Rabu, 28 November 2012

Makan, makan and makan

 Assalamualaikum,

Kita stop dulu cerita ceriti tentang cuti-cuti Malaysia ke Langkawi yaaa..... Tuan tanah tengah deman since dari semalam..... disebabkan tuan tanah kena demam so maka dapur tuan tanah tak berasaplah semalam..... maka en. suami bawalah anak-anak dan akulah sekali makan-makan kat luar..... tekak aku nak tomyam, manakala tekak anak-anak nak kan Lasagna so en. suami pun ikutlah kehendak anak-anaknya..... ke Pizza Hutlah kami malam semalam.
 
 Dah lama aku tak ke Pizza Hut Nilai ni, cantik dah dalamnya...... baru renovation agaknya......
 Tuan tanah yang tengah demam.... tengah kesejukkan tu........
 malam semalam soupnya Chicken Cream Soup.....
penoh mulut anak dara aku.......


Inilah Seafood Lasagna yang anak dara aku nak tu....... en. suami cakap, sedap lagi Lasagna kat LSG..... anak dara aku cakap kat ayahnya, yang kat LSG tu untuk first class flight punyalah ayah, dah tentunya sedapppp........
tengah sedap menikmati Lasagna dia orang....... licin sehingga menjilat sudu.......

Isnin, 26 November 2012

Langkawi: Day 2

Assalamualaikum

Kami bertolak dari Kelisa Homestay, Alor Star dalam pukul 7 pagi. Breakfast di tepi jalan ajer. Tak tau pula aku nama tempatnya, Jalan Alor Star Kangarlah.
 Rombongan Cik Kiah bergambar di hadapan Kelisa Homestay, Alor Star.

Sampai di Jeti Kuala Perlis tengok orang dah ramai beratur untuk membeli tiket feri, beratur sampai keluar. Alhamdulillah, dapat tiket pukul 12 tengahari, itu pun setelah menghubungi kenalan masing-masing yang berada di Kuala Perlis dan Langkawi. Kami parking kereta kat rumah kakak abang ipar aku di Kangar, kat kampung abang ipar aku....
 
 bergambar sambil menunggu tiket feri.......
 Terminal Feri Kuala Perlis......  

Naik feri dapat tempat duduk di tingkat bawah, tak ada tingkap so rasa lemas pulak........ apa lagi lelapkan matalah.........
 ini barisan tempat duduk kami..... bermula dari tempat duduk blogger Yati hinggalah ke hujung tu.........
 anak-anak yang happy bangat.......
Sampai Langkawi dalam pukul 2 petang. Bas yang kami sewa tu tak ada pula.... di ganti dengan 2 buah van (mana muat untuk naik 24 orang).... Dia cakap kami dah lewat sampai......  Nasib baiklah TNB ada bagi 1 biji Pajero, so total kenderaan yang kami gunakan pada hari pertama tu ialah 3 biji.... Dari Jeti Kuah kami terus gi check in kat Bungalow TNB kat Pantai Chenang. Lepas turunkan beg-beg kami terus pergi lunch kat area Pantai Chenang.
 
 sampai dah ke Langkawi...... Selamat datang ke Langkawi.......
 Makan tengahari kat kedai ni...... area Pantai Chenang....... Masa makan tengahari kat sini kami terpisah dengan group kami yang menaiki Pajero TNB, dia orang terus gi makan kat Pekan Kuah....

Lepas lunch kami terus ke Pekan Kuah..... Shopping time....... kami diturunkan betul-betul di hadapan Hj. Ismail Group....... Aku shopping chocolate ajer...... Puas hati anak dara aku dapat memborong chocolate Daimnya...... Yang hero pula sibuk ajak gi ke Al-Ikhsan, apalagi lah dia sibuk membeli bola dengan glovenya.... Omak tak ada beli apa-apa, semuanya untuk anak-anak ajer. Blogger Yati banyak juga memborong barangan kaca.......
 on the way ke Al-Ikhsan, yang kat hujung jalan sana tu..... meredah hujan kami......
 Haji Ismail Group kat belakang tu......
memborong chocolate kat dalam kedai ni..... lupalah aku nama kedainya.....

Jumaat, 23 November 2012

Langkawi: Day 1

Huhhh lamanya aku tak bersiaran.... kembali bersiaran setelah bercuti, cuti -cuti Malaysia selama seminggu dan cuti melayan kerenah auditor kat seminggu jugak.... baru hari ni freeeeeeeee...... Cuti-cuti Malaysia aku kali ni ke Langkawi dan Utara Semenanjung..... Rombongan Cik Kiah ya!!! Seramai 8 keluarga yang pergi bercuti ni (families member only). Aku hanya 3 beranak aja tu pun menumpang kereta my sis yang kat Angsana Hilir tu... En. Suami tak approved cutinya...... seawal 6.45 pagi hari Sabtu 10.11.12 En. Suami menghantar kami ke Pandan.
bergambar kat dalam my sis car
First stop kami yang pertama ialah Hentian Jejantas Sungai Buluh, sarapan pagi dulu sambil menunggu rombongan Cik Kiah yang bertolak dari Mantin dan Seremban. Kami berkonvoi dengan menaiki lima kereta. My sis dari Mantin tu lambat sampai so kami teruskan perjalanan ke hentian yang kedua di Sg. Perak. (Tak ada snap gambar di Hentian Sg. Perak)
Selepas berkumpul semuanya di Hentian Sg. Perak kami meneruskan perjalanan ke Utara Semenanjung.
Banyak juga kenderaan di highway, keluar saja dari Terowong Menora dah jammed.
Kami singgah makan tengahari di Nibong Tebal. Kami makan di Kari Corner Nibong Tebal. Boleh tahan juga masakannya.

Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Alor Star dan bermalam di Kelisa Homestay Alor Star. Itinerary kami  kat Alor Star semuanya tak dapat ditunaikan. Dah lewat sampai ke Alor Star.

Rabu, 7 November 2012

Malang tak berbau

tak ada gambar ya!! First, terperanjat yang amat bangat..... terbang semangat aku.... terus demam aku..... nak ambil gambar motor tu pun lupa.... dah sampai office baru teringat kenapalah aku tak ambil gambar motor tu kok keling tu kelentong nanti parah aku...... motornya hanya nombor plat ajer yang patah macam jugak kereta aku, hanya nombor plat ajer yang patah...... Kejadian ni terjadi masa kat round about Inti tu....... kat situ memang selalu berlaku kemalangan..... yang aku pasti masa aku berhenti kat round about tu kat depan aku sebiji habuk kenderaan pun tak ada, tiba-tiba bila aku nak gerak ada pulak mangkuk hayun tu...... geram betul aku........

Ingatkan tak nak bagi tahu en. suami pasal kemalangan ni, tiba-tiba sebentar tadi en. suami talipon aku dan tanya kenapa dengan kereta...... haiiiii ada ajer kawannya yang nampak......... bising en. suami........

Selasa, 6 November 2012

My Hero pergi Dinner

Ini cerita sebelum Raya Haji. Hero aku pergi dinner anjuran sekolahnya di Dewan Sekolah SRAI Salak Tinggi..... aku tak pergi.... kan pada sebelah siangnya aku pergi berurut sebab tangan aku sakit tak boleh nak angkat.... dalam sakit-sakit tangan tu kena juga pergi menghantar hero aku ke sekolah coz en. suami balik lewat masa tu.......
hanya dapat snap gambar-gambar yang kat atas tu ajer..... gambar dia tengah makan dan dapat lucky draw tak ada coz aku tak tinggalkan kamera kat dia...... takut hilang.......

Dari Laman Web MOE



KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012



Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Khamis, 1 November 2012

Lunch aku hari ni

Hari ni aku lunch kat luar... selalunya kat kantin campus ajer. hari ni ada orang ajak naik kereta barunya..... baru seminggu keluar.... so hari ni kita orang gi makan tengahari kat Jalan Salak...... bukan kat RN Teguh ya..... depan sikit dari RN Teguh, berhadapan dengan Taman Salak Permai....... ala kedai yang ada jual coconut shake tu....... Macam-macam lauk ada, lupa pulak nak snap gambar..
 nilah kereta baru lecturer tu.........
 aku ambil lauk gulai ikan patin and ulam-ulaman beserta sambal belacan... Pn. Yan kita ambil ikan bakar dan sayur-sayuran.......
 inilah owner kereta tu..... terima kasih kerana sudi bagi aku naik kereta baru hang dan sudi menaja makan tengahari aku......terimakasih daun keladi kalau ada masa lagi kita pergi makan kat kedai tu ya...... sedaplah lauk-lauk kat situ dan cicah ikan bakarnya pun sedappppp
sebelum balik ke office aku tapau dulu coconut shake.......

Makan-Makan @ KFC Bandar Baru Salak Tinggi

Kembali bersiaran setelah bercuti bersiaran selama beberapa hari. Cuti sebab kebizian yang melanda, menyiapkan documents for FLC end of this week. baru dapat bernafas balik hari ni..... hehehe...... Sabtu hingga Isnin ni akan berkampung di Nilai Spring Resort Hotel pulak........

Ini cerita sebelum Aidil Adha..... masa aku cuti sebab tangan sakit.... disebabkan tangan omak dah sakit, nak masak pun tak boleh, so tengahari Jumaat tu bawa anak-anak tercinta makan kat KFC ajer........ balik dari sekolah terus ke KFC Salak Tinggi. Aku suka ke KFC Salak Tinggi sebab tak ramai orang...... cepat dapat makanan and tak perlu nak beratur panjang......