Khamis, 20 Disember 2018

Detik-Detik Terakhir di FHSS

Assalamualaikum,

Sekarang ni tengah menghitung hari untuk berpindah ke fakulti yang baru......

After 14 years berkhidmat di Fakulty Humanities and Social Sciences dan 20 tahun di uni ini dari kolej ke international kolej, ke uni kolej hingga lah ke uni sepenuhnya akhirnya ahkak dipindahkan ke fakulti yang baru pada 2 January 2019 ni.........  huhuhuuuuuuuuuuuuu Actually tak lah fakulti baru sebab before ni pun pernah berkhidmat di faculty ini before pindah ke humanities...... ini kira sirih pulan ke ganggang lah ni........
Bye bye............
Banyak kenangan terindah di sini
lecturer-lecturer yang baik........
dari 30 orang staff keseluruhannya (lecturer, deans, heads and admin) now tinggal 8 orang sahaja.......
yang selebihnya tak disambung kontrak, di offer berhenti dengan 3 bulan gaji dan ada yang berhenti sukarela. Most of them lecturers.............. dan most of them rezeki dia orang kat Xiamen University. Lagi bagus offer yang dia orang dapat dari sini........... kat sini pun dah 4 tahun tak ada increment and bonus.............
ahkak?????? tunggu masa tapi buat masa ni dia transfer ahkak dulu............... I already accepted and akan bertahan sehingga ketitisan terakhir (hingga tutup uni. ni)............
ini salah seorang lecturer dari faculty humanities yang masih tinggal....... 
baru dapat Dr........
dari tak ada dr sampai ada dr bersama dia............
bye bye dr azean............

Jumaat, 30 November 2018

Sekadar Untuk Simpanan Ku

Assalamualaikum,

Bukan nak menunjuk-nunjuk dan jauh sekali nak bermegah-megah. Memang sebelum-sebelum ini aku tak pernah nak post n3 pasal result anak-anak ku, dan aku pernah berjanji pada diri sendiri walau macam mana bagus sekali result anak-anak aku, aku tak akan upload kat media sosial.

Aku terpaksa langgar janji-janji ku sebab blog aku ini adalh merupakan diary aku yang boleh aku tengok berulang-ulang kali dan juga boleh dilihat oleh anak-anak aku suatu hari nanti..... Aku tiada diary lain selain dari blog ini. Harap jangan ada yang kecam aku.............

Anak-anak aku biasa-biasa sahaja resultnya. Aku redha dengan apa keputusan yang dia orang capai dan aku sebagai mamanya sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Syukur Alhamdulillah di atas result yang my hero dapat baru-baru ini. Result ini adalah dari  exam akhir semester 1 dia sehingga berjaya mendapat anugerah Pengarah.

Harap abang dapat kekalkan keputusan cemerlang ini sehingga final semester. Kalau boleh sentiasa dapatkan anugerah Pengarah.

Buat anak-anak mama, terima kasih kerana berjaya membuktikan yang kalian juga boleh berjaya..........

Ingat kecermelangan itu tak semestinya dari UPSR, PMR mahupun SPM. Pedulikan apa yang orang kata masa UPSR, PMR dan SPM................

Terus kekalkan kejayaan hingga ke akhir semester.



Selasa, 18 September 2018

Majlis Tahlil Untuk Sahabat-Sahabat KGV '85 Yang Telah Pergi Tak Kembali Dan Bacaan Yaasin Untuk Anak-Anak KGV '85 Yang Bakal Menghadapi Peperiksaan Pada Tahun 2018

Assalamualaikum,

Haaaaaa panjang sungguh tajuknya. 
After berunion di sebelah siangnya, maka sebelah malam sebelum makan malam telah diadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin selepas solat Maghrib. Usai Tahlil dan bacaan Yaasin kami semua solat Isyak berjemaah.
solat Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Zamri.
Zamri ni orang Linggi, orang kampung ahkak dan merupakan bekas anak murid arwah emak masa di sekolah rendah.........
Majlis bacaan Yaasin dah Tahlil also di pimpin oleh Zamri
Masa bacaan Yaasin dan Tahlil ini, anak-anak dan suami joint sekali












Selesai solat Isyak kami semua gerak ke dewan makan.

Rabu, 12 September 2018

Reunion KGV Class of '85

Assalamualaikum,

Sabtu lepas, 8.9.2018 ada reunion KGV Class of '85 kat Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan di Pasir Panjang, Port Dickson.

Ada 2 sesi, sesi siang dan malam. Sesi siang ni hanya KGV class of '85 sahaja dan sesi malam for all family KGV Class of '85.

Ahkak sampai agak lewat sikit dan ingat ahkak, ahkak lah yang paling lewat register, rupanya ada lagi yang lambat dari ahkak so tak adalah rasa tak menepati masa......... hahahahaaaa boleh gitu.........
masa daftar akan dapat bag (goodies bag) kat dalamnya ada Tshirt, kerepek, kuih bahulu dan fridge magnet beserta kad
yang kat atas tu bukan ahkak yang punya, ahkak punya no. 012
gambar: kredit to Zarina Ayna 
ahkak tak teringat nak snap photo
kek 50 tahun di sumbangkan/dibuat oleh En. Zamroni.......
dah warga emas dah kami...........

ada cabutan bertuah
tapi ahkak dari belah siang sampai ke malam, tak bertuah pun
tak ada rezeki...........



antara yang hadir






makan tengahari
solat zohor dan berkumpul balik dalam pukul 3 petang
sambil makan sambil berborak
dalam pukul 3.30 petang Mantan Pengetua KGV sampai
Mantan Pengetua KGV, En. Md. Zain Rais
Pengetua paling garang
 selalu merotan budak-budak yang buat salah lah.........
kalau masuk kelas untuk sivik tu selalu menengking ajer......
bila time dia nak masuk kelas
 kelas jadi sunyi sepi
 macam tak ada orang dalam kelas
memang baik semuanya.........
ini sekeping lagi gambar dia......
bergambar bersama Mantan Pengetua
Upacara memotong kek 50 tahun umur kami.......

Gambar mengikut kelas masing-masing masa tahun '85 dulu..........
5 Science 1
5 Science 2
5 Science 3
5 Arts 1
5 Arts 2
5 Arts 3
Ladies KGV Class of '85 bergambar bersama Mantan Pengetua
antara ladies KGV Class of '85 yang hadir
ladies
antara lelaki yang hadir


 sementara menunggu untuk bergambar beramai-ramai sempat welfie dulu..........
 lasttttttttt gambar tuan tanah lah.............