Rabu, 29 Februari 2012

Basikal



Ini adalah hadiah birthday buat putriku Najwa..... sorry, mama dan ayah lambat bagi hadiah....... kena kumpul duit dulu........ hehehe......... Jaga ianya elok-elok tau....... dah ada basikal ni, jangan asyik merayau ajer.......... bagi Abang juga guna basikal ni walaupun abang dah ada basikalnya sendiri......

masa beli basikal ni malam semalam, budak kedai tu cakap, ohhhh ni adik yang selalu datang tengok basikal ni yaaaa!!! yalah, setiap kali hantar abangnya tuisyen, dia mesti pergi ke kedai basikal tu...... pergi tengok basikal yang dia idam-idamkan tu......... happy sangat dia sebab basikalnya dah dapat..... tokey kedai tu tanya Najwa, "malam ni boleh tidur tak"?

so ada sesiapa yang nak basikal yang kecik tu??? yang kat tepi dinding tu ........ Amin, nak basikal kak wa yang kecik tu tak? kalau nak suruh ayah datang ambil..........

Hadiah Sukan Dwi Tahunan SRAI Salak Tinggi

Anak-anak aku banyak masuk acara sukaneka so banyaklah hadiah yang dia orang dapat..... untuk acara sukaneka hadiahnya kebanyakkan tupperware (tipuware)..... kalau original tupperware bestlah jugak......hehehe........ ini sebahagian daripada container yang dia orang dapat....... ada lagi yang belum dapat........ dah banyak macam ni, tak tahu nak letak kat mana dah....... nasib baiklah sekolah dia orang buat sukan 2 tahun sekali..... kalau tiap-tiap tahun, tidur atas container tuuuuuuu........

Cenderahati dari Mekah

ini semua cenderahati dari Mekah pemberian Mak Ngah dia orang...........

cincin untuk mama.......


inai dan minyak wangi...... Najwa dah pakai pun inai ni..... tak sempat nak tunggu cuti sekolah......


jubah untuk Adli....... Adli tak muat pun....... besar sangat badannya........ tapi apa-apa pun, terimakasih Mak Ngah.........


jubah untuk Najwa..........


jubah untuk mama........



untuk ayah dia orang, Mak Ngahnya beri tasbih dan kopiah.......... Terima Kasih Mak Ngah atas pemberian ini.........

Selasa, 28 Februari 2012

Bersantai di Angsana Hilir

Ahad hari tu, aku ada 2 jemputan kenduri kahwin kat area KL, Kelana Jaya and satu lagi kat Taman Koperasi Polis, Gombak....... yang pertamanya walimatul urus anak Kak Lang Uji dan yang keduanya wedding my officemate...... yang dapat pergi hanya kenduri Kak Lang Uji....... my officemate punya wedding tak dapat pergi, tak sempattttttt........ kita orang kat Kelana Jaya ajer sampai pukul 3 petang..... dah jumpa sedara mara maka berborak sakanlah sampai terlupa jemputan yang satu lagi........ so we all tukar ke plan B pulak...... hehehe..... terus pergi ke Angsana Hilir coz anak-anak bertuahku dah siap bawa dia orang punya swimming suit....... dia orang ni kalau sebut ajer nak ke KL sure dia orang akan angkut swimming suitnya sekali..... sesampai di Angsana Hilir, Mak Ngah dia orang tiada di rumah, ke Kelana Jaya (berselisih jalanlah tuuuuuu.....) so apalagi, anak-anak bertuahku terus ajer ke pool sementara menunggu Mak Ngahnya balik..........




gambar-gambar disekitar majlis persandingan anak Kak Lang Uji....

Gambar-gambar ni semuanya dari kamera Pak Cek Jijan.........

pengantin sedang berjalan masuk ke dalam dewan...........

pengapit pengantin lelaki tu adalah adik kepada Faizal Tahir..........



gambar kat bawah ni semuanya ahli keluarga Tok Ucu Abas.......... next kenduri kahwin pada bulan June ni....... lelaki yang pakai baju kotak-kotak tu punya turn pulak lepas niiiiiiii with budak perempuan yang pakai baju purple tu............


anak Kak Bik dengan anak buahnya.........

Isnin, 27 Februari 2012

Jemputan Pengantin

Ini jemputan ke majlis walimatul urus pada hari Ahad (semalam). Majlis ini ialah majlis perkahwinan anak lelaki Kak Lang Uji (sedara aku) di Kelana Jaya. Dia buat majlis ini dekat Kompleks Sukan MPPJ....... sesat kita orang nak mencari tempat ni....... kat dalam SS7 tu ajer ada 3 kompleks sukan......... meraban-raban mencarinya......... so layan ajerlah gambar-gambar yang blurrrr ni yer..........


tok long aku (yang pakai baju hijau yang merupakan nenek kepada pengantin lelaki).... yang tudung putih tu Tok Cu aku........


Tok Ucu Lelaki with anak kak Tik.........



ibu penganti lelaki (tak nampak muka......) and pak cek yang tengah mendukung anak kak yah......


Tok Cu tengah mengagah cicitnya, Safiyya (kalau tak silap aku)..... ni semua ahli keluarga tok cu......... dari anak, cucu dan cicit, semuanya ada (dari Kuantan)........

Kenduri @ Bandar Springhills

Sabtu hari tu, ada jemputan kenduri kat Bandar Springhills. Anak buah aku (anak abang aku yang kat Serting tu) buat majlis doa selamat........ ingatkan dia buat kenduri cukur jambul anak keduanya, rupa-rupanya buat kenduri masuk rumah baru...... dia beli rumah kat Bandar Springhills, Lukut......... dekat dengan tempat kerja dia orang....... anak buah aku tu kerja kat Jimah Power Station manakala wifenya mengajar kat Sekolah Menengah Lukut.....

Menunya hari tu ialah patin masak tempoyak, udang masak lemak cili api, ayam goreng, paceri nenas, gulai tempoyak, rendang ayam dan ikan masin......... marvellous....... best masakannya.... kredit untuk kakak iparku....... dia chef hari tu.........

orang surau dan sedara mara sedang membaca yassin.........


gulai tempoyak dan rendang ayam..........


buah tembikai........


ketupat palas.........


patin masak tempoyak....... puas dapat meratahnya.........


gulai udang........


ayam goreng........


paceri nenas.........


Najwa with sepupunya (anak adik aku)...... dia pun datang walaupun orang rumahnya dalam pantang (keguguran).........


selain adik lelaki aku, kakak aku yang kat Mantin tu pun ada (anak beranak).......... gambar kat bawah tu Abang Long Hafiz with babahnya.........

Jumaat, 24 Februari 2012

Temasya Sukan Dwi Tahunan SRAI Salak Tinggi (Hari Kemuncak)

Ni hari kemuncaknya.... sekolah dia orang buat sukan tahunan pada hari bekerja (Khamis)...... pelek aku, kenapalahhhhh sekolah dia orang buat pada hari bekerja??? so tak ramai parents yang hadir..... aku ambil cuti, sebab puteri aku sibuk suruh aku hadir pada hari temasya sukan sekolahnya........ nak beri semangat pada anak-anak akulah katakan...... lagi pun sekolah dia orang anjurkan sukan ni 2 tahun sekali....... 2 tahun lepas aku tak dapat hadir walaupun dia orang buat pada hari Sabtu, coz masa tu aku kena attend training........ seperti biasa pihak sekolah mengadakan temasya sukan ni kat Stadium Mini Salak Tinggi coz sekolah dia orang tak ada padang........

putraku mewakili rumah kuning.......... banyak juga acara sukan yang dia masuk..... antaranya Sukantara, putraku main Futsal dan Bola Baling...... dapat tempat keempat untuk kedua-dua acara tu....... dapatlah hadiah tupperware......... putraku joint juga acara balapan, tapi tak menang...... sukaneka juga dia joint.....


puteriku pula mewakili rumah biru....... dia main bola jaring untuk Sukantara....... bola jaring dia dapat tempat kedua tauuuu....... acara balapan dia tak joint....... dalam sukaneka dia joint acara susun piramid dan dapat tempat kedua...... dapat tupperware lagiiiiii......... semalam banyaklah aku dapat tupperware....... boleh bukak kedai tupperware........ hehehe........


acara pertama ialah perbarisan rumah-rumah sukan........

rumah kuning.........



rumah biru.........





acara senamrobik.........







acara sukaneka...... lari golek tayar..... dapat tempat ketiga kalau tak silap aku.......

lari dalam guni....... kalah.......



putriku dalam acara menyusun piramid.......... tempat kedua.........







putraku dalam acara terompah gergasi....... menang, tapi tak ingat tempat keberapa.......

acara tarik tali....... menang jugak....... tempat kedua......... tapi ada cerita masa tarik tali ni.... ada ker cikgu tu suruh budak yang terakhir memegang tali tu belitkan tali kat leher....... so bila budak tu jatuh and terseret so tali tu terbelitlah kat leher budak tu....... bengang tul aku tengok masa tu....... setahu aku dia orang mesti ikat tali tu kat pinggang orang yang terakhir.......




beria-ia putraku menarik tali tu, sampai melecet tangannya.........



bersiap sedia untuk acara penutup iaitu perbarisan.........menerima hadiah untuk acara Sukantara, Futsal dan Bola Baling.........




Rumah Biru juara keseluruhan dengan jumlah mata 2063 kalau tak silap aku........ sukalah gegirl aku sebab rumah sukannya menang....... malam sebelum acara kemuncak, gegirl dengan putra aku bergaduh pasal rumah sukan siapa yang akan jadi johan........ yang gegirl aku cakap rumah sukannya menang manakala si abang tak mahu kalah siap cakap rumah kuninglah yang menang.........bila pasukannya dah menang, dia cakap dengan abangnya, kan adik dah cakap, rumah biru pasti juaraaaaaaa.......... Rumah kuning jatuh tempat ketiga....... tempat kedua ialah Rumah Merah manakala Rumah Hijau tempat keempat.......






Najwa with kakak Khaleedanya........