Memaparkan catatan dengan label Najwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najwa. Papar semua catatan

Selasa, 2 Jun 2026

Thank You Anak-Anak

Assalamualaikum,

Dah lama terperam dalam gallery, dan dah masuk bulan Jun baru nak post n3.

Sekali lagi, terima kasih anak-anak, belanja Mama kek sempena ulang tahun kelahiran mama....


Kek from Adli dan Najwa
Ini sehari sebelum tarikh ulang tahun kelahiran

Dan ini pula
Najwa belanja Secret Recipe

Terima kasih anak-anak Mama
Semoga di luaskan rezeki kalian berdua.... Aamiin.....

Sabtu, 23 Mei 2026

Najwa Kemalangan

 Assalamualaikum,

Baru jer terjadi. Dalam pukul 9 malam.
Dia teman kawannya yang depan rumah kami ini. Nak pergi cari tudung untuk majlis tunang kawannya tu minggu depan...

Naluri ibu kan.... 
masa dia nak keluar tadi, hati ku berkata "darah manis" ni... tapi tak suarakan dekat Najwa...
Senyap jerlah...

Dalam pukul 9.08 malam, Adli whatsapp, hantar gambar, ada accident kat simpang ke ayam gepuk Ma...
Tengok gambar ni, hati dah risau 
Whatsapp Adli...
Tu macam kereta Farisha...
Tapi Adli kata, kurus-kurus jer budak-budak tu.... tak ada yg gemok
Apa kau ingat adik kau gemuk sangat ker...
Naluri ibu mengatakan yang duduk tepi jalan tu Najwa, tapi Adli kata bukan...
3 kereta terbabit
Yang langgar dia orang ni budak USIM 

Lepas tu Najwa Whatsapp kata dia accident
Terus ngigil badan akk
Menaip ni pun ngigil lagi
Terus call Adli
Suruh dia pergi tengok adiknya

Teruk juga kereta Farisha
Belah driver yang teruk
Bapa Farisha dah ada kat tempat kemalangan
Dia yang bawa budak-budak ini ke klinik
Najwa bahu bengkak
Dada sakit sebab kena airbag
Now kaki pun dah rasa sakit katanya..

Sekarang ni dia masih di IPD Nilai
Buat report
Tak tahu lah pukul berapa selesainya....

Sabtu, 25 April 2026

Baked Macaroni and Cheese (Mac and Cheese)

 Assalamualaikum,

Hari ini Najwa buat Mac and Cheese pula....


Sebelum masuk oven
Penuh cheese kau....


Tengah membakar


Siap masak dah...

Sedapppp
Terima kasih Najwa masakkan untuk kami....

Cottage Pie

 Assalamualaikum,

Ahad lepas, Najwa cooked Cottage Pie....


First time try 
Minced beef filling tu tebal lah pula
So tak balance mashed potatoes tu dengan filling tu...

Lepas tu Najwa salahkan Pyrex Mama pula
Sepatutnya guna yang lonjong, tapi dia ambil yang empat segi...
So padatlah.....

Tapi marvelous....
Kejap jer licin....
Boleh buat lagi......

Selasa, 20 Mei 2025

Kek Pisang

 Assalamualaikum,

Kek pisang by Najwa.
Percubaan pertama kali

tiba-tiba dia teringin nak kek pisang
nasib bahan-bahan ada kat rumah.....

tengah naik keknya

masak dah


sedap
nanti boleh buat lagi dik.......

Selasa, 13 Mei 2025

Cerita 1 May 2025

 Assalamualaikum,

Nak sambung cerita majlis persandingan Farhan, gambar dah save dalam tablet.......
Since ada cerita yang tak post lagi so kita bubuh lah dulu...... kendian baru sambung balik cerita persandingan Farhan.....

Ini cerita masa cuti hari pekerja.
Lepas ambil kereta Adli kat proton Nilai, tekak ni teringin nak minum cendol.
Walaupun masih batuk teruk, tapi dah teringin sangat kan so kita redah jerlah, walaupun anak-anak bising....

kita ke cendol bmi kat Nilai old town...
Najwa punya
cendol pulut
Najwa nak yang dalam cawan, senang nak bawa balik kalau tak habis

mama cendol jagung

add in
rojak
dan maggi goreng

Adli tak ikut, dia nak terus balik rumah....
dia suruh tapau jer...

Masa ini langit Nilai dah gelap sangat
baru nak menikmati makanan
angin bertiup dengan kencang nya
macam nak ribut....
decide tapau jer semua kecuali cendol mama
cendol tu mama kena minum dengan segera......
minum cepat-cepat dan terus gerak balik......

Isnin, 17 Mac 2025

Appointment Braces Najwa

Assalamualaikum,

Sabtu sebelum balik berbuka puasa di Linggi kami ke

Klinik gigi Syifa'
appointment braces Najwa
kali ini ambil o ring braces warna biru
next appointment, doctor cakap gigi bawah dah boleh buka pendakap
doctor kata gigi bawah dah cantik.....

Lebih kurang 10 bulan lagi
balance lagi RM2000 dari RM6000

bila dah tukar baru, so akan sakit lah....
waktu berbuka hanya minum air dan makan makanan yang lembut jer.......
rugi adik, makanan banyak hari sabtu tu...........

Selasa, 11 Mac 2025

Biskut Raya

 Assalamualaikum,

Done 2 kuih raya pada sabtu dan ahad lepas...... lebih kepada anak-anak untuk makan........ kalau tetamu datang beraya selalunya kami hidangkan makanan yang berat-berat sikit lah..........
Bersemangat Najwa membuat kuih raya......
Mentanglah oven baru kan.......

Sabtu dia buat kuih sarang semut.......
100% dia buat sorang......
Mama tak sihat, kena gastrik yang teruk......... so tolong peratikan jerlah.....

bancuhan yang telah di sagat


sebelum masak

yang dah masak
biskut sarang semut ini adalah kegemaran si Hero.....
tiap kali lepas berbuka, hero ajerlah yang mengejerkan.........

Ahad Najwa buat  Double Chocolate Chip Cookies pula


sebelum masak

kat dalam oven

yang dah masak.......

Isnin, 24 Februari 2025

Biar Gambar Yang Berbicara

 Assalammualaikum,

Simpan kat sini.......

11 Februari genap 23 tahun 
Hanya simple celebration saja.......

Alhamdulillah.......

Ahad, 17 November 2024

Najwa Ke MAIWP Untuk Tugasan SULAM nya

 Assalamualaikum,

Najwa dan group assignment nya ke MAIWP untuk program SULAM under MPU subjects.


Hari sebelumnya, iaitu Rabu dah ingatkan Mama untuk kejutnya pada pukul 5 pagi. Tapi pukul 4 pagi dah bangun dia.... takut lambat katanya....




Bergambar dengan groupnya sebelum bertolak

Discussion before program bermula

Menyusun goodies bag sebelum peserta masuk

Sebagai facilitator 



 Program Empowering Digital Business bersama usahawan Wilayah Persekutuan

Pelbagai aktiviti diadakan bersama usahawan WP






Program berakhir pada pukul 5 petang

Menunggu bas universiti


Jammed dari Jalan Raja Laut ke Cheras
Nak balik ke Nilai petang tu
Plan asal nak naik MRT dari Maluri turun di Kajang
Tapi nasib baiklah kawannya yang nak balik ke Kajang tumpangkan terus ke komuter Kajang 
Minggu lepas Najwa tak bawa kereta ke kampus sebab bengang dengan DBKL

Komuter petang tu sesak pula
Berdiri