.....
Minggu ini ada presentation pula tu.....
flat shoes dah hilang......
So adik nanti pergilah ke My Town cari flat shoe yang murah-murah jer........ for your presentation nanti......
Dah keluar during lunch hour kan....
sooooo kita tapau lah makanan....
sebelah car wash tu kedai cendol dan rojak......
cendol yang kurang manis
dan
Rojak......
Selasa, 14 Mei 2024
Lunch Ke Ayam Gepuk Pak Gembus
Assalamualaikum,
Khamis hari itu adik-adik sekerja ajak lunch ke Ayam Gepuk Pak Gembus sempena ulangtahun kelahiran ahkak......
Terima kasih adik-adik ahkak semua.......
dah tua dah.......
Sabtu, 27 April 2024
Bila Adik-Adik Sekerja Ajak Keluar Lunch
Assalamualaikum,
Walaupun dia orang tau ahkaknya ni sibuk dengan exam, tetap juga nak ajak lunch kat luar. Nasib Jumaat exam start pukul 3 petang, so boleh lah lunch kat luar.... pesan kat dia orang, ahkak kena balik office sebelum pukul 2 tauuuu....
Kami ke ayam gepuk top global
Untuk makluman segala kedai ayam gepuk, ayam gembus, ayam penyek tutup ya pada waktu solat Jumaat...
Nasib kami dapat kat top global.....
Perancangan nya kami nak makan kat ayam gembus, tapi 12.30 dah tutup
So kami keseberang jalan....
Nasib top global tutup pukul 1 petang
Ahad, 22 Januari 2023
Lunch Jumaat Lepas
Assalamualaikum,
Lunch kami Jumaat hari itu. The Chicken Rice Shop kat AEON Nilai.
Geng kantin kami dah berkurang. 2 dah berhenti.
Curry Laksa
Ahkak punya
Tofu
Share
Nasi Ayam Zura punya
Ini Shidah punya
Lupa namanya
Jumaat, 30 Disember 2022
Tapau Makan Tengahari dari Lesung, Belakang MPN
Assalamualaikum,
Lunch semalam, 29.12.2022. Tak dapat nak keluar, so suruh kawan tapau kan ajer.
Ambik kau, dia whatsapp gambar lauk pauk. Suruh ahkak pilih mana yang berkenan.
Last pilih keli berlado
Mak aiiiiii pedas nak mampus.....
Kali ini dia orang pergi lunch kat Lesung, Restoran belakang MPN.
First time dia orang try kat situ and sedap juga.
Jumaat, 15 Julai 2022
Geng Kantin
Assalamualaikum,
Geng kantin
Dah lama tak pegi kantin 2 minggu sebelum raya dan sehingga kini
rindu nak makan masakkan Mak Mon
dia tutup sebab suaminya operate......
The only stall melayu yang boleh di makan masakkannya.
Ada satu lagi tapi entah apa2 rasanya.....
hanya international students ajer yang beli kat stall satu lagi tu.......
stall yang lain adalah stall india dan cina.......... memang tak lah kan nak makan kat situ.....
since Mak Mon tutup kami makan kat area USIM (Desa Jati)
Dah 2 hari ini penuh dengan budak2 USIM pula......
singgah makan aiskrim qulapong Desa Jati........
Khamis, 19 Disember 2013
Lunch Kami Hari Ini
Assalamualaikum,
Hari ni lunch kat Mc D ajer.......
Si Abang yang malu-malu
anak kecik aku....... serupa tak???
Alhamdullillah, kenyang dah........ Terima kasih kepada yang belanja kami......
Langgan:
Catatan (Atom)













































