Memaparkan catatan dengan label kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenduri. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Januari 2026

Kenduri Tahlil Dan Doa Selamat

Assalamualaikum,

27 December kami buat kenduri Tahlil dan Doa Selamat. Kami buat kenduri kat kampung...
Akak balik hari Jumaat selepas kerja... adik-adik yang lain semua dah ada masa cuti krismas.
Kenduri kami cater ajer... catering dari Seremban...
Tapi Jumaat siang tu adik ada masak juga... dia masak gulai tempoyak dan ikan goreng...
Ada juga bubur kacang hijau campur durian....

Bubur kacang hijau campur durian 

Gulai tempoyak

Sampai-sampai jer terus makan nasi gulai tempoyak sama ikan goreng 
Kekenyangan
Malam tu dia orang buat oden/steamboat
Kita tengok jer, sebab dah full

Antara bahan oden/steamboat



Kita ambil gambar dari Najwa punya jer
Rasa rugi pula tak makan oden ni...
Bila nak buat lagi.....
Hari tu tak makan sebab full makan nasi dengan gulai tempoyak....
 




Gambar makanan satu pun tak ada
Hujan masa tu


Najwa snap gambar sepupunya sedang tido 
Kita edit kan gambar 



Jumaat, 15 Ogos 2025

Kenduri Pada 26 Julai 2025

 Assalamualaikum,

Simpan sini buat kenangan....

Majlis menyambut menantu Kak Ngah di Hype Hotel Nilai...

Pengantinnya

Keluarga pengantin perempuan dari Machang, Kelantan






Waghih Linggi

Bersama dengan sedara kami

Anak dan cucu arwah Tok Long

Anak-anak Pak Cik kami dengan anak-anak mereka

Kami anak beranak

Sepupu kami, anak-anak Mak Su dan BIL

Kami lagi...

Alhamdulillah selesai sudah majlis di N9....








Selasa, 20 Mei 2025

Day 4: Bye Bye Machang, Kelantan

 Assalamualaikum,

Hari Keempat, kami dah siap-siap nak gerak balik ke Negeri Sembilan....
4 families  ikut jalan Gua Musang
2 families ikut jalan Kuala Trengganu.... dia orang nak singgah Terengganu.....

Tapi sebelum berpecah kami sarapan dulu di Pekan Machang.

sebelum gerak
acara wajib
bergambar dulu
sepanjang 4 hari 3 malam kami menginap di Sri Kemuning Homestay Machang
kita ambil 3 homestay....

Pekan Machang di waktu pagi.......


kami bersarapan di Pekan Machang
gerai sebelah Masjid
makanannya sedap-sedap dan murah....

selepas sarapan kami terus gerak
dan pit stop kami yang pertama ialah di  rnr Gua Musang........

Lepas Gua Musang, yang lain-lain  singgah di Lemang To'ki kat Bentong
ahkak tak joint singgah sebab anak-anak nak singgah kat Genting Sempah
Bila sampai Genting Sempah, full parking so we terus kan perjalanan sehingga hentian Gombak
Sampai rumah around 6 pm, sebab jammed kat Lekas.......

Habis dah cerita Kelantan kami.....
tapi Jumaat lepas, Adli ajak ke Kelantan lagi
tak puas katanya....
tunggu dulu lah sayang.......
penat jalan jauh-jauh ni.......

Khamis, 15 Mei 2025

Day 3: Majlis Persandingan Farhan Dan Pasangannya

 Assalammualaikum,

Kita sambung balik cerita di Kelantan

Selepas majlis nikah dan makan-makan kami balik ke homestay dulu.....
boleh lah dapat selayang lelapkan mata......
sebab majlis sandingnya pukul 2 petang

anak bujang ku....
pagi jadi cameraman
petang jadi pengapit pula.....
nasib dapat kurta kat Pekan Machang.... sebab baju pagi dah lencun....




dah tak ikut tema
sebab lilac tu dah pakai waktu nikah.....
ingat boleh terus ke majlis bersanding...
nasib ada bawa baju extra........


shawl Najwa tu pun beli kat Pekan Machang selepas majlis nikah.....



malam, pengantin datang ke homestay
hantar makanan.....

esoknya iaitu hari Ahad, pagi-pagi kami dah nak gerak balik ke sarang masing-masing......
entah bila lah akan datang ke Kelantan lagi......
kalau sajer-sajer jer nak datang tu lambat lah lagi......
jauh kan perjalanan nak ke Kelantan
sakit bontot duduk lama-lama dalam kereta........

Khamis, 8 Mei 2025

Day 3: Majlis Nikah Farhan dan Pasangannya

 Assalamualaikum,

Sambung balik cerita kami di Kelantan.
Sabtu pagi dalam pukul 10 adalah majlis nikah Farhan.

pengantin sedang bersiap

pengantin dengan Tok Yiknya

sementara menunggu pengantin siap
kita bergambar dulu......
kami 5 beradik perempuan


candid photo....
tengah membetulkan tudung






tema Lilac 
dari Negeri Sembilan
sepatutnya pakai sampai sanding
tapi disebabkan dah lencun, dan sandingnya pukul 2 petang maka
masa sanding tema cacarmarba dah......
panas nya lain macam kat Kelantan....
duduk dekat kipas pun meleleh-leleh peluh

sekeping lagi gambar sebelum gerak ke rumah pengantin perempuan kat Pekan Machang
pagi lagi sinar matahari dah memancar.........

hantaran dari pihak lelaki


menunggu jemputan dari tuan rumah
panasssssssss



dah gerak masukkk....






kami....
dari Negeri Sembilan

time ni lah batuk kita menjadi-jadi pula.........
malu di buatnya.......



Alhamdulillah...
selesai majlis nikahnya...

bergambar dengan pengantin
seperti biasa......
Najwa tak mahu bergambar.......


Mak-Mak sedara, adik pengantin, Nenek Cik dan Sepupu-sepupu pengantin except Najwa jer yang tak ada dalam gambar


Nenek Cik, Mak-Mak Sedara dan adik pengantin

jurugambar bidan terjun
lencun baju.......

Lepas sarapan yang disediakan oleh keluarga pengantin kami balik ke homestay dulu
Majlis bersandingnya pukul 2 petang
tapi ahkak ke Pekan Machang dulu mencari baju untuk si hero
dia tak bawa extra untuk majlis kenduri ini......
nasib kurta murah kat Kelantan.......
beli hitam juga......