Khamis, 26 September 2013

Buah Mangga

Assalamualaikum,

Aku ada tanam sebatang (sebatang ajer tau) pokok mangga and alhamdullillah sekarang ni berbuah dengan lebatnya.... yang aku tanam ni jenis mangga kampung tau bukannya mangga siam tu, ni comel-comel ajer buahnya and manis sangat...... benih mangga ni dulu pemberian sorang nyonya kat office aku..... 

Oleh kerana sekarang ni tengah berbuah lebat maka kami bersedekahlah kat jiran tetangga..... so boleh dikatakan merasalah jiran-jiran terdekat aku ni......
ni lah rupanya pokok dan buah mangga tu.... yang ni buahnya kat dalam pagar akulah.... yang kat luar pagar dah habis diambil, dah masaklah...... dan dah diberi kepada jiran tetangga........
tu dah ada yang kuning-kuning dah...... disebabkan ianya di dalam pagar so kita biar sampai dia masak betul baru petik.........
yang ni buahnya masuk kat dalam pagar jiran sebelah..... en. suami dah suruh budak sebelah tu ambil, tak diambil-ambilnya........ aku geram ajer tengok buah yang dah masak tu........ 
actually budak sebelah ni  som.... sikit, tak campur orang...... hari tu bola anak aku masuk ke dalam pagar rumahnya dibuangnya terus kedalam tong sampahnya.......... macam mana tu????
yang ni bukan hasil dari pokok aku...... yang ini pemberian mak cik aku yang kat Paroi Jaya tu....... kiriman melalui menantunya pagi tadi......... terima kasih Mak Cik.......

Breakfast pagi ni

Assalamualaikum,

Ini ajer yang aku buat subuh tadi untuk anak-anak dan en. suami........ anak-anak request sorang 2 ketul, satu makan kat rumah and satu lagi makan waktu rehat kat sekolah nanti.......
oklah sayang...... siap dah untuk sorang 2 ketul..... mama ngan ayah sorang seketul ajer.......

Rabu, 25 September 2013

Sarapan Kami pagi ni

Assalamualaikum,

Sarapan kami pagi ni...... kuey teow goreng.... requested by Najwa....... gigih aku tau bangun seawal 5 pagi untuk buat sarapan dia orang...... bukan hari ni ajer ya!!! hari-hari aku buat sarapan sekarang.... berjimatttttt..... kos sara hidup dah tinggi....... kalau beli adalah sejemput ajer, so lebih baik aku masakkan untuk dia orang...... walaupun dia orang bawa bekal ke sekolah tapi duit belanja tetap bagi, tapi bila petang aku akan tanya dia orang, "hari ni tinggal berapa ringgit?" "dah simpan dalam tabung belum duit tu?" yang selalu menyimpan adalah my gegirl, my hero tengok moodnya - ada saja yang si hero tu beli......

Kenduri doa selamat

Assalamualaikum,

Orang yang buat kenduri doa selamat ni dah selamat sampai ke Mekah...... ceritanya baru nak keluar..... lambat sebab terlalu sibuk and almaklumlah boss baru dah masuk...... so our school dah dapat Dekan barulah......

Ini kenduri my sis.... kali ni dia buat kenduri kat rumah mertuanya di Shah Alam...... ramai ahli family aku yang sesat barat walaupun dah banyak kali datang ke situ........ mak mertua my sis ni adalah merupakan mak long kami..... kahwin sedara.......
blogger Yati dengan anak-anak perempuannya.........
Maklang and Mak Su........
 yang tudung hitam tulah Mak Long yang merupakan mak mertua my sis.........
akak aku yang kat Mantin dengan anak-anaknya.... berkali-kali menalipon bertanyakan jalan ke rumah Mak Long walaupun dah banyak kali datang......... Section 17, Shah Alam ni susah sikit nak mencarinya...... tu yang duk sesat barat tu......... Abang aku yang dari Serting tu pun sesat jugak walhal anaknya duduk kat Section 16 ajer..........
 Daniel yang tengah meragam.........
 me with my sis and sepupu (menantu Mak Lang)
 my sis yang baju oren tulah yang pergi menunaikan haji tahun ni...... aku........ insyaallah kalau cukup duitnya akan menyusul..........
ahli keluarga kami....... sebaris..... ada lagi ahli keluarga yang tak disnap gambarnya.......
 again.......
 jemaah dari surau section 17 kat dalam rumah.........
 menu pada hari tu, sambal tumis sotong yang sedapppp sangat tu, rendang daging, dalca, ayam goreng and ulam-ulaman dan ada juga roti jala bersama serawa durian dan bubur kacang juga........ ada juga rambutan kuning dari Serting........
 my hero with Imran..... leka dengan gadget dia orang.......

 antara tetamu yang hadir........

Rabu, 18 September 2013

Wedding anak Kak Miza

Assalamualaikum,

Dari Kompleks As-Saadah kami terus ke Taman Cengal Utama, Ampangan....... sampai pun dah dekat pukul 3 petang so aku tak sempatlah nak jumpa rakan-rakan sekerja di KBB Seremban dulu....... huhuhu...... dengarnya ramai rakan-rakan sekerja di KBB Seremban yang hadir.......
pengantin lelaki adalah anak Kak Miza.... Azali (pengantin lelaki ni) masa kecik-kecik dulu kalau company buat family day kami (yang solo) ni lah yang jadi dayang-dayangnya.......
 mula-mula tak nak makan..... nak minum ajer sebab masih kenyang lagi....... tapi bila nampak lauk perut lembu masak dengan rebung terus rasa lapar.......

Jumaat, 13 September 2013

Ahad pun masih gantung periuk

Assalamualaikum,

Seperti hari Sabtu, hari Ahad pun aku ada jemputan undangan majlis perkahwinan.... ada 2 jemputan..... kedua-duanya di Seremban....... undangan pertama dari sepupu en. suami dan satu lagi undangan dari rakan sekerja di tempat mula-mula aku bekerja dulu........

First kami ke majlis sepupu en. suami...... ianya di adakan di Kompleks Al-Sa'adah di Rahang Square..... tak sangka aku ditengah-tengah masyarakat Cina kat Rahang ni adanya Kompleks Al-Sa'adah ni...... First time ke Kompleks ni.......

 pintu gerbang Komples Al-Saadah.......

"Kompleks Al-Sa'adah telah beroperasi sejak Mac 2011 dan turut menyediakan kemudahan seperti dewan solat yang boleh memuatkan 300 orang, Pejabat NGO iaitu Persatuan Darul Saadah dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Penaungnya ialah Dato' Menteri Besar, Dato Mohd Hassan dan salah seorang pengerusinya ialah salah seorang pengusaha makanan cina muslim yang terkenal tu........ (sorry tak ingat siapa namanya)...... Bangunan ini dibina dengan konsep seni bina tradisi kaum Cina iaitu gabungan seni bina Masjid Xian, China dengan adaptasi dari ciri-ciri dan kepercayaan masyarakat Islam. (Sumber dari kompleks tu ya!!)"
 ok sambung balik pasal wedding ni...... ini sepupu en. suami belah ayahnya......
  pengantin lelaki adalah anak sepupu en. suami.......
 Bismillah........
 lepas makan, kami sempat masuk ke dalam kompleks.... ada pameran dianjurkan oleh kompleks tu.......
 kami sekeluarga sempat bersolat zuhur secara berjemaah di kompleks ini......
 kompleks yang dikelilingi oleh penduduk masyarakat cina itu aktif menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan khususnya program-program ilmu........
 lepas solat zuhur kami sambung lagi makan....... makan kuih pula....... antaranya popia goreng.......
 agar-agar cendol.....
 kuih ????
 sebelum balik, bergambar sekali lagi kat pintu gerbang..........

Khamis, 12 September 2013

Cerita Sabtu lagi - Akhir: Surau Al-Ikhlas

Assalamualaikum,

Sambung balik cerita hari Sabtu setelah siaran tergendala sebentar...... hehehe....... banyaklah tergendalanya....... Malam tu kami ada 2 jemputan, aku dengan hero ke Seremban, manakala en. suami dengan Najwa ke Surau Al-Ikhlas...... Aku suruh Najwa snap gambar makanan dia pi duk snap gambar kawan-kawannya...... apa-apan pun layan ajerlah gambar yang dia duk snap tu.......
ada persembahan nasyid juga.... kalau tak silap aku dari Senawang dia orang ni...... dan juga ada penceramah pada malam tu........ nama penceramah tu tak pasti pula aku.........
dengan kawannya........
dengan kawannya juga........ aku suruh dia pakai jubah tak mau...... kawan-kawannya semua duk pakai jubah..........
 pengerusi Surau Al Ikhlas dan tetamu..........
 sedang menunggu cabutan bertuah.........
 antara yang bertuah mendapat hamper.........

Mencuba nasib

Assalamualaikum,

My gegirl bising ...... asyik hantar peraduan ajer..... menangnya tak ada......... alahai sayang, kan mama pernah menang, tapi lama dah...... menang dari peraduan 100 Plus.......lagipun sayang, bukan mama sorang yang hantar ramai lagi yang hantar....... kalau ada rezeki adalah........

Saja suka-suka........  Doa-doakan ya!!!

Rabu, 11 September 2013

Cerita hari Sabtu - Part III: Klana Resort Seremban

Assalamualaikum,

Sabtu tu sebelah malam terpaksa berbahagi-bahagi..... aku dengan Adli ke Seremban manakala en. suami dengan Najwa ke Surau Al Ikhlas untuk jamuan hari raya....... Sepatutnya ke Seremban kami satu keluarga yang pergi.... aku dah letak keempat-empat nama tapi en. suami kata dia nak ke surau al-ikhlas and Najwa also nak follow ayahnya coz ramai kawan-kawannya kat surau tu.......

Aku ke Klana Resort atas jemputan rakan sekerja yang membuat majlis resepsi anak lelakinya.... Ini wedding orang India ya...... dia memang buat majlis ni kat Klana Resort kerana nak menjamu rakan-rakan sekerja yang beragama islam...... 

Dari Nilai aku tumpang kereta one of the lecturer........ aku tak berani memandu malam-malam...... silau.... tambah pula petang tu hujan lebat and highway jammed.........
me with my hero....... sibuk duk tanya aku "handsome tak abang"??? dah masuk sekolah menengah ni macam-macam ragamnya.........
boring..... tak ada kawan...... so mainlah handphonenya tu...... sebenarnya aku paksa dia follow aku...... untuk teman aku balik (jadi co pilot aku) dari rumah my friend tu........
menunya........
antara staff yang hadir...... ni kat meja kita orang..... untuk  NU diperuntukkan 4 meja.......
ada persembahan jugak........
acara memotong kek........
Spicy Rasam.......
cream caramel...... suka pulak Adli dengan caramel ni...... bila aku buat tak berapa dia nak makan....... yang hotel punya bukan main dia makan lagi.......
mereka-mereka yang hadir pada malam tu.....
our xboss pun datang.......