Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 21 September 2012

Untuk tatapan aku dan mereka-mereka yang sudi membaca blog aku.....


Dapat dari seseorang dan aku kongsikan kat sini....

4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW :-



PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.


KETIGA

Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT

Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.


Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.


Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Khamis, 19 Ogos 2010

Anak - Anak Kunci

Just to Share.




Saya jumpa artikel ni kat teratak Abu Umar dan saya copy n pastekan kat sini untuk dishare bersama2......



Masa berlalu begitu pantas, terlalu banyak yang ingin kita kejar tanpa disedari banyak pula yang kita abaikan.



Inilah realiti kehidupan kita hari ini. Hanya keimanan yang akan meletakkan kita pada jalan yang betul. Hanya keimanan yang akan membina neraca yang benar dalam menentukan apa yang perlu kita lakukan dan apa pula yang perlu kita abaikan.



Fenomena lemahnya iman melahirkan beberapa suasana atau budaya baru. Anak2 dibiarkan terlantar keseorangan tanpa belaian kasih sayang. Ibu bapa yang tertewas dengan godaan dunia membiarkan anak-anak mereka mengurus hidup mereka sendiri. Asal daftar saja tahun satu anaknya akan diberikan kunci rumah.










Membesarlah anak2 zaman ini sebagai 'anak-anak kunci'. Mereka pergi ke sekolah, apabila pulang kunci rumah sudah tersedia di dalam kasut atau di celah2 pasu bunga dan sebagainya. Mereka mendapatkan 'kunci' mereka untuk membuka pintu kehidupan yang kosong dan kesunyian.



Rumah tersergam indah bak istana tetapi sunyi dan hampa dari sentuhan kasih sayang dan keperihatinan. Jiwa 'anak-anak kunci' ini terbiar kosong. Jiwa yang kosong tanpa bimbingan dan didikan ini disediakan pula dengan set home theatre dengan skrin 24". Akhirnya mereka dididik dan ditarbiyyah oleh media massa yang hanya mengajar mereka keseronokkan dan kehidupan yang tidak ada hubungan dengan hari pertemuan mereka dengan Allah SWT.


Inilah generasi yang sedang terbangun. Jiwa mereka dibiarkan kosong tanpa sentuhan kasih sayang. Dunia mereka adalah kesunyian dan kehampaan. Ibubapa sibuk mencari kekayaan atas nama kepentingan 'keluarga tercinta'. Mereka curahkan kemewahan kebendaan sedangkan mereka abaikan kasih sayang yang akan membentuk jiwa kemanusian. Mereka limpahkan kesenangan dan kebebasan tanpa kawalan tetapi mereka lupakan tanggungjawab dan didikan. Inilah generasi masa depan. Generasi yang terbiar kosong jiwa dan perasaan mereka.

Selasa, 27 Julai 2010

Suami, isteri perlu bergerak seiring bentuk keluarga bahagia

Artikel ni saya ambil dari Berita Harian untuk rujukan kita semua.



Tiada siapapun yang mahu anak2 menjadi liar dan membelakangi ajaran agama. Tentu mengaibkan dan menyedihkan hati ibu bapa seandainya ada di kalangan anak2nya tempang perjalanan hidup di dunia tanpa suluhan cahaya agama yang luhur.


Tambahan pula, dewasa ini kita sedang berhadapan dengan gejala sosial yang amat gawat melanda remaja dan belia. Pelbagai langkah dan pendekatan sudah dan sedang diambil bagi menanganinya, namun yang jelas semuanya seakan-akan tidak berkesan dalam membetulkan keadaan.


Orang pertama yang mesti memegang tanggungjawab sepenuhnya dalam memberikan pendidikan dan asuhan agama kepada anak2 ialah ibu bapa. Mungkin selama ini kita banyak membebankan golongan ibu dalam memikul amanah sebagai pembimbing dan pengasuh utama mendidik anak-anak. Bagaimana dengan peranan ayah atau bapa?


Dalam hal ini Saidina Ali bin Abi Talib ada meninggalkan pesanan bernas dan bermanfaat kepada kita berhubung pendidikan kepada anak2. Kata Ali kepada anaknya Hasan: "Aku segera mengajarmu adab sebelum hatimu menjadi keras dan fikiranmu menjadi sibuk memikirkan pelbagai perkara yang lain." Begitulah kesungguhan Saidina Ali dalam membentuk peribadi anaknya dan kata2 beliau itu sewajarnya menjadi panduan kepada kita untuk tidak meremehkan tanggungjawab menyalurkan asuhan akhlak yang mulia kepada anak2.


Imam Jaafar asy-Shafiq ada mengatakan: "Sesungguhnya sebaik2 wasiat yang diwariskan oleh ayah untuk anak2 mereka ialah adab dan bukannya harta." Selama ini kita memikirkan bagaimana untuk menghimpunkan seberapa banyak harta benda sebagai harta untuk ditinggalkan kepada anak2 apabila kita sudah tiada di alam maya ini, namun sebenarnya 'harta' paling bernilai yang semestinya ditinggalkan buat anak2 kita ialah sahsiah peribadinya, akhlaknya, kekuatan ilmu pengetahuannya dan kesolehan beragama. Inilah yang seharusnya kita tinggalkan buat mereka. Imam Ali Zainal Abidin as-Sajjad pula menegaskan: "Adapun hak anak2mu atas dirimu, ketahuilah ia berasal daripadamu, baik dan buruknya bergantung padamu. Sesungguhnya engkau bertanggungjawab untuk mengasuhnya, mendidiknya, mengenalkannya kepada Tuhannya dan membantu untuk taat kepada-Nya. Dan engkau mesti melaksanakan urusan ini dengan keyakinan bahawa jika berbuat baik kepadanya akan mendapat pahala dan jika berbuat buruk kepadanya akan mendapat dosa."


Dalam usaha kita mendidik dan mengasuh anak2 mengerjakan segala suruhan agama dan membentuk adab, jangan lupa seringlah berdoa kepada Allah agar kita dipermudahkan dan anak2 akan dapat mengikutinya dengan sempurna. Imam Ali Zainal Abidin dikatakan selalu berdoa ketika mendidik anak2nya dengan doa ini: "Dan tolonglah kami dalam mengasuh, mendidik dan memperbaiki anak2 kami." Insya-Allah dengan iltizam yang kukuh dan semangat padu kita mampu membentuk peribadi anak2 dengan berkesan dan menjadikan mereka anak2 yang soleh.

Jumaat, 16 Julai 2010

Fadilat baca 10 ayat surah al-Baqarah

Diriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a, katanya: "Sesiapa membaca 10 ayat daripada surah al-Baqarah ketika awal waktu siang, syaitan tidak akan menghampirinya hingga ke petang. Jika ia membacanya pada waktu petang, syaitan tidak mendekatinya hingga ke pagi. Ia juga tidak akan melihat sesuatu yang ia benci pada keluarga dan harta bendanya," (riwayat al-Darimi, al-Bhaihaqi di dalam kisah Syu'ab al-Iman).

Ibn Mas'ud r a, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa membaca 10 ayat: Empat daripada awal surah al-Baqarah, ayat al-Kurysi, dua ayat selepasnya dan ayat penutup surah al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan memasuki rumah itu hingga pagi," (Riwayat al-Tabrani dalam al-Kabir dan riwayat al-Hakim, kata hadis dinilai Sahih).

Sumber: Buku Doa-doa Eksklusif

Selasa, 13 Julai 2010

Syaaban bulan menghapuskan dosa

Sabda Rasulullah SAW: "Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadan pula adalah bulan bagi umatku."

Syaaban iaitu bulan yang dianggap sebagai pintu gerbang bagi menanti kedatangan Ramadan. Sebagaimana Ramadan yang penuh dengan kemuliaan, Syaaban adalah bulan untuk menghapuskan dosa sementara Ramadan pula bulan menyucikan diri daripada dosa dan antara amalan yang sangat digalakkan pada bulan ini adalah dengan ikhlas beramal kepadanya, terutama melakukan puasa.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas daripada kegelapan alam kubur, bebas drpd huru-hara Munkar dan Nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya."

Dlm sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan jika dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid."

Itulah antara kelebihan berpuasa pada Syaaban. Disamping itu berpuasa dalam bulan ini juga sebagai persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan pada Ramadan. Selain memohon doa, umat islam digalakkan bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT sebagaimana dinyatakan, dalam bulan ini juga ada satu malam yang sangat istimewa yang dikenali sebagai 'Nisfu Syaaban"

Dlm sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tibanya malam ini, datanglah malaikat Jibril lalu memberitahu sesungguhnya pintu-pintu langit serta pintu-pintu Rahmat Allah SWT sudah pun dibuka. Maka, bagi orang yang beriman dan beramal soleh, dirikanlah solat dengan disertai doa kerana dibukakan (oleh Allah SWT) 300 pintu Rahmat-Nya. "Juga sesungguhnya, Allah akan mengampuni orang2 yg tidak menyekutukan-Nya (serta syirik kepadanya) kecuali mereka yang mengamalkan sihir, mereka yang mencetuskan perbalahan serta bermusuhan, peminum arak, mereka yang melakukan zina dan memakan riba, manusia yang menderhaka pada org tuanya, mereka yang memutuskan tali persaudaraan serta mereka yang menghasut org lain, yakni mengapi2kan dgn perasaan kebencian. Maka, sesungguhnya mereka tidak akan diampun melainkan dgn sebenar-benar taubat selain tidak mengulanginya." (Riwayat Ibn Hibban)

Berdasarkan sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abdullah Umar, sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda: " Dalam solat, lima waktu yang doanya tidak di tolak ialah pada malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." Jadi, antara kelebihan yang Allah SWT kurniakan pada hambanya, diberi dalam Syaaban bagi mereka yang ikhlas dan bersungguh2 melakukan amalan mereka.

Sumber: Harian Metro

Jumaat, 9 Julai 2010

Jangan Beza2kan Anak

Lahir dari perut ibu yang sama

Lahir dari benih yang sama

Kasih Ibu sepanjang hayat

Kasih Ayah menurut kata




Kenapa masih ada ibubapa yang membeza2kan anak




Tidak terfikirkah mereka suatu hari nanti anak yang dibenci inilah yang akan menjaga

mereka dimasa tua nanti.


Biar seburuk mana sekali pun dia tetap anak kita.............




I love my kids............. Love u

Selasa, 6 Julai 2010

Anak yang gagal adalah rahmat - Dr Zul

Coretan ini aku ciplak dari salah satu laman web kawan sekerja aku, untuk buat tatapan aku.... sebab aku selalu hilang sabar ngan anak2 aku kalau pasal keputusan peperiksaan mereka.....



Kuliah tasauf minggu ini membincangkan Hikmah 24 (Bab2) dalam kitab Syarah Hikam iaitu Jangan Sama Sekali Engkau Berasa Pelik. Dalam kuliah ini Dr Zulkifli Mohamed al-Bakry cuba mengajak kita memikirkan salah satu rahmat Tuhan yang amat tersembunyi. Masyarakat dan keluarga amat memandang rendah kepada seorang anak yang gagal atau kurang berjaya. Lazim juga yang berlaku ibu bapa berasa sedih jika anak mereka gagal dalam pelajaran. Ada kata-kata yang menyebut, "setandan pisang takkanlah semuanya elok" adalah satu ucapan yang sesuai untuk mengambarkan situasi tersebut. Satu keluarga yang mempunyai 10 orang anak sebagai contoh amat gembira melihat 9 orang daripada mereka berjaya dan mempunyai kelulusan tinggi. Namun mereka bersedih apabila seorang daripadanya gagal atau tidak mempunyai kelulusan yang baik.



Apakah ibu bapa tersebut patut bersedih atau bersyukur?



Sebenarnya inilah rahmat daripada Allah SWT tanpa kita sedari dan jangan berasa hairan mengapa Allah SWT menjadikan 1 daripada 10 anak-anak tersebut gagal. Bagaimana? Jawapannya kita akan dapat dengan memperhatikan keadaan yang berlaku di sekeliling. Anak-anak yang berjaya dan mempunyai kerjaya biasanya tinggal di bandar-bandar besar atau di luar negara. Apabila ibu dan ayah sudah menjangkau hari tua timbul masalah untuk menjaga mereka yang kebanyakkannya tinggal di desa dan luar bandar. Maka yang menjaga mereka sudah pasti anak yang kurang berjaya yang mana bekerja di kampung sahaja. Inilah realiti yang biasa berlaku. Jadi bayangkan jikalau semua anak-anak berjaya dan tinggal jauh daripada ibu bapa mereka. Selamat datang ke Rumah Penjagaan....


Rahmat... ibu bapa yang dijaga anak sendiri merupakan rahmat Allah





Kesimpulannya, ibu bapa sudah pasti mahukan semua anak mereka berjaya dalam apa jua bidang. Namun jika terdapat anak yang agak terkebelakang tidaklah boleh berasa kecewa malah patut redha dan bersyukur. Ia merupakan suatu ujian yang akan diiringi dengan rahmat bagi mereka yang bersabar.