Memaparkan catatan dengan label masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan. Papar semua catatan

Sabtu, 25 April 2026

Baked Macaroni and Cheese (Mac and Cheese)

 Assalamualaikum,

Hari ini Najwa buat Mac and Cheese pula....


Sebelum masuk oven
Penuh cheese kau....


Tengah membakar


Siap masak dah...

Sedapppp
Terima kasih Najwa masakkan untuk kami....

Cottage Pie

 Assalamualaikum,

Ahad lepas, Najwa cooked Cottage Pie....


First time try 
Minced beef filling tu tebal lah pula
So tak balance mashed potatoes tu dengan filling tu...

Lepas tu Najwa salahkan Pyrex Mama pula
Sepatutnya guna yang lonjong, tapi dia ambil yang empat segi...
So padatlah.....

Tapi marvelous....
Kejap jer licin....
Boleh buat lagi......

Rabu, 8 April 2026

Repeat Untuk Kali Ke 3

 Assalamualaikum,

Membaking lagi. Kali ke 3 ya...
Mula-mula masa bulan Ramadhan
Dalam bulan raya ini dah 2 kali membaking....
Nasib hang rajin Najwa, kalau Mama tunggu raya tahun depan pula....



Biskut Cornflakes Crunchy
Kegemaran Adli juga, siap bawa sebekas ke tempat kerjanya....

Ahad, 28 September 2025

Ikan Bakar Dengan Air Asam To Ki

 Assalamualaikum, 

Bila tak ada idea nak masak apa, so kita bakar ikan jer lah.... senang....
Lumurkan jer dengan pes ikan bakar adabi....
Cukup mudah dan cepat  😁 😁 😁 😁 


Masukkan dalam kuali ajaib....

Siap masak ikan tu...
Kita cicah kan dengan air asam tok ki....
Cukup mudah....

Haaaa ini rupa Packaging nya (pinjam gambar dari Google)
Tambahkan tomato dan bawang jer
Siap untuk dicicah
Sedap oiiii air asamnya
Hari tu adik kita bagi sebotol
Dia beli masa kami ke Machang, sempat dia membeli....
Ini produk lemang tok ki ya....

Selasa, 20 Mei 2025

Kek Pisang

 Assalamualaikum,

Kek pisang by Najwa.
Percubaan pertama kali

tiba-tiba dia teringin nak kek pisang
nasib bahan-bahan ada kat rumah.....

tengah naik keknya

masak dah


sedap
nanti boleh buat lagi dik.......

Sabtu, 5 Oktober 2024

Menu Makan Malam Kami

 Assalamualaikum,

Khamis malam Jumaat gantung periuk. Kami makan kat luar dan kebetulan Najwa balik....
Kami makan malam kat area Kuaters KLIA.

Sempat snap kerang rebus jer...
Yang lain-lain tak sempat
Tangan dah kotor 
Selain kerang kami order nasi goreng
Ada nasi goreng belacan, nasi goreng ikan masin, nasi goreng USA dan nasi goreng kampung plus tomyam campur
Ada otak-otak dan satar juga.....

Jumaat malam
Kita buat ayam kukus Chinese style
Plus sambal yang marvellous 
Ada juga daging harimau menangis dengan sos cili Thai style Najwa 


Kesemua tu by Najwa.....
Simple sajer....

Isnin, 11 Mac 2024

Daging Style Harimau Menangis

 Assalamualaikum,

Jumaat balik kerja dah terhidang makanan yang dimasak oleh Najwa. Simple but menyelerakan......

Daging harimau menangis katanya....

Sup sayur

sambal cicah yang pedas
berpeluh makannya...

guna frying pan jer

Hasilnya
Sedap...

Disebabkan jumaat dah makan daging, so malaslah nak merendang.........

Ahad, 18 Februari 2024

Cukup Simple

 Assalamualaikum,

Dinner kami dalam minggu ni, hari apa tak ingat.

Najwa ada kat rumah, cuti mid semester seminggu... so rajinlah dia kedapur dan dia puasa pula... sooo apa yang dia nak makan, dia buatlah... mama bantu sikit-sikit jer...

Sohun masak sup

Ikan goreng

Ulam

Budu
Ini yang buat makan bertambah-tambah

Hidangan makan malam kami yang amat simple....

Khamis, 25 Januari 2024

Masak Lemak Cili Api Ikan Sungai

Assalamualaikum,

Ahad hari itu masak gulai ikan baung masak lomak cili api.

Masak lomak cili api ahkak ini tak secantik masakan Suria Amanda lah
Kalau tengok SA masak tu berselera dengan pekatnya dan warna kunyitnya tu...
Ini nak kena belajar dengan SA ni....

Selain ikan baung 
Masak sambal sotong petai
Untuk yang tak makan baung.....

Baung ini ahkak dengan Najwa jer yang makan

Sabtu, 16 Disember 2023

Hidangan Makan Malam

 Assalamualaikum,

Hidangan makan malam kami... simple saja.

Ayam steam
Chinese style
Makan dengan sambal goreng ni
Marvelous 
Pinggan Mama
Ada juga lauk sambal telor pecah

Ini semalam punya
Daging 
Pencicahnya
Wow merecik makannya
Dan ada juga
Tahu jepun....
Ini semua hasil masakan Najwa 
Thank you sayang
Balik kerja terus makan jer....

Khamis, 30 November 2023

Rendang Ayam Cili Api Dengan Kacang Panjang

Assalamualaikum, 

Petang semalam, terlampau rajin.

Buat berkuah sikit...

Rabu, 15 November 2023

Dinner Semalam

Assalamualaikum,

Simple sahaja tapi bertambah makannya. 


sambal tumis ikan bilis with petai
petai tak nampak pula
petai nya tak banyak, lebihan hari tu....
sebelum busuk kita masakkan lah.........

sup ikan merah dengan sambal kicap

Maka pagi ini, check darah untuk kencing manis.... ambik kau, lebih 10 😭😭😭, tapi bawah 12 lah ya.... Sampai office ada lah yang belikan popia sira dan coffee........ 
Macam mana ni nak control diabetes.........

Jumaat, 27 Oktober 2023

Sambal Bilis Petai

 Assalamualaikum,

Sambal Bilis Petai by Najwa.

Marvellous
Bertambah Mama kau makan Dik
Hilang diet Mama
Makan bersama tahu goreng cicah kicap cili api
huhhhhh kepedasan....
Lauk yang simple tapi sedapppp
Alahai Najwa bila hang sambung belajar kena lah mama masak balik
now balik kerja lauk dah terhidang..........
terima kasih anak Mama........

Khamis, 21 September 2023

Carbonara Makan Malam Sabtu Lepas

Assalamualaikum,

Carbonara by Najwa....... Muak makan nasi katanya.......

pakai ayam dada yang dipotong kecil-kecil
malas nak gi keluar beli daging ayam kisar Ramly tu.........


ini ajer dinner kami....
Alhamdulillah........

Sabtu, 1 Julai 2023

Dinner Hari Selasa By My Putri

 Assalamualaikum,

Balik kerja dah siap menu makan malam...

Simple jer.... sebab ayahnya dah balik kampung tolong MIL masak rendang... Rabu ahkak masih kerja lagi, tak cuti...

Daging yang diperap

Pencicahnya

Request from mamanya
Sebab isnin tu dia buat tak berkecukupan

Sebelum tu dia buat cekodok pisang....
Alhamdulillah kenyang....