Jumaat, 29 Mac 2013

Sarapan aku pagi ni

Assalamualaikum

Pagi ni teringin pula nak bersarapan dengan laksam... so after punch in pagi tadi terus keluar ke Bandar Baru Nilai, area pejabat TNB untuk mencari laksam..... Dulu restaurant ni kat area KFC Bandar Baru Nilai, la ni dah berpindah kat area dengan TNB. Aku memang suka laksamnya..... sedappp lah ditekak aku......

Selasa, 26 Mac 2013

Hanya Mc D ajer

Assalamualaikum,

Hanya bawa my hero makan-makan kat Mc D sempena birthdaynya tempohari. Hanya aku dan gegirl ajer meraikan birthdaynya........ Nak belikan kek dia tak mau..... dia memang kurang dengan kek....... burger Mc D sampai dua biji dia lantak.........

Isnin, 25 Mac 2013

Memancing lagi

Assalamualaikum,

Haaaaaa ni kali kedua my hero pergi memancing tanpa ditemani oleh ayahnya..... Kali ni memancing kat lombong belakang taman perumahan tempat tinggal kami.... ini kali pertama dia pergi memancing kat lombong tu, so aku follow lah...... nak memastikan keselamatannya....... tempat ni memang ramai kaki pancing yang memancing..... tapi seekor ikan pun dia tak dapat naikkannya....... penat ajer omak kau duk menunggu bannnnnnggggg............


 aku tak bagi dia turun ke tebing tu, seperti kawan-kawannya tu..... aku suruh dia pancing dari atas ajer.......
 dari atas pembetung tu ajer aku benarkan...... kawan-kawannya yang turun hingga ke kaki tebing tu pun tak dapat seekor pun ikan........ berpanas jer kau orang ni....... kulit pun dah hitam dah.......
si adik pun nak mencuba nasib......... hahaha tak ada rezeki juga....... tak apalah anak-anak mama, nanti kita cuba kat sungai Linggi pula Jumaat ni ya......... harap-harap tak dimakan oleh buaya umpan kau orang ya......

Jumaat, 22 Mac 2013

Happy birthday my beloved son

Assalamualaikum,

Hari ini genaplah usia anak bujang aku yang ke 13 tahun. Alhamdulillah....
Mama minta Adli boleh jadi anak yang baik, beriman, bijak dan sentiasa ceria. Moga dikurniakan kesihatan terbaik dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. amin.

Khamis, 21 Mac 2013

Ole-ole dari Brunai

Assalamualaikum,

Ole-Ole dari Brunai ni dah lama sampai kat Nilai since my BIL balik dari Brunai Februari lepas. Baru ajer dapat Jumaat minggu lepas, itupun sebab aku kena gi hantar my BIL ke LCCT nak ke Brunai balik...... dalam beg plastik tu adalah nutella botol besar, toblerone and pepero. Pepero tu sedaplah....... ada satu beg lagi kat rumah aku, tapi yang itu untuk adik aku yang kat Kajang tu..... Aku dah called dia suruh datang ambil sampai la ni tak datang-datang lagi. Dengar lesen memandu dah dapat, tak kan tak berani nak memandu........ Kalau lambat nanti takut pepero tu habis, tak anak aku, aku yang duk perabihkan pepero tu kang........

Rabu, 20 Mac 2013

Nasi Ayam Berempah @ Kg. Jijan

Assalamualaikum,

Ni makan-makan during lunch hour minggu lepas, hari apa aku tak ingatlah pulak....... Lepas ambil sibam-bam aku dari sekolah (officemate aku panggil sigegirl aku ni bam-bam, sebab dia ni sekarang makin tembam dah, lagi berjauhan dengan ayahnya lagi tembam pulak aku nengoknya) terus gi makan nasi ayam berempah kat Kg. Jijan ni, ni pun aku tau kedai ni dari blog Remy (Aku cuma seorang kulikutif). Thank Remy kerana memperkenalkan tempat baru untuk gi lunch kat area Nilai ni....... Sedap masakannya..... My friend pun cakap sedap.....

Kedai Nasi Ayam Berempah ni terletak di belakang kedai pink yang terkenal dengan masakan asam pedasnya tu...... kat kedai ayam berempah ni pun taklah ramai orang seperti kedai pink tu, senang nak dapat tempat duduk.......

 inilah rupanya nasi ayam berempah tu...
 aku gi makan ngan one of the lecturer in our school.......
 my bam-bam yang masih berpakaian sekolah....... ambil dia dari sekolah terus gi bawa makan kat sini....
lai chi kang aku........

Selasa, 19 Mac 2013

Makan-makan @ Kyros Kebab

Assalamualaikum,

Kalau kami ke Bangi Utama, dah pastinya akan singgah kat kiosk ni..... Kyros Kebab, sebab my gegirl cukup sukakan kebab kambing...... makan-makan ni pun sebelum en. suami berangkat tinggalkan kami bertiga..... huhuhu sedihnya........
 gegirl dengan kebab kambingnya......
 si abang dengan kebab ayamnya......
kenapalah snap tangan en. suami ajer...... tengok tangannya ajerlah......

Isnin, 18 Mac 2013

Ke tempat kaki pancing

Assalamualaikum,

ohhhhhhhhhh lama sungguh aku tak mengupdate blog...... nak BW pun tak ada mood...... mood berblog dah terbang melayang-layang ke selatan tanah air menyeberangi selat tebrau bersama yang tersayang......  ni baru ada semangat balik nak berblog memandangkan banyak cerita yang tak publish lagi......

Oklah mari kita terus kan bercerita. Ni berlaku sebelum en. suami berangkat ke selatan tanah air. Sempat  lagi bawa anak bujangnya ke Jeti Wak Sempuh, Bagan Lalang. Anak bujang kami tu sekarang ni dah asyik dengan memancing, pantang nampak kolam ikan ajer mesti nak pergi.  tapi kat Jeti ni kalau nak memancing kena pergi ke tengah laut kalau tak silap akulah..... kena sewa bot..... kawan-kawan LSG en. suami memang selalu ke tengah laut melalui jeti ni.......


Rabu, 6 Mac 2013

Biarlah gambar ajer yang bercerita

Assalamualaikum,

tak mampu nak bercerita..... biarlah gambar ajer yang menceritakan........


Selasa, 5 Mac 2013

Majalah pancinglah pulak

Assalamualaikum,

Since anak bujang aku dah ada jorang and dah syok memancing and now new koleksinya pula ialah majalah pancing...... lupa dah dia punya koleksi hot wheel........ pantang nampak majalah or buku or news paper yang berkaitan dengan memancing pasti akan suruh dibelinya........ and also pantang nampak kolam memancing pasti disuruh ayahnya singgah.........

Jumaat, 1 Mac 2013

"Welcome Back" Party for Ms. Aina

Assalamualaikum,

Tengah hari tadi ada jamuan sikit kat office. "Welcome Back" Party for our English lecturer Ms. Aina yang telah bercuti untuk 2 semester. Dia bercuti kerana menjaga arwah bondanya yang mengidap kanser. Masuk balik bekerja pada hujung Februari hari tu setelah kembali kerahmatullah bondanya.......
kek dari secret recipe
 orang yang diraikan...... our English Lecturer, Ms. Aina
 
 keropok lekor
 ayam goreng berempah
 Nasi briani
 mee hoon goreng
 dalca.....
 kek from King Confectionery........
 my self yang di apit oleh English Lecturer.....
 lagi our english lecturer.......
 ni hero kat our school....... english lecturer jugak......
 me with the lecturer.....
 masing-masing sedang khusyuk menikmati juadah.....
 lecturer in our school/department..... ni english lecturer ajer...... mata pelajaran wajib (bahasa melayu) punya lecturer tah mana hilangnya.........
 my gegirl pun joint sekali..... balik dari sekolah terus bawa ke office.......