Memaparkan catatan dengan label Food Hunting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Food Hunting. Papar semua catatan

Ahad, 15 Februari 2026

Balik Kampung Sebelum Ramadhan

 Assalamualaikum,

Balik awal kampung sempena cuti Wilayah dan thaipusam tempoh hari...
Balik berkemas dan makan-makan...
Tapi tak cukup chorum...
Kak Ngah tak ada... Datin ini ke Jepun..
Ke rumah anaknya yang bekerja di sana... rindu cucu katanya....






Ole-Ole dari Europe
My sis Ita and Datin (Kak Ngah) ke Finland, Norway dan satu negara lagi lupa lah pula, awal Januari hari tu.....

Makan-makan kita kat kampung....
Sate ayam ni jauh datang nya...
Dari Dungun...
Sedara dari Dungun ada berniaga sate...
Sebab ada sedara yang ke Dungun, so kita order lah....
Dia yang bawa balik ke Linggi....
Sedap satenya....

Sate perut dan daging kita order kat Kajang
Selain sate, ada juga roti jala....

Sebelum balik Nilai
Kita singgah
Bungkus gulai itik salai dan keli salai

Singgah sini juga
Cari sopang
Tapi tak siap masak lagi
So kita ke gerai kuih bakar
Beli cara berlauk
Kesirat dan juga bahulu
Dodol juga....

Dan kita singgah juga
Coffee Bean...


Tiramisu 
Dan
Chicken lasagna
Kita singgah Coffee Bean Bandar Sri Sendayan
Suka menjamu selera disini sebab tak ramai orang

Ahad, 11 Januari 2026

Tuah Cafe Eco Majestic

 Assalamualaikum,

Malam tu teman anak dara ke Eco Majestic....
Sepupunya ajak datang borak-borak 
Tempat pertemuan mereka kat Tuah Cafe

Fish n Chip
Najwa punya

Nanchos
Tak habis
Bungkus bagi sepupunya

Mushroom soup 
Mama punya

Spaghetti Tom yam kot
Sepupunya punya


Ini lah sepupunya
Nak pegi makan sorang segan
So ajaklah Najwa
Nasiblah Eco Majestic tu tak jauh dari Nilai...
Boleh roger-roger jer
Nak datang ke Nilai, ayahnya tak bagi memandu sorang-sorang....

Mengopi Di Coffee Beans Sendayan

 Assalamualaikum,

Sebelum ke next appointment di KK Salak, kita singgah mengopi dulu... 
Appointment ini hanya untuk ubat.... bukan jumpa doktor for medical check up...
So kita boleh melantak lah..... tapi control juga...



Kita singgah Coffee Beans yang dekat Petron Sendayan...
Berdekatan dengan Matrix International School 

Akak punya Hazelnut, kalau tak silap...
Okay tak manis....
Najwa punya tak ingat apa yang dia order
Dan one slice carrot cheesecake 

Sebenarnya nak order tiramisu, tapi dah nampak carrot cheese 
Langsung lupakan tiramisu...



Tapi bukan kenyang pun...
So kita singgah pula Enstek, cari nasi.....
Tak ada gambar ya....

Sabtu, 10 Januari 2026

Benteng Seremban

Assalamualaikum,

Lama dah tak kesini....
Ini pun anak dara teringin nak makan sup mamak....

Hidup kembali Benteng ni...

Sup ayam


Yongtaufu 

Charkuewtio
Sedap
Semua makanan yang dibeli
Sedap

Lepas makan-makan kami jalan-jalan kat lorong ni
Cantik dah
Ramai yang berniaga 









Ahad, 7 September 2025

Dating Berdua Dengan Najwa

Assalamualaikum,

Cerita yang dah terperam lama...

Berdua dengan Najwa jer... si Abang tak nak ikut.... Ayahnya kerja...




Den Café
Kat Nilai
Kat depan kubor Bukit Kadir 
Baru lah juga café ni....
Boleh lahhhh...
Ikut tekak masing-masing ya....

Butttttt...
Mahal sikit lah...
Sekali sekala boleh lah menjamu selera disini...

Rabu, 5 Februari 2025

Cubaan Kali Ke 2 - Sungai Tangkas

Assalamualaikum,

Finally setelah mencuba untuk ke 2 kali baru dapat Fish and Chip viral tu.....

Selasa sebelum raya cina kami terjah ke Sg. Tangkas.... Selasa tu company beri cuti so ambil peluang ke Sg. Tangkas kita....

10.30 pagi dah sampai... kedai pun belum buka lagi.... tengok notice board nya kedai buka pukul 11.30 pagi..... so tunggu dalam kereta lah.... hujan pula masa tu....

Gigihkan....
Be the first person...... tapi.....

Masih belum buka lagi
Tengah mengoreng 

Dah buka pun kaunter
Masa menunggu tu ahkak yang ke 4 ya....
Bila buka jer kaunter, jadi orang yang ke 6
Ada yang potong barisan....
Bukan budak-budak ya, orang tua tu!!!!!!
Dah kemaruk sangat nak makan Fish n Chip agaknya...
Kita sabar jerlah... bukan lama pun beratur...

Kita tengok kebanyakkan nya beli berkotak-kotak...
Termasuk lah kami...
2 fish n chip dan 1 chicken Chop 


Fish n Chip


Chicken Chop 

Rasa okay lah...
Harga pun murah
Banyak pula...

Kita tapaukan untuk anak bujang 1 Fish and chip
Hantar kan lagi ke officenya....
Officenya tak tutup still bekerja....