Memaparkan catatan dengan label sarapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarapan. Papar semua catatan

Ahad, 31 Mei 2026

Sarapan Pagi Ini

 Assalamualaikum,

Pagi ini sarapan kat luar juga.
Cuti-cuti ini malas nak masak.

Nasi lemak ayam
Siapa lagi kalau bukan Adli yang punya

Maggi goreng untuk Najwa

Mama, roti sardine 

Tosei Rawa untuk budak-budak ni
Mama tumpang rasa

Telur setengah masak juga...

Alhamdulillah, kenyang

Kejap lagi, dalam 11.30 pagi nak gerak balik Kuala Sawah 
Ada kenduri.....
Perjumpaan ahli keluarga Nenek Tekah dengan Nenek Jemiah
Belah en. Suami

Selasa, 5 Mei 2026

Cerita Cuti Hari Buruh

 Assalamualaikum,

Baru nak post n3 cerita masa cuti hari buruh hari tu...
Lambat disebabkan nak transfer gambar dari phone ke tablet ada masalah....

Jumaat tu kita breakfast jauh sikit...
Tak lah jauh mana, ke Lenggeng jer
Mencari nasi lemak ikan keli....

Kami ke kedai makan Kak Ani...
Ini kali kedua kami kesini.....


Full House kedai makan Kak Ani Jumaat tu....
Dannnnnn nasi lemak ikan keli yang dicari habis...
Tak sangka pula hari tu ramai yang singgah breakfast...
Orang-orang yang balik dari hiking Bukit Broga dan juga orang-orang yang cycling Bukit Lenggeng menghala ke Pantai, Jelebu singgah sarapan.....

Nasi goreng

Roti telor dan roti kosong
Kuahnya kurang....

Laksa Johor....
Laksanya Sedapppp 

Kena pergi lagi sini, tapi bukan time public holiday lah...
Nak cari juga nasi lemak ikan keli... 

Sabtu, 7 Disember 2024

Sarapan Kami Kelantanese Food

Assalamualaikum,

Tak jauh tempatnya... kat Nilai jer, kat Mercato, Enstek...

Lebih kurang macam Kopitiam Kita kat Kelantan tu....

Kat Medan Selera Mercato tu
Berhadapan KFC Mercato

Masa sampai tadi nasi kerabu daging dah habis...
Yang ada nasi kerabu ayam dan nasi-nasi Kelantan yang lain (nama nasi-nasi tu lupa pula)
Kuih-kuih macam kat Kopitiam Yang famous kat Kelantan tu tak ada....


Menunya....

So kita order laksam sorang semangkuk

Takut tak kenyang
Kita tambah nasi kerabu ayam satu...
Tu pun tak makan, bawa balik.....

Dan kita order
Roti titab or Roti kitab

Telur setengah masak

Dan teh ais 
Tak hsabis pun
Manis
Bungkus bawa balik

Overall sedap mengikut citarasa tekak kami...

Jumaat, 14 Jun 2024

Sarapan Pagi Ini

 Assalamualaikum,

Sarapan pagi ini........ Mee goreng.....

Bekalan untuk di bawa ke pejabat


untuk di rumah
dah dirasmikan mangkuk yang baru sampai tu...
dah cuci ya semua mangkuk tu.....
senang tutup ajer dengan penutupnya......

Isnin, 10 Jun 2024

Sarapan Pagi Ini

 Assalamualaikum,

Sarapan pagi ini........


Maggi goreng with latte.......

Rabu, 5 Jun 2024

Bekalan Sarapan Pagi Ini

Assalamualaikum,

Bekalan sarapan pagi ini....

2 bekas
dan isinya....

Sandwich bakar

 dan buah.........

buat Latte juga...........
sesekali jer tau........
teringin lah pula.......

semalam medical check up
dan resultnya
 bacaan gula dalam darah 4.4
terperanjat kita 
susah nak dapat bacaan below 6
selalu above 6 below 10 lah.......
doktor cakap bagus dan tanya, tak mengigil ke ni, tak rasa nak pitam ke????
sebab rendah dah ni........

mahu tak mengigil........
dengan kebulur lagi......
hahahaaaaaaaaaa

Nak bacaan yang cantik, so berpuasa dari malam  sebelum check up...........

so hari ini dah langgar pantang..........
sesekali jer........

Sabtu, 27 April 2024

Sarapan Pagi Sabtu

 Assalamualaikum,

Hari ini sarapan berdua dengan en.suami. Najwa tak balik sebab ada exam hari ini, Adli kerja.....

Kami ke Restoran Jalan Salak....

Mula-mula en.suami ambil lontong
kongsi dengan en.suami 
Sebab kita dah order roti telor 
Lepas tu tengok dia ambil mee goreng pula



Roti telor kita


And sate perut
Kalau kesini breakfast
Mesti order sate perut
Untuk kita juga.....
En.suami tak makan sate perut ini...


Rangkuman Sarapan Dari Rabu Hingga Jumaat

 Assalamualaikum,

Sibuk sikit dari Rabu hingga Jumaat. Sibuk dengan final exam untuk students NU. Tambah pula rabu hingga jumaat tu exam untuk budak aircraft. Dah memang terbabit lah sebab aircraft bawah pengawasan ahkak. Sarapan pun lambat. Seawal 7 pagi dah sampai office. Dia orang exam start pukul 8.30 pagi. Ahkak mesti ada di dewan pada pukul 7.30 pagi dengan kertas soalan dan juga lecturer yang bertugas....

Sarapan ahkak pada Rabu

Hazelnut latte 
Langgar pantang

Sandwich bakar
Sandwich tuna

Sarapan hari Khamis

Langgar pantang lagi
Nescafe panas kurang manis
Nasi lemak 
Beli kat kantin jer

Jumaat
Sandwich bakar juga
Dengan air suam
Tak sempat ambil gambar
Sibuk sangat...

Selasa, 23 April 2024

Sarapan Dengan Laksa Goreng Pagi Ini

 Assalamualaikum,

Ada lebihan laksa kat rumah, so pagi ini kita gorenglah...... 
Daripada buang so kita masak lah.... tak banyak bahannya... apa yang ada kat peti ais jer..... 
Laksa goreng ini kegemaran Najwa tapi dia kat hostel......

Laksa goreng dengan air suam
air suam jer, sebab next week nak gi check up........ hehehe......

Isnin, 22 April 2024

Sarapan Pagi Ini

 Assalamualaikum,

Sarapan ahkak pagi ini


Nasi Impit
Rendang Ayam Cili Api

Rendang ayam cili api request by Najwa. Nak bawa balik ke hostel, nak jamu kawan-kawan biliknya.....  bila buat rendang maka mama pun rebuslah nasi impit untuk dia orang.....
Ada lebihan mama bawa bekal pagi ini......

Alhamdulillah kenyang.........

Rabu, 6 Mac 2024

Sarapan Pagi Ini

Assalamualaikum,

Sarapan ahkak pagi ini...

Idli dengan kuah dhal dan chutney

Teh Ais....
pagi-pagi minum ais....... 

Ni kalau Najwa baca blog mama ini, sure dia bising.......
dia akan whatsapp
"makan idli sorang-sorang ya. tak tunggu adik pun"!!!
macam dia bising ahkak minum kopi saigon, tak tunggu dia pun!!!
Jumaat ini dia balik, kenalah beli kan kopi saigon untuk dia...........