Khamis, 26 Jun 2014

Maeps Serdang

Assalamualaikum,

Dari Nilai 3 kami terus ke Mega Bazaar kat Maeps pula. Kesana jalan-jalan cuci mata. Tak ada beli apa-apa pun sebab tak gaji lagi kan.........

Tercari-cari juga booth Cik Irfa kita, tapi tak jumpa........ tak ada jodoh lah tu kan...............
ni kat pintu masuk.........
kat dalam.......
jumpa booth orang jual kurung corak pelikat ni.....
warna tak bersesuaian pulak........
harga rendah sikitlah dari yang di Nilai 3 tu.........
my putri minat jubah tu tapi tak ada size dia.......
next time lah ya sayang......
nanti beli online ajer sebab dah ambil business card peniaga tu........
hero tak ada yang berkenan di hatinya........
 lagi gambar kat dalam exhibition tu........
 jumpa booth artis ini, enot tapi yang sorang lagi tu akak tak tau lah namanya.........
 my putri cakap yang tudung hijau tu artis juga tapi sorry lah mama tak pasti dan namanya pun mama tak tahu.........
tak lama kat situ sebab yang dicari tak jumpa..........

Selasa, 24 Jun 2014

Jalan-Jalan ke Street Mall Nilai 3

Assalamualaikum,

Actually aku nak pergi ke Pusat Rawatan Islam Khalifah kat Batang Benar Sabtu lepas, tapi bila kita orang sampai depan bangunan pusat rawatan and tengok kedalam punyalah ramai orang and my hero pun tak nak tunggu lama-lama so kita orang pergi ajerlah jalan-jalan kat Street Mall Nilai 3.

Kami ke Pusat Rawatan tu untuk bawa my hero untuk ubat resdungnya. Kiranya kali ini hanyalah untuk susulan berubat, tapi terlampau ramai orang tak adalah kita orang tunggu dan insyaallah kalau tiada aral melintang Sabtu ni kena bawa juga hero kesana.
Ke Street Mall ni sebab nak survey baju kurung dan baju melayu dah siap kat kedai Nur Syuhada. Tapi mak aiiiiiiiiii harganya macam kat OMAR ALI.......
dalam hati aku, lebih baik pergi beli kat Nilai Walk, kat Nilai 3 jugalah tapi peniaganya kebanyakkan Pakistanlah....... dan boleh tawar gila-gila lagi............
kat Street Mall ni tak banyak lagi kedai yang beroperasi, sunyi ajer kalau compare yang kat belah Nilai Walk tu........
adalah juga air terjun buatan kat situ........
antara kedai yang dah beroperasi, terlupa pula nak snap gambar kedai Nur Syuhada tu........
suka pergi ke Nilai Walk tapi berpanaslah, kalau kat sini aircond..........

Isnin, 23 Jun 2014

Serunding Daging

Assalamualaikum,

Serunding Daging untuk di makan di bulan puasa........
mmmmmmmmm belum pun sampai 1 Ramadhan dan nak habis dah........
aku tak jual serunding ni......
ini aku kirim kat one of the lecturer kat faculty aku ni, dia orang Kuala Krai, setiap 2 minggu akan balik ke sana, wife dia masih mengajar kat sana, tak mau pindah ke N9........
kita orang pakat ramai-ramai kirim kat dia........
dulu 1/2 kg RM25, sekarang ni dah naik ke RM26, tapi kira ok lah pricenya........
nampaknya kena kirim lagi kat dia bila dia balik Kuala Krai nanti.......
anak-anak suka makan dengan roti..........

Khamis, 19 Jun 2014

Jom Heboh PD

Assalamualaikum,

Walaupun Jom Heboh ni dah lama berlalu tapi aku tetap juga nak letakkan kat blog sebagai kenang-kenangan.......... Almaklum lah kan, Jom Heboh ni bukannya selalu ada di Negeri Sembilan, yang ini pun tah macam mana boleh ada pula...........
Pergi dah petang, tapi cuaca masih panas juga 
maka aku cakap dengan anak-anak, kita lepak dulu kat dalam Pasaraya berhadapan tapak pesta tu
biar sejuk sikit badan....... hilangkan peluh yang mencurah-curah akibat menapak dari tempat parking yang jauh........
hampir ke pukul 6 petang baru ronda-ronda kat tapak pesta, itu pun setelah anak-anak merungut 
"kata nak gi jom heboh, ni lepak pulak kat pasaraya"
biasalah mama hang, mana boleh berpanas sikit, berpeluh-peluh nanti tambah pula kena angin laut lagi melekit rasa badan..........
kami lalu depan raudhah ni, tapi tak masuk.........
ramai sangat orang........ 
kami masuk Studio 3 ni......
sebab dia ber aircond......
tapi kenalah bayar RM2 seorang
tapiiiii total kami kena bayar hanya RM4 ajer, sebab for my kids dia bagi free......
masuk tengok tayangan Tuan Rumah Pembantu Rumah
dan kebetulan petang tu heronya si Zoey tu ada.........
aku memang mengikuti drama ni tau........
gambar Zoey lagi........
dapat bergambar dengan Abang Zoey........
itu pun setelah dipaksa oleh emaknya........
lepas tu kami singgah kat booth berita
sebab kat situ ada kipas, bolehlah hilangkan kepanasan....... 
kali ni bergambar dengan pembaca berita TV3 pula, kalau tak silap aku namanya Meor (sorrylah tak pasti namanya, sebab jarang tengok berita TV3 ni..........)
kami tak pergi pun kat area situ, panassssssss
lepak sekejap kat tepi pantai sementara menunggu waktu Maghrib.........

Selasa, 17 Jun 2014

Pasar Kemboja @ Banting

Assalamualaikum,

Ini kali kedua kami kesini...... kali pertama, beberapa tahun yang lepas. Sesampai ajer kat situ kebanyakkan gerai dah nak tutup......... kami lewatlah...........

Pasar Kemboja yang kat Banting ni beroperasi hanya pada hari Ahad dari sesudah Suboh hingga lah ke 12 tengahari ajer........ kalau hang sampai dalam pukul 11.30 pagi pun nasiblah, kadang ada lagi gerai yang masih beroperasi, itu pun tak banyak sebab mereka dah berkemas untuk menutup perniagaan mereka....... macam kami kenalah, sampai-sampai ajer depa dah duk simpan barang dalam van........ melepas nak shopping kat situ........ 

Menurut kawan-kawan aku yang selalu kesitu, harganya oklah dengan syarat hang kena beli borong (banyak). Bolehlah kongsi dengan kawan-kawan kalau nak dapat harga murah......... aku nak compare harganya dengan pasaran kat luar tak berani sebab kedua-dua kali aku pergi kesitu dia orang dah sibuk mengemas untuk balik........ tak sempat akakkk nak membeli........... agak-agaknya dia orang (peniaga) ni tak berminat dengan duit aku kot......... selamat duit akak (selamat duit ker atau hampa tak dapat shopping????) Kali kedua ni aku sampai kat situ dalam pukul 10 pagi tau, tapi dia orang dah sibuk nak menutup perniagaan dengan alasan hari nak hujan katanya............... frust akak tauuuuuuuuuu.........
inilah kawasan perniagaan dia orang.
Terletak di dalam kawasan kampung, kalau first time kesitu memang payahlah nak cari, sesat barat di buatnya..........
kalau nak kesitu hang kenalah pergi ke Kanchong Darat, jalan nak menghala ke Morib.........
lebih senang, sebelum rumah orang tua Misbun Sidek, ada traffic light, belok kanan dan ambil lorong pertama belah kiri, jalan terus hinggalah jumpa Pasar Kemboja ni..........
Kalau terlepas traffic light tu hang jalan depan sikit hingga nampak replika bulu tangkis dan racket badminton (itulah rumah arwah Hj. Sidek) tapiiiiiii kena jalan kedepan sikit hingga nampak simpang pertama belah kanan dan masuklah ikut simpang tu...
lepas tu jalan kedepan hingga jumpa lorong pertama belah kiri dan masuk lorong tu hinggalah jumpa Pasar Kemboja ni..........
selamat mencuba jika ada sesiapa yang area Nilai ni nak shopping..........
antara gerai yang masih belum tutup.......
aku kesini sebenarnya nak cari baju kurung untuk Putri aku tapi kebanyakkannya dah tutup.........
yang tidak ada di dalam list, ni lah yang dibeli......
Line 7
harganya RM20.00
dan sehelai tudung bawal untuk my putri............
lepas dari Pasar Kemboja kami terus lepak-lepak kat Pantai Morib pula.............

Isnin, 16 Jun 2014

Makan-Makan @ Pengkalan Balak

Assalamualaikum,

Punyalah malas nak mengepos n3 sekarang ni........ 
Makan-makan @ Pengkalan Balak ni pun cerita dah lama.......
ni my sis yang kat Brunai tu belanja, masa dia balik bercuti hari tu....... kalau tak silap aku awal cuti persekolahan tempohari....... dah buka sekolah semula dan orang yang belanja ni pun dah lama dah balik ke Brunai.........
Masa ni kita orang balik kampung sekejap, tidur semalam kat kampung, balik kemas-kemas rumah kononnyalah.........
disebabkan my sis malas nak masak (jangan marah) yang sebenarnya tak ada barang nak dimasak dan kami malas nak membasuh periuk belanga yang dah berabuk tu so kita orang decide pergi makan seafood kat Pengkalan Balak ajer, lagi pun dah lama tak makan kat kedai biasa tu...........
gerak dari Linggi dalam pukul 8.30 malam, lambat sebab kena tunggu aku dan en.suami sampai dari Nilai dulu............ after office baru gerak balik ke kampung
anak-anak dah kena kidnap oleh mak saudaranya waktu tengahari tu..........
masing-masing dah kebulur waktu ni...........
yang kat atas tu otak-otak ya!!!!
air tembikai........
boleh dimakan dengan nasi putih or nasi lemak.........
en. suami pilih nasi lemak......... yang lain-lain nasi putih ajer..........
 kami makan kat ikan bakar padang kemunting, pengkalan balak........
kedai ni kedalam sikit........
suggest kat my sis untuk makan kat kedai simpang jalan tu, nak try kat situ pula, sebab tengok ramai ajer orang, tapi my BIL nak juga makan kat kedai yang biasa ahli keluarga kita orang berkumpul untuk makan-makan tu...........
mmmmmmmmm dulu sedap juga masakan kat sini, tapi kini hampa........
hanya ikan tiga rasa dan sotong sambalnya ajer yang okkkkkkkkkkkk.......
yang lain-lain hanya 1 bintang ajer yang boleh aku kasi.......... 
yang kat atas tu pepahat sweet sour........ pucat ajer dan kurang di tekak aku...........
 order udang goreng butter, yang datang macam tu ajer rupanya...........
kurang..........
 sambal sotongnya memang terbaik di tekak aku.......... yang ni licin dulu.........
 siakap 3 rasanya pun ok........
licin jugak.........
 pari bakar berempah..........
kering....... 
dulu kalau minta pari bakar berempah, basah-basah dan sedap, sekarang ni mengecewakan...........
tak habis......... membazir...........
 haaaaaaa inilah kedai yang kami pergi tu.........
jauh kedalam........ tapi berdepan dengan pantailah........
 lepas makan, lepak sekejap kat pantai........
ambil angin malam........

Selasa, 10 Jun 2014

klia2

Assalamualaikum,

Ke klia2 lagi tapi kali ini kami pergi bukan untuk melawat klia2 okkkkk, kali ini kena pergi ambil orang yang nak balik ke Malaysia........... untuk menjemput orang ni tak perlu lah parking kat parking lot tu, nanti pengsan nak bayar parkingnya yang mahal tu ....... aku hanya tunggu kat tepi jalan ajer...... mula-mula aku tunggu kat Petronas sebelum jejantas klia2 lepas tu aku kedepan sikit pula, berhenti sekejap kat jejantas tu....... bukan aku sorang ajer yang berhenti kat situ ya....... banyak kereta yang beratur menunggu orang turun dari flight......... berderet kat tepi jalan tu...... nampak pak polisi kita startlah enjin, gerak kedepan sikit........ kira nya main kejar-kejar ngan pak polisi........ hehehe......... jangan marah............
bila dah terima panggilan dari orang yang ditunggu tu barulah gerak dan berhenti betul-betul kat gate yang dia keluar........... ambil dan terus hantar dia ke rumahnya........... selamat duit parking...........
orang yang dijemputni pun dah selamat balik ke Brunai tempat beliau mencari rezeki...........

Isnin, 9 Jun 2014

My kids

Assalamualaikum,

Tak ada cerita, so hanya postkanlah gambar dia orang berdua....... Kesayangan ku.........

Ke Bandar Sri Sendayan

Assalamualaikum,

Cerita dah lama, kalau tak silap aku, we all ke Bandar Sri Sendayan pada hari perlawanan Piala Thomas tempohari. Yang sebenarnya aku nak balik ke kampung, sebab dapat berita dari my BIL yang rumah Linggi tu kena pecah lagi..... sajer ajer aku call adik-adik aku, nak tanya dia orang kat mana dan kebetulan pula masa aku call tu dia orang ada kat Linggi, gi tengok rumahlah....... dan dia orang cakap dia orang dah nak bertolak balik dan suruh kami sekeluarga tunggu dia kat rumah baru dia kat Bandar Sri Sendayan......... Aku nak terus balik ke Linggi tak boleh sebab aku tak ada kunci rumah Linggi tu, kalau aku balik kang hanya dapat tinjau dari luar pagar ajerlah........... so separuh jalan ajerlah kami........

First time ke Bandar Sri Sendayan. Sesat barat nak cari rumah my sis........... at last jumpa juga.........
belum ada yang duduk lagi kat area ini........
adik aku cakap nanti kena gotong royong bersihkan rumah ini.........
lepas renovation baru kena bersihkan..........
kawasan belakang rumahnya.......
luas.........
 ke atas........
 ini kat belah atas........
 masih kat atas lagi.......
beranda one of the bedroom, mengadap ruang tamu kat bawah.......
dengarnya dia nak tutup ruang ni, nak simen semuanya.

Rabu, 4 Jun 2014

New Look

Assalamualaikum,

Oleh kerana omaknya rimas nengok rambutnya yang panjang tu dan dia pula tak mahu mengikatnya, so apalagilah maka aku bawa ajer dia ke kedai walaupun dia berkeras tak mahu dipotong rambutnya tu........
sebelum di potong.....
tengah potong......

sesudah di potong.......
nampak ketembamannya........

Isnin, 2 Jun 2014

Semasa Pertandingan Piala Thomas Tempohari

Assalamualaikum,

Waduh, Waduh, seminggu lebih aku tak berblog. Akak is busy...... busy dengan registration....... hari ini baru dapat bernafas....... Banyak yang nak diceritakan tapi kena slowly lah ya!!!

Ok, mula-mula kita cerita pasal pertandingan Piala Thomas tempohari, walaupun cerita ini dah basi tapi aku nak letakkan jugak kat blog aku....... sebab ada cerita disebaliknya, cerita my hero masa tengok perlawanan akhir tu........

Kami menyaksikan perlawanan akhir tu kat Mydin Mall Seremban, sebabnya pada belah pagi hingga ke petang kami kat rumah baru my sis di Bandar Sri Sendayan (cerita kat rumah baru tu akan menyusul nanti). Lepas dari Bandar Sri Sendayan kami terus ke hospital Seremban pergi ziarah sepupu en. suami yang sakit sebaik pulang dari menunaikan umrah....... Ke Mydin Mall tu pun sebab anak dara aku nak cari hadiah untuk hari guru sekolahnya yang diadakan pada 26.5.2014.
ini kat food court Mydin Mall....... ramai juga yang menonton kat situ.........
aksi penonton..........
ini masa saat-saat genting, single akhir tengah beraksi........
staff Mydin pun menonton sama........
 my gegirl yang dah kekenyangan..........
 my hero yang boleh demam dan muntah menyaksikan perlawanan akhir ini....... 
terlampau berdebar dia.......
next time tak boleh kasi dia tengok perlawanan akhir, takut terjadi apa-apa pada dia......
nasib baiklah omaknya ada pada masa tu, dan terus aku sumbatkan ubat dan nasib baik ada juga ubat demam kat dalam handbag..........